Lemaunya rasa badan selepas cuti hujung minggu. Biasalah kami ini memang jenis tak letak di rumah setiapkali cuti. Minggu lepas kami ke Kuala Selangor bermalam di rumah abang ipar pula. Seperti biasa ada acara berkumpul adik beradik dan semestinya ada acara makan-makan. Aduuh, kadang-kadang terasa kasihan dengan badan ini kerana disumbat dengan bermacam-macam makanan. Belum pun habis kisar yang ini sudah masuk yang lain. Kalaulah diri aku ini rajin bersukan alangkah bagusnya!
Jadi pagi Ahad yang lepas, kami usahakan juga keluar dari rumah abang ipar sekejap untuk bawa anak-anak ke Taman Bukit Melawati, antara tarikan utama pengunjung yang berkunjung ke Kuala Selangor. Perjalanan hanya dalam 15 minit sahaja dari rumah abang ipar. Sudah pasti anak-anak yang terlebih gembira bila memandang trem keretapi yang sudah tersedia menunggu pengunjung.
Mula-mula tu tak ramai orang tapi trem akan tunggu sehingga penuh. Agak bahaya juga sebab kat bahagian tepi takde penghalang jadi kena beringat juga sekiranya ada anak-anak yang kecil.
Kena beli tiket dulu di kaunter. Harga tiket adalah RM5.00 untuk dewasa & RM3.00 untuk kanak-kanak. Nanti kita akan dibawa menaiki trem mendaki Taman Bukit Melawati dan kemudian menuruni pula ke Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor.
Pemandangan di atas Bukit Melawati. Di sini trem akan berhenti dan kita bolehlah turun jalan-jalan melawati Muzium atau menikmati pemandangan dari atas bukit. Pagi tu cuaca agak panas jadinya kami hanya duduk sekejap sahaja bermesra dengan binatang yang bernama B.E.R.U.K :)
Tengoklah, bukan main ramai lagi kaum kerabat dia kat situ. Di sini ada orang yang menjual makanan untuk diberikan kepada monyet-monyet ini iaitu kacang panjang. Harga dalam RM1.00 seikat kecil, tapi pada yang pegang makanan sudah pasti akan dikejar mereka. Ngeri aku tengok sampaikan ada yang panjat sampai atas belakang pun ada!
Bergambar kenangan di bawah terik matahari pagi. Husna sibuk cakap "panaslah mama" Aduii anak mama sang puteri lilin ini sungguhlah jenis tak tahan panas (macam mama dia). Kalau macam ini lagak mereka, haruslah cuti sekolah ini pergi bercuti di tempat yang dingin-dingin sahaja:)
Dalam 15 minit trem yang lain akan datang kembali, kami pun naik balik dan trem akan menuruni Bukit Melawati untuk ke Taman Ikan Air Tawar. Di sini macam biasalah ada beberapa rumah yang dilengkapi akuarium yang memuatkan ikan-ikan air tawar.
Seronoklah anak-anak melihat ikan. Papa diorang pun tumpang sekaki.
Ada juga kolam ikan buatan di sini tapi tak nampak ikannya. Haziq cakap ini kolam daun-daun :)
Selepas itu trem akan datang dan bawa kami ke tempat di mana kami mula-mula naik trem tadi. Adalah dalam sejam lebih berada di sana. Kalau masuk Muzium mungkin lebih lama lagi tapi memandangkan anak-anak aku ni bukan jenis yang tahu menghargai sejarah jadi kami tidak masuk. Mungkin bila mereka dah besar sedikit boleh bawa masuk ke sana pula.
Alhamdulillah, tercapai juga misi untuk membawa anak-anak berjalan. Walaupun si Husna bising sebab panas tapi sekurang-kurangnya keluar juga peluh tu. Insya Allah nanti kalau ke Kuala Selangor lagi mahu menikmati pemadangan kelip-kelip pula, tapi tidak tahulah berani atau tidak memandangkan abang ipar aku bercerita tentang penemuan bangkai buaya di Kuala tempat melihat kelip-kelip itu..HAHA
Balik dari Bukit Melawati kami singgah lagi di rumah abang ipar makan nasi kerabu. Nikmatnya makan di kala lapar. EH!
Selepas itu pulang semula ke Shah Alam. Insya Allah lepas ini aku berjanji untuk membawa anak-anak bercuti lebih jauh sedikit. Nak kena rajin usaha simpan duit. Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibubapa apabila melihat anak-anak gembira :)
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad
1 ulasan:
salam kenal...menambah follower kat sini..:)
Catat Ulasan