Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 28 November 2012

Tempat Menarik Di Pahang~Air Terjun Chamang

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas, kami sekali lagi berkumpul adik beradik untuk mandi-mana di Air Terjun Chamang. First time aku dengar nama tempat ni..Al maklumler, tempat yang aku tahu adalah nama-nama shopping mall je..hikhikhik

Pada sesiapa yang tidak tahu akan kewujudan tempat ini *akuler tew* meh sini nak bagitahu. Air Terjun Chamang ni terletak di daerah Bentong, Pahang. Kalau dari bandar Bentong tu, follow je direction yang ada. Kalau tak silap selepas hospital Bentong dalam 500m ada simpang untuk masuk ke Chamang. Dari simpang itu perjalanan melalui jalan menaik & jalan yang kecil sepanjang 7/8km lagi barulah bertemu dengan air terjun Chamang ni.

Kat sini memang sesuai sangat untuk beriadah bersama keluarga tapi harus diingatkan supaya membawa makanan & bekalan air masak secukupnya sebab walaupon ada beberapa gerai yang menjual makanan, sudah pasti harganya agak mahal jika nak dibandingkan dengan harga biasa. Beberapa wakaf juga disediakan & sesuai jika hendak melakukan aktiviti bbq (rasanya peralatan kena bawa sendiri). Kawasan mandi-manda agak bahaya untuk kanak-kanak mandi tanpa pengawasan kerana airnya boleh tahan deras juga. Ditambah dengan kehadiran batu-bata so ibubapa kenalah ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membiarkan anak-anak mandi tanpa pengawasan.

Alhamdulillah hari yang kami pergi tu tak hujan. Cuaca agak mendung so memang sesuai sangat untuk mandi. Tapi aku tak mandi pon..tak larat dah nak panjat turun naik batu-batu, karang ada juga yang terberanak kat situ nanti:P Tapi anak-anak terutama Ashraf & bapak diorang memang mandi sungguh-sungguh..Walaupon air sejuk tapi kesegaran yang dirasai sukar dicari di Shah Alam ini *aku agak jelah sebab bukan aku mandi pon*


Ashraf dengan kakak Iffah yang selalu dukung Ashraf...Suka betul kakak Iffah dengan budak-budak:)


Anak-anak mandi dengan pengawasan oleh ibubapa..Haziq siap bawa pelampung itik lagi tapi walaupon mandi dengan pelampung tapi dia lah hak paling penakut hari tu..hehe



signboard menunjukkan jalan ke Chamang..Perjalanan dari Shah Alam ke sini mengambil masa dalam 3 jam perjalanan biasa (bukan memecut sepanjang jalan)


Kalau datang ke sini, pastikan bawa tuala, baju anak-anak & plastik sampah juga. Sama-sama kita menjaga khazanah alam supaya kekal terpelihara. Jangan tahu makan-makan buat sampah je, kenalah bertanggungjawab sket dengan membungkus sampah sarap yang kita buat tu ke dalam plastik sampah & buang ke dalam tong sampah yaaa *pesanan khidmat masyarakat*


yang pasti air dari atas bukit memang laju..tak berani aku nakpergi dekat..ambil gambar dari kejauhan sajork


Kalau mandi kat sini kena hati-hati, terutamanya kalau hujan..Moga dijauhkan dengan perkara yang tidak diingini. Sebelum ke sini niat tu harus betul, jangan datang untuk bersuka ria sahaja sebaliknya kenalah memuji kebesaran Allah. Subhanallah Maha suci Allah yang menciptakan setiap kejadian yang indah-indah..

Oklah, selain dari mandi manda, kat sini cukup banyak durian (kalau datang musim durianlah) & ada juga tempat perkelahan lain yang menarik seperti Dusun Eco Resort, Tanah Aina & kesemuanya memang cukup mendamaikan & sesuai dikunjungi semasa cuti persekolahan ini:)

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

5 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

ni la tempat has n hb selalu pg time weekend ms kitaorg duk temerloh dulu-dulu tu. jalan nye sempit lagi ke

dd berkata...

salam ...
nak tanya la. saya cari satu tempat yang menarik untuk beriadah..nampak blog ni.. tengok tempat yang awak pergi cm menarik??okay tak air terjun ni??

Zaila Mohamad berkata...

Has,

jalan dia memang sempit lagi pastu menaik, aduh kecut perutku tau :P

DD,

okay, airnya sejuk cuma kalau hujan tak berani mandi sangats ebab air laju turun dari atas bukit, agak bahaya

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum , nak tanya .. Kawasan air terjun ni disediakan tandas dan tmpat persalinan pakaian tak? mcm mana dgn bayaran masuk?

Tanpa Nama berkata...

Masuk FOC.. ada sedia tandas n bilik shower..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^