Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 19 September 2013

Tempat Menarik Di Malaysia : Hutan Lipur Lentang, Karak

Assalamualaikum,

Semalam seharian aku berehat kerana demam. Pertama kali demam panas untuk tahun ini, memang baring ajelah. Minta maaf pada semua pelajar yang tertunggu-tunggu cikgu masuk kelas. Alhamdulillah zaman sudah canggih, lepas aje update status ramai yang mendoakan kesihatan supaya cepat sihat :)

Oklah, ini gambar ulang tayang dari album Instagramku. Ahad yang lepas berpeluang lagi berkumpul anak beranak di satu lokasi baru yang sangat best! Anak-anak yang suka kerana dapat bermain air. Ibubapa pula suka sebab dapat makan-makan. Berkumpul di bawah pondok sambil berbbq dan bersembang. Indahnya silaturrahim yang terjalin antara kami.

Kali ini kami ke Hutan Lipur Lentang yang terletak di Bukit Tinggi, Karak. Kalau dari Shah Alam kami ikut sahaja laluan untuk pulang ke kampung, selepas tol Gombak keluar susur selepas Bukit Tinggi (jangan risau ada papan tanda Pusat Rehat Hutan Simpan Lentang kalau tak silap). Di sini air sungai pon cetek tapi Masya Allah airnya sangat-sangat sejuk. Indahnya alam ciptaan Allah, kena sama-sama jaga dan kekalkan mereka juga.


Ashraf tu sampai dah gigil dan biru bibir pun maish belum mahu naik. Husna pula suka sebab dia boleh berenang, iyalah sebab air cetek memanglah boleh berendam!


orang dewasa pula macam biasalah kena siapkan makanan. Setiap famili kena bawa menu untuk potluck ; ada nasi goreng, pulut durian, roti sardin, sup cendawan, bbq ayam dan aku pula bawa mee goreng. Menu utama hari itu adalah upacara memakan durian. Memang makan betul-betullah sampaikan demam empunya diri ni :P


Ada jambatan gantung di sini. Yang ini ok lagi tak tinggi, teringat kenangan masa pergi Dusun Eco Resort beberapa tahun yang lepas, gila kecut perut hokey!


Tujuan utama berkumpul adalah untuk makan makanan yang bernama duriyang! Terima kasih kepada abang ipar yang membeli durian kepada kami adik beradik yang lain. Memang acara makan durian di Karak adalah acara tahunan. Tahun lepas kami makan-makan di Air Terjun Chamang (boleh baca entri ini : Tempat Menarik Di Panag : Air Terjun Chamang)


Haritu kakak ipar aku seorang je yang turun mandi & bermain air. Kami yang lain pula lebih suka berhibernasi di bawah wakaf..Hihihi Tambahan pula cuaca hari itu mendung aje, memang syoklah makan-makan kemudian berehat :)


Adik ipar yang bawa ayam bbq ini, memang sedap ; resepinya gaulkan rempah sate siap yang dibeli di Giant. Tambah bahan-bahan lain (itu rahsia kononnya) yang dikisar halus. Memang terasa kesedapannya!


Hijau bumi Allah..memang tenang bila berada di sini. Banyak kemudahan yang ada seperti kedai runcit, surau, tandas awam, tempat berkhemah, padang permainan, tempat berbeku dan wakaf juga disediakan secara percuma.

Antara kelemahan pula kalau kita pilih lokasi di seberang sungai kenalah menapak sedikit dengan melalui jambatan gantung tapi kalau tak mahu boleh lalu jalan bawah iaitu berjalan merentasi sungai yang cetek (paras betis). Wakaf yang tersedia di sini banyak semut (biasalah tempat asal mereka) & juga lalat pun banyak! Tapi tak apa, letakkan makanan di satu sudut (yang jauh) sebagai umpan agar mereka tidak kacau kita. HAHAHA macam menjadi teknik ini :P

Walaupun air cetek tapi kena berjaga-jaga juga. Sekurang-kurangnya pastikan ada seorang dewasa untuk memerhatikan anak-anak mandi-manda.

Oklah, sampai sini sahaja siri tempat menarik di Malaysia. Nantikan kemunculan blog baru juga, HAHAHA aku kan memang ratu buat blog. Tidak mengapalah, janji ianya percuma dan membawa kebaikan kepada semua. Alhamdulillah walaupun tengah sakit-sakit badan, masih ada income yang masuk. Pendaftaran kelas adalah berjalan seperti biasa.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 ulasan:

WAN ROKIAH berkata...

woww..best nya zaila..
nti apakata wat acara tahunan tuk ank2 asas blog pulak..
xsbr nk tgu time tu...
huhuhu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^