Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 7 November 2012

Peristiwa Mendebarkan Semasa Di Kampung!

Assalamualaikum,

Bercerita tentang kejadian mendebarkan pada malam terakhir kami di kampung tempoh hari..Masa tu aku & en suami sudah terlelap di dalam bilik, anak-anak pula sibuk bermain buat hal masing-masing..Haziq dengan game nya, Husna sibuk temankan nenek "Mok" membungkus ketupat & Ashraf tak tahulah buat apa..Memang rumah MIL sunyi je malam tu sebab ramai yang dah balik ke KL..Tiba-tiba aku dengar si Ashraf menangis..suruh en suami keluar jenguk, rupa-rupanya habis satu badan dia berlumuran air sabun yang buat tiup belon tu..Menangis-nangis dia dok gosok mata..Pedih agaknya tu..Terus en suami mandikan dia & aku suruhlah masuk bilik tidur.

Aku pon terlelap balik & en suami pon terlelap di ruang tamu..Biaserlah kami ni, asal balik kampung makan tak hengat dunia pastu mulalah mata takleh nak buka sebab mengantuk:P Ingatkan anak-anak pakat tidur tapi rupanya tidak..Kali kedua aku tersedar bila dengar Ashraf menangis lagi..Ah sudah! gapolah fulak kerjaan si bongsu ni..Pastu aku keluar dari bilik nampak en suami kelam kabut selamatkan Ashraf..Aku yang dok tengah mamai-mamai tu pon kelam kabut juga tapi tak tahu nak buat apa@___@

Rupanya si Ashraf ni buat kerjaan nak tengok ikan-ikan yang Pok Teh dia bela..Masa tu dia tarik kerusi & panjatlah atas kerusi tu tapi malang tak berbau kaki kerusi tu patah & dia jatuh lepas tu bucu kerusi terhantuk dekat akuarium, memancutlah air keluar membasahi muka Ashraf tu..Nasib baiklah SIL aku cepat ambil baldi so terselamat juga ruang tamu dari banjir..Kusss semangat ahkak tau..


Inilah rupa akuarium yang pecah tu..Nasib baiklah ikan-ikan sempat diselamatkan..Sebenarnya kecil je bahagian yang pecah tu tapi of courselah tak boleh diselamatkan lagi..Ashraf..Ashraf..gara-gara kejadian ini, Pok Teh cakap tak nak ganti dah..kena tunggu anak-anak buah besar semua baru boleh nak sambung balik hobi memelihara ni..Al maklumlah anak-anak buah Pok Teh semuanya lasak-lasak tak kira lelaki atau perempuan T___T"

Muka budak yang tak bersalah..geram je tengoknya:-


Nasib baiklah Ashraf tak luka tapi kaki en suami pula yang luka tertusuk kaca..Esoknya memang kami tak sempat nak kemas sebab dah nak bertolak balik ke Shah Alam..Buat MIL & Pok Teh sekeluarga, mohon maaf andai menyusahkan..First time anak aku cipta sejarah rosakkan barang di kampung..hero sungguh kamu ni Ashraf Hariz!!!

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

4 ulasan:

Nurhayati berkata...

takpe la aquarium tu yg pecah janji Asyraf xde apekan. anak lg penting segalanya. nakal tu biasala, dorang mmg buat kita sakit jantung hihi

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

Wah..hebat gak anak bujang sorang ni. Catat rekod pecahkan akuarium ya..hahaha

Lynn Abd Latib berkata...

phuhh!!

mcm2 akal bdk nk besar nih kan!!

Zaila Mohamad berkata...

Nurhayati,

ituler..kalau jadi apa2 kat dia susah kami juga..Alhamdulillah papa je yang kena kaca sikit

Lily,

hahaha dulu selalu tengok sepupu diorang je yang pecahkan barang rumah nenek diorang, kali ni anak aku pecah rekod baik pula

Lynn,

biaserlah anak-anak nak membesar cengginiler

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^