Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Palm Garden IOI Resort. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palm Garden IOI Resort. Papar semua catatan

Isnin, 18 November 2013

Review Palm Garden Hotel IOI Resort






 Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, sedikit review mengenai hotel yang kami menginap untuk percutian tanpa dirancang ini. Alhamdulillah, anak-anak suka sampai tanya bila nak datang lagi. En suami booking hotel ini kerana mulanya kerana sekolah Husna ada membuat konsert di Cyberjaya pada awal pagi 17hb November 2013. Jadi en suami telah menempah bilik hotel di Palm Garden IOI Resort, Putrajaya supaya memudahkan kami keluar pada awal pagi lagi. Maklumlah, semakin ramai anak-anak ni, semakin lambat untuk bersiap T___T"

En suami menempah melalui http://Agoda.com. Setelah membandingkan beberapa buah hotel sekitar Putrajaya, kami akhirnya memilih hotel ini kerana harganya yang boleh dikatakan murah berbanding dengan hotel lain. Selain itu, aku memang sukakan hotel jenis resort kerana sukakan pemandangan dan persekitaran hotel yang segar dengan tumbuhan hijau.

Sebelum ke hotel, kami ke Sri Serdang dahulu untuk makan tengahari di sana. Tempat aku habiskan empat tahun pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Ya Allah sudah banyak berubah ya. Memang menggamit kenangan betul apabila makan di sini tapi yang bagusnya kedai makan masih belum berubah dan rata-rata semuanya masih tuan kedai yang sama, menu yang sama dan harga pun masih sama!

Kami check in pada pukul 2 petang. Waktu ini ada sekumpulan pelawat juga check in, memang agak kelam kabut sedikit. Tapi staff yang bertugas di kaunter memang peramah jadi tiada masalah untuk menunggu lama sedikit:) Nasib baik ada disediakan "welcoming drinks", walaupun sekadar air sirap kordial, anak-anak aku yang sememangnya tak reti duduk diam asyik ulang minum air sahaja. Huhuhu


Lobi hotel kecil sahaja, tengah-tengah ada iklan promosi ke spa yang terdapat di hotel ini. Harga pakej adalah sangat tidak munasabah *bagi yang kedekut macam aku ni* Jadi kita tengok ajelah ya; kalau tak silap harga bermula dari RM100.00++ Tapi kalau ada yang nak bayarkan, macam best je macam nak je kan? kan?


Ini pula gambar bilik kami, ada 2 katil dan kelengkapan dalam bilik semua ada; siap ada seterika dengan tempat untuk menggosok lagi. Ada TV LCD, tandas pun cantik siap ada bath tab dan bersih aje. Kat luar pula ada balkoni dan disediakan kerusi rehat untuk menikmati udara di luar yang boleh tahan segar selepas hujan.

Petang tu ingat nak mandi kolam sekali hujan lebat. Jadi apabila hujan reda terus bersiap-siap untuk keluar makan malam. Kami ke Alamanda kerana lokasinya yang berdekatan dengan hotel. Boleh juga memilih untuk ke The Mines tapi memikirkan malas untuk bersesak-sesak, kami ke Alamanda (walaupun keadaan di sini agak ramai juga tapi masih boleh diterima lagi). Kami makan malam di Johnn'y Restaurant seronok anak-anak boleh makan nasi dan juga steamboat malam tu.


Budak dua orang ini suka makan mangkuk. hihi Pening kepala kalau keluar makan dengan anak-anak, maklumlah Azzam ni dah pandai tarik-tarik benda atas meja jadi memang kena sentiasa waspada supaya dia tak tarik air atau mangkuk yang ada kuah sup panas tu. Memang mencabar betul!

Lepas siap makan kami beli sedikit bekalan makanan untuk anak-anak. Memandangkan harga menu Room Service yang sungguh mencekik urat leher ini #orangkedekutsemuaberkira Jadi, aku beli siap-siap bekalan makanan untuk sarapan pagi dan kudap-kudapan mereka pada malam itu.


Rasanya kalau tak ada kenderaan untuk keluar, bolehlah tempah Room Service ya? HAHA

Malam tu kami habiskan masa berada di dalam selimut aje, sambil layan movie sambil makan. Haa elok sangatlah tu! Tapi macam biasalah saluran TV Hotel bukan gempak macam siaran Astro di rumah, cuma ada yang asas sahaja iaitu saluran TV1, TV3, NTV7, Movie Max, Animasi Disney Cartoon Network, Sports dan saluran Discovery. Anak-anak semua tidur lambat malam tu tapi cuba teka siapa yang tidur paling awal? Betul, papa diorang awal-awal lagi dah terbungkang depan TV, ceh!

