Rabu yang lepas (18/09/2013) sudah genap 13 tahun eh! (sila terbalikkan nombornya) aku dilahirkan di dunia ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah Alhamdulillah terima kasih Allah di atas nikmat usia yang diberikan. Malam sebelum itu merasa seharian demam kerana bengkak susu, penangan makan durian terlampau banyak. Rasakan!, semakin usia bertambah semakin banyaklah pula sakitnya. Jadi kenalah sentiasa bersyukur dan menghargai setiap nikmat kesihatan yang Allah berikan. Azam baru sempena bulan kelahiran mahu lebih berdisiplin dalam makan & minum; mahu teruskan amalan pemakanan sunnah dan juga mahu makan vitamin tambahan.
Terima kasih juga buat yang mengingati dan memberikan ucapan harijadi buat aku. Terharu rasa hati, di facebook, whats app, sms, email. Terima kasih tak terhingga di atas ingatan. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan rezeki dan juga umur yang panjang juga buat kalian semua. Ikatan silaturrahim ini semuanya terjalin kerana Allah atas kehendakNya, semoga semakin bertaut erat walaupun kita sudah berbeza pegangan :) (Pegangan tu bukan maksudnya agama ya cuma mungkin ada kawan-kawan yang bekerja sedangkan aku tidak bekerja, ada kawan yang tidak berniaga sedangkan aku suka berniaga)
Ucapan paling berharga sudah pasti dari en suami dan keluarga. Macam biasalah, mesti minta kek dengan en suami. Bila sebut sahaja kek, sudah pasti terbayang kek Secret Recipe yang memang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Jadinya malam itu en suami bawa kami makan di Secret Recipe Giant Kemuning Utama. Harijadi mak tapi anak-anak yang terlebih suka!
Kek baldu merah (RM10.00/sepotong)
Rasa kek red velvet di sini rasanya macam kurang "kick" berbanding yang red velvet yang aku tempah melalui adik kawan aku dulu. Boleh rujuk iklan ini :
Abang sulung Haziq sudah tercabut giginya pada hari Selasa yang lepas. Masa tu tengah goncang-goncangkan gigi terus tercabut. Alhamdulillah tak keluar darah yang banyak pun. Sekarang Haziq dah macam gangster!
Si manis Husna memang suka makan kek:)
Si nakal Ashaff pun nak makan tet (kek). Ya Allah memanglah budak Ashraf ni antara penyumbang darah mama naik. Setiap hari suka sangat buat adik baby. Mulut pun bukan main "lebat" bercakap, suka sangat mengadu domba dekat papa kalau abang dan kakaknya tak mahu bermain dengannya.
Yang ni pula bibik eh! majikan ketiga aku selepas Allah & Rasulullah :)
Nak ceritalah sikit tentang Secret Recipe sekarang ini, rasanya dah lama aku dan keluarga tak keluar makan di sini. Kalau ada pun hanya singgah beli kek sahaja. Hari tu, memandangkan semua masih belum makan lagi, kami makan malam di situ. Apa yang boleh ditulis di sini, aku agak kecewa lah sedikit dengan "presentation" makanan dan layanan di sini. Pekerja ada dua tiga orang berdiri kat bahagian kaunter tapi nak tunggu hantar makanan agak lama juga. Sudahlah diminta pinggan kosong tunggu lama baru dapat, sampaikan aku yang pergi ambil sendiri. Isy isy isy rasa macam tak patut dan tak padan dengan harga yang dikenakan.
Hari itu juga kami makan bertemankan lalat. Memang rasa cukup terganggu di situ. Bayangkan satu tangan nak makan satu tangan nak halau lalat. Harap-harap lepas ini Secret Recipe akan lebih menjaga tahap kebersihan premis mereka kerana mana-mana Restoran Secret Recipe yang aku pernah pergi pun kesemuanya ada lalat *garu kepala* Agaknya lalat suka berada di tempat yang manis-manis (kot) Hanya andaian semata-mata. Ke sebab tak ramai manusia yang masuk jadinya ada haiwan yang bernama lalat pula yang masuk? Sekadar gurauan ya!
Pan Grill Dory With Lobster Sauce (RM18.50). Sayur tu memang tak segar, sampaikan warna pun dah berubah
Spaghetti meatball kesukaan Haziq (RM16.50) agak banyak juga sampai boleh makan kongsi dengan Husna dan Ashraf
Fried Rice Satay (RM15.50) pilihan en suami (patutlah makin lama seluar makin mengecil ya bang?)
Alhamdulillah kenyang juga walau makan dalam keadaan biasa (kelam kabut melayan anak-anak). Terima kasih en suami kerana melayankan anak tekak mengada seorang isteri.
Terima kasih pada semua yang memberi ucapan dan ingatan buat diri. Sayang semua. Doakan moga diri ini makin bertambah baik selaras dengan bertambahnya usia. Mohon Allah sentiasa tunjukkan jalan yang benar dan lurus dalam perjuangan hidup ini.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad
1 ulasan:
happy belated birthday zaila..moga bertambah murah rezeki dan bahagia sokmo...
Catat Ulasan