Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 6 Januari 2014

JJCM~Nasi Arab Zam Zam Restaurant

Assalamualaikum,

Kita mulakan hari Isnin dengan siri jalan-jalan cari makan. Tengahari semalam secara tidak sengaja telah ke Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam. Apa lagi kalau bukan untuk makan nasi arab. Malam tahun baru yang lepas baru aje makan nasi arab di Cyberjaya, dan kali ini pertama kali mencuba untuk makan nasi arab di sini.


Gambar : ihsan google

Restoran Zam Zam ini mempunyai bangunan sendiri dan berdiri gah di belakang deretan kedai di Seksyen 9, Shah Alam. Betul-betul terletak berhadapan dengan Klinik Paedratik Adek di mana aku pernah mendapatkan rawatan untuk athma & eczema Haziq di sini. Boleh baca entri ini :

http://zailabinimdae.blogspot.com/2011/11/klinik-pediatrik-adek-pakar-kanak-kanak.html


Nasi arab memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tak sangka anak-anak aku semua sukakan kambing. Haziq kalau makan nasi arab memang bertambah-tambahlah dia makan. Alhamdulillah, setakat ini tiada masalah pening kepala jika memakan kambing cuma kalau boleh jangan diamalkan selalu. Hihi Iyalah tu :) Bukan kerana takutkan kolesterol tetapi kerana risau poket yang akan menipis..Maklumlah, harga nasi arab ini boleh tahan juga.

Pertama kali kami makan di sini, harga yang dikenakan agak mahal jika dibandingkan dengan Restoran Saba'. Mungkin kerana lokasi dan suasana restoran yang ekslusif juga. Selain itu, di Restoran Zam Zam kita boleh memilih pakej yang disediakan mengikut berapa orang yang mahu makan. Hidangan nasinya sudah lengkap bersama nasi, lauk, pencuci mulut, kebab dan juga air. Jadi aku rasa harganya berpatutanlah juga. Lebih kurang harga di Restoran Hadramawt juga. Boleh baca perbandingan antara restoran nasi arab tersebut di sini :

1) Saba' Restaurant Cyberjaya
2) Hadramawt Palace, Bukit Bintang


Sebenarnya semalam kami makan bersama keluarga abang ipar en suami yang datang dari Kuala Selangor semata-mata untuk mencuba nasi arab di sini. Untuk satu famili Abang Sir mereka memilih set untuk 5-6 orang makan (seperti di dalam gambar) di mana satu dulang nasi ada ayam & kambing, semangkuk besar salad & grilled kebab. Untuk kami pula en suami memilih 2 set nasi Mandy Lamb dan sejag jus mangga.

Rasanya boleh tahan juga cuma bagi aku nasinya terdapat banyak rempah-rempah seperti bunga cengkih, buah pelaga dan rempah ratus yang lain. Kalau tergigit memang akan mengurangkanlah rasa kesedapan nasi arab tu. Kalau nasi di Saba', boleh makan dengan senang hati walaupun di dalam gelap :P Hihihi

Oklah, bagi yang ingin mencubanya, boleh ke alamat seperti di bawah :

Restoran Zam Zam
1, Jalan Tengku Kompleks Oasis 9,
Ampaun Zabedah G/G, Seksyen 9,
40100, Shah Alam, Selangor

Rujukan harga pula :

Lamb Mandy : RM19 (sepinggan tetapi nasinya boleh