Esoknya, hanya aku dan en suami aje yang turun bersarapan kerana anak-anak masih tidur bersama mak saudaranya. Iya, rancangan asal aku kan nak menginap di sini bersama adik ipar kerana sepatutnya en suami keluar bekerja tetapi perancangan Allah lebih bagus iaitu en suami terpaksa menangguhkan kerjanya dan kami teruskan juga percutian ini bersama adik ipar. Kalau bawa diorang turun bersarapan pun macam rugi je sebab kena bayar hampir RM40 untuk satu kepala..huhu Eh orang kedekut memang berkira tau! Nasib baiklah harga yang kami bayar untuk bilik tu dah termasuk sekali dengan sarapan, jadi kenalah turun makan juga. Kalau tak, harus kami keluar bersarapan di luar kerana dengan harga RM40 dah boleh makan seisi keluarga:)


Menu sarapan memang pelbagai cuma kami makan mana yang berkenan je


kat sini ada nasi lemak, nasi goreng dan juga lauk pauk seperti rendang ayam, ikan masam manis dan macam-macam lagilah! Masakannya boleh tahan juga sedap :) Eh aku suka je sebab tak payah nak masak kan. Selalu awal pagi dah kena masuk dapur masak untuk anak-anak, tak masak perut lapar jadi sesekali dapat makan di luar adalah sangat suka ok!


Ada juga roti canai, roti bakar, bijirin, salad, telur dadar. Menu standard kalau bersarapan di hotel


Tekak Melayu harus cari nasi juga. Nampak tak? Nasi sikit lauk je banyak tu *ayat nak cover*


Selepas bersarapan, kami terus naik ke bilik. Tak sampai hati nak makan banyak-banyak sebab memikirkan anak-anak di dalam bilik tu. Tapi sempatlah aku ambil beberapa keping gambar sekitar hotel. Memang cantik juga pemandangan. Gambar di atas suasana taman berhadapan dengan bilik kami. Ada kolam dan beberapa meja untuk lepak-lepak tapi sayangnya basah kerana hujan lebar petang semalam.


Ada kolam dan air pancut. Sungguh segar bunyian air. Yang nampak macam tingkap tu ada lobi di mana ada ditempatkan sofa untuk pelanggan lepak-lepak sambil dengar muzik. Ada piano di situ tapi rasanya sekadar untuk hiasan kot.


Ini pula pemandangan dari Tingkat 3. Bangunan ini ada 6 tingkat semuanya. Ada lif disediakan tapi kena berhati-hati dengan lif mereka sebab agak bahaya sedikit kerana sensornya yang tidak sensitif.

Dalam pukul 10 pagi aku bawa anak-anak turun mandi di kolam. Azzam masih enak tidur dalam dakapan papanya.


Kawasan anak-anak mandi, siap ada gelongsor! Anak-anak suka je mandi kerana tak ramai orang yang mandi pagi tu


Lepak depan kolam mandi fefeeling (jangan gunakan perkataan ini kerana ianya salah di sisi bahasa) orang kaya:)


Aku suka bunga ini tapi aku tak reti nak tanam bunga walaupun aku ini anak petani


Best kan? Rasa macam ada di tepi pantai pula kerana ada banyak pokok kelapa. Kalau nak tempah hotel, pastikan pilih yang jenis resort kerana persekitaran yang mendamaikan. Penuh dengan bunga-bunga dan pokok-pokok. Jadi takdelah kau tidur hotel masuk bilik nampak cermin sahaja:P

Selepas itu terus naik atas bersiap-siap untuk check out. Alhamdulillah kami check out dalam pukul 12.30 dan terus pulang ke rumah. Petang Ahad, aku ke rumah jiran merangkap teman blogger sempena majlis harijadi anak-anaknya. Nanti cerita entri seterusnya pula.


 Muka tuan blog yang makin mengembang. Tapi adakah beliau kesah kerana yang penting bahagia bersama keluarga tercinta. Pada yang berminat untuk menjana RM dari rumah. Meh PM aku, akan aku ajarkan langkah-langkah untuk bermula.

Secara keseluruhannya, aku memang berpuas hati dengan layanan hotel ini. Mula-mula sebelum pergi aku ada baca review dalam TripAdvisor; semua bagi komen yang negatif aje sampaikan tompok kotoran di bantal pun nak komen, ada yang cakap bilik stail lama lah, servis yang teruklah tapi sangat-sangat berbeza apabila aku sendiri menginap di sini. Bilik boleh dikatakan besar, tilam dan bantal lebih ada disediakan di dalam kabinet, staf juga sangat-sangat peramah suka menolong kami. Petang sebelum hujan itu aku ke kolam bersama anak-anak kemudian bila dah hujan staf yang bertugas menyuruh aku bawa anak-anak ke dalam bilik membaca; ada banyak mainan di dalam bilik tersebut. Apabila nak balik ke bilik, staf mereka tolong payungkan aku dan Azzam. Anak-anak yang lain pula bermain dalam bilik membaca tu bersama dengan adik ipar aku.

