Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 30 Disember 2013

Kembara Bumi Hat Yai & Krabi : Suasana Waktu Malam Di Bandar Hat Yai

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, gambar dari kamera sudah boleh dipindahkan ke komputer. Jadi, mari layan dahulu gambar-gambar yang aku (sebenarnya Haziq yang banyak tangkap gambar sepanjang di sana) ambil. Masih lagi di bandar Hat Yai ya:)


Dalam bandar Hat Yai memang banyak gerai-gerai jualan tepi jalan macam ini. Tengoklah mangga tu, terus teringat pulut mangga yang aku tidak berkesempatan untuk rasa. Mungkin tahun hadapanlah kalau pergi lagi harusku beli cuba


Kalau tak silap harga ayam goreng adalah THB60 (RM6) untuk sekeping. Makanan di sini boleh tahan juga mahalnya


Masa ni di sekitar Plaza Lee Garden sebelum kami bertemu dengan pemandu tuk-tuk yang bersetuju untuk membawa kami ke Khlonghae Floating Market



Menaiki tuk-tuk merah:)


Di dalam tuk-tuk ini ada gambar kawasan menarik di sekitar bandar Hat Yai, boleh tunjukkan sahaja dan mereka akan bawa kita.


Dari jauh sudah nampak keadaan di Pasar Terapung. Hari kejadian adalah pada hari Sabtu, memang penuh dengan manusia lah kan yang kebanyakannya adalah dari Malaysia.


Nasib baik makanan ada di jual juga di bawah bangsal-bangsal yang hanya kelihatan bumbung tu, kalau tidak memang susah juga mahu membeli makanan dari perahu kerana keadaan orang yang bersesak-sesak itu.


Terjumpa budak-budak sekolah dari Patani sedang mengutip derma. Diorang cakap bahasa Siam jadi aku agak jelah yang mereka meminta derma kerana ada disediakan kotak untuk dimasukkan duit.


Kat bawah bangsal ini ada banyak juga gerai makanan muslim. Jangan risau kerana tertera perkataan Halal :)


Ini akak dari Patani yang menjual nasi kerabu. Tengoklah tempat letak ulaman akak cantik ini. Comel bukan?


Rupa nasi kerabunya, mana nasinya? memang sedikit sangat, adalah dalam tiga sudu..huhu


Pelbagai pilihan sosej.


Yang paling aku suka adalah sos cilinya yang pedas-peda manis gitu


Sebenarnya tuk-tuk yang kami naiki itu berada di seberang sungai, jadi kenalah melalui jambatan yang sedang dalam pembinaan ini. Hebat anak aku Ashraf sebab boleh jalan sendiri tengah-tengah manusia yang ramai tu. Lepas itu ada pertunjukan pula atas jambatan ini di mana ada budak kecil memakai pakaian koboi dan membuat persembahan dengan pistol (mainan) dan api.


Ambil gambar jelah dari atas, lagipun tebing ini agak tinggi juga. Susahlah bagi aku yang ada ramai rakyat jelata yang kecil-kecil ini.


Kat sini ada sami mereka (Ayah aku panggil Tok Cha), bagi mereka yang bukan Islam, nanti mereka akan sedekahkan duit kepada sami ini dan sami akan renjiskan air ke kepala mereka.


Gerai ini menjual makanan eksotik, ada ulat, lipan, lipas dan segala serangga. Aku tengok dari kejauhan jelah


Ashraf yang seronok berjalan, mana reti penat. Asyik melompat aje!

Kami balik ke bilik untuk menunaikan solat jamak Maghrib dan Isya' kemudian en suami mengajak kami keluar ronda-ronda dengan menaiki kereta pula ke Bandar Hat Yai iaitu Plaza Lee Garden. Bila buat carian dalam GPS, rupanya hanya lebih kurang 7 minit dari hotel sahaja.


Keluar malam pakai baju tidur sahaja, ada aku kesah? Kata Ashraf:)


Kami dapat bilik di tingkat 5, hotel ni dulunya sebuah apartment yang diubah menjadi hotel. Lif dia pula jenis yang dapat lihat pemandangan di luar. Bilik hotel agak kecil dan harganya juga sedikit mahal jika ditempah melalui Agoda.com


Kami berpusing dua tiga kali juga untuk mendapatkan parking. Alhamdulillah, ramai juga kereta plat Malaysia yang ada di sini. Belakang kereta kami adalah kereta Myvi. Kebanyakan plat adalah dari Negeri Pulau Pinang (plat bermula dengan huruf P).


Tuk-tuk pun banyak juga cuma rasanya kalau keluar sendiri dengan menaiki kereta adalah lebih menjimatkan


Ini adalah Restoran Hamid yang femes di Hat Yai. Tapi kami tidak berpeluang makan di sini, mungkin lain kali boleh masuk cuba.


Di depan Plaza Lee Garden, ada banyak gerai menjual makanan seperti dalam gambar ini.


Ada nasi goreng, harga dalam THB50 (RM5). Bagi aku, harganya sedikit mahal kerana ini adalah makanan jalanan (street food).


Aneka minuman pun ada


Inilah Lee Garden Plaza, suatu ketika dahulu kena bom dengan pengganas. Alhamdulillah, sekarang sudah kembali macam biasa cuma aku nampak masih ada askar yang bertugas menjaga keselamatan awam.


Aku sempat juga membeli selipar di sini. Murah-murah aje dong!


Aku membeli sum tam (kerabu betik) di sini. Tapi malam tu balik terus sakit perut :P


Udangnya besar-besar tapi aku tak beli pun


Budak Chang ni sengih je manjang. Memang jenis boleh dibawa ke mana-mana asalkan mama ada sekali :)


Husna sempat posing sebelum hujan turun. Hihihi kami berteduh di hadapan Lee Garden Plaza sekejap sebelum berjalan pulang ke kereta


Aneka dim sum, kalau berada di Hat Yai ni duit banyak habis untuk beli makanan aje. Maklumlah bila lagi nak mencuba masakan negara orang kan?


Sum tam yang sedap cuma perut aku tak tahan. Mungkin kerana terlalu masam.

Oklah, malam itu sebelum balik kami singga membeli air mineral di 7-11. Kalau di Hat Yai dan Krabi jangan risau kerana 7-11 ada di mana-mana dan menjual produk yang kebanyakannya halal.

Sambung esoklah pula ya. Bye!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Finally dh nmpk kete baru akak. Syukur atas rezekiNya...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^