Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 16 Disember 2015

JJCM : Restoran D'Garuda, Plaza GM Klang

Assalamualaikum,

Hari ini macam biasa lah aku ke "pejabat" kedua selepas rumah aku. Tak lain tak bukan ke Plaza GM Klang lah, mana lagi kan? Sejak zaman masih bekerja sampailah bekerja sendiri, sini lah tempat aku ulang-alik datang cari barang niaga. Dari zaman GM Klang atas tanah hinggalah sudah bertingkat-tingkat. Mekla hanya mampu ambil barang sahaja di sini, nak menyewa dan bersaing dengan taiko-taiko besar memang tak lah kan :)

Selalunya kalau datang sini mesti anak-anak nak ikut tapi memandangkan mama asyik kena "paw" aje, jadi aku hanya bawa seorang anak sahaja setiapkali keluar, samaada Haziq atau Husna lah kan sebabnya yang kecil-kecil susah nak uruskan, nanti buat lambat aje ;) Kalau bawa tak ramai tu bolehlah santai-santai minum dan makan dengan tenang. Ha ha Makan memang wajiblah sebab nanti mak buyong kelaparan, bila lapar mesti mudah marah (alasan!)

Ada restoran baru buka iaitu Restoran D'Garuda. Memandangkan food court GM Klang penuh, aku pun masuklah kat sini, tengok dari luar macam best je. Suasana ala kampung, Husna memang tak nak tapi disebabkan mama yang nak makan, maka dia kena lah ikut juga. Ha ha ha


Tempat duduk ada jenis bangku, tempat agak selesa dan suasana kedengaran lagu Allahyarhamah Saloma aje, sungguh nostalgia


Kami pilih duduk kat dalam sebab tak panas dan takde lah orang nampak sangat kami makan apa :P


Kalau nak makan kat "atas rumah" pun boleh. Dekorasi restoran ni memang menariklah, ala-ala kampung gitu


Menarik kan? Hiasan bukan main lagi

Menu kat sini lebih kepada pengaruh masakan padang (ke Bali) entahlah aku pun tak tahu tapi sekali tengok lebih kepada macam ayam penyet aje. Aku ambil Batokok ayam (RM10.90) sotong goreng RM8.90) nasi putih (RM2) dan untuk Husna orderkan dia Mee Soto Ayam (RM8.90)


Ayam tu lembut dan sambal dia sedap, tak pedas sangat. Sotong pula biasa-biasa aje dan sambalnya lain dari sambal ayam tu.


Mee soto Husna tak best langsung (pada selera aku) jadi lainkali kalau nak makan baik order nasi sahaja :)


Pandanlayer tea (RM5.50) dan Watermelon with pearl (RM5.50)


Jumlah semuanya RM41.70. Hermm, bagi aku harga agak mahal sesuailah dengan dekorasi kedai (kot). Kalau ikutkan memang tak akan masuk lagi lah (budget maaaa). Selalunya makan di food Court GM Klang dah boleh makan satu famili dah :) Tapi bagi kawan-kawan yang nak cuba silakan masuk, suasana memang tenang dan tak ramai orang.

Ini alamatnya :

Restaurant D'Garuda
GF-12 Block A
GM Klang Wholesales City
Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanik Capital,
41200, Klang, Selangor

Hingga bertemu lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^