Selain itu servis bilik mereka juga takderlah lambat seperti yang dikomen oleh setengah penginap. En suami telefon untuk mendapatkan bekalan kopi dan gula, sekejap sahaja dah dihantar ke bilik. Jadi kawan-kawan, jangan percaya 100% juga komen yang ditulis di dalam Tripadvisor itu. Aku suka baca komen di dalam Agoda.com kerana di situ komen-komennya boleh diterima akal sedikit. Bagi aku layanan mereka sudah memadai dengan harga yang dibayar cuma tang harga makanan tu memanglah aku pelik kenapa ianya mahal bebenar. Apa-apa pun, kita ada pilihan yang lain seperti membeli di luar sahaja makanan supaya tidak membayar pada harga yang melampau mahal itu :P Yang penting kalau sekiranya menginap bersama anak-anak, kena pastikan bawa banyak makanan kerana mereka ini selalu mudah lapar dan dahaga:)

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Ahad, 17 November 2013

Pra-Percutian Cuti Sekolah 2013 & Apa Aktiviti Cuti Sekolah Anda?


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat juga bercuti bersama anak-anak. Walaupun sebenarnya ini adalah satu percutian yang tidak dirancang. Betullah Allah sebaik-baik perancang. Hari ini sepatutnya en suami ke luar lagi atas urusan kerja tapi tiba-tiba terpaksa ditunda atas masalah yang tak dapat dielakkan. Sepatutnya aku ke sini bersama dengan adik ipar kerana esoknya ada konsert sekolah Husna tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, konsert itu juga telah ditunda ke minggu hadapan. Maka, dapatlah kami berehat bersama-sama. Walaupun hanya ke Putrajaya, tetapi kegembiraan yang jelas terpampang di muka anak-anak memang tiada nilainya:)

Oh, untuk dua hari ini aku bersiaran di Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. Nantikan review mengenai hotel ini di blog aku ya! Setakat ini semuanya bagus-bagus sahaja.

Selamat bercuti sekolah bagi anak-anak semua! Sudah pasti pening kepala ibubapa mahu sediakan jadual aktiviti untuk anak-anak kan? Bagi anak-anak yang kecil masih tidak mengapa, tapi bagi anak-anak yang besar sudah tentulah kena dipenuhi dengan aktiviti supaya mereka tidak membuang masa dengan makan dan tidur sahaja! Ok, di sini aku cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini :

1) Menghantar anak-anak ke kem motivasi : ada banyak tempat yang menganjurkannya. Sekolah Haziq juga ada buat SMART Camp untuk pelajar yang berminat pada harga bayaran RM90 untuk sebulan. Ada banyak juga aktiviti yang sangat bagus untuk mereka seperti menghafal surah, belajar ilmu agama. Tapi aku tak daftarkan lagi Haziq kerana memikirkan kami yang akan bercuti nanti. Mungkin juga boleh menghantar ke program surau-surau seperti Kem Solat atau aktiviti hujung minggu yang sesuai untuk anak-anak.

2) Mengajak anak-anak mengemas rumah : Haaaa, ini yang aku tunggu-tunggu. Waktu cuti sekolah ini maknanya anak-anak akan sentiasa ada di rumah, jadi bolehlah merancang untuk menghias bilik mereka. Lakukan secara berperingkat atau tetapkan misi seperti minggu pertama siapkan bilik tidur anak lelaki, minggu kedua siapkan bilik membaca, dan begitulah seterusnya. Jadi takderlah mereka rasa terbeban atau penat sangat.

3) Menghantar anak-anak pulang ke kampong halaman kita. Sesekali biarkan mereka merasai kehidupan kampong sebagaimana kita lalui dulu. Biarkan mereka bergaul bersama dengan datuk dan nenek mereka. Hermmm, cadangan ini tak berapa sesuai untuk diri aku kerana anak-anak aku ni masih belum boleh berpisah bantal dengan mama mereka. Nak pergi tandas pun punyalah penakut! HAHAHA

4) Membuat atau memasak makanan kesukaan anak-anak : Ini memang sudah pasti aktiviti harian aku memandangkan mereka ini memang kuat makan. Jadi, apa kata sediakan satu hari untuk mengajak mereka melibatkan diri di dapur. Mungkin menyediakan kek cawan, burger atau sekadar membuat roti sandwich dengan pilihan inti kesukaan mereka. Insya Allah aktiviti ini boleh melatih mereka supaya rajin berada di dapur.

5) Membawa mereka bercuti : Iya, cuti sekolah yang panjang hanya datang setahun sekali, jadi gunakan peluang dan rancanglah sebuah percutian sebaiknya. Bagi yang mempunyai duit yang lebih, bolehlah merancang bercuti ke luar Negara tetapi sekiranya factor kewangan agak terhad, mungkin boleh bercuti di dalam Negara sahaja. Sebenarnya ada banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan boleh dirancang mengikut budget yang ada. Yang penting, anak-anak gembira;)

Ok, itu sahaja idea-idea mengenai aktiviti sempena cuti sekolah yang boleh dilakukan. Kalau ada idea lain, boleh kongsikan juga di sini. Mana tahu, boleh aku cuba juga:)

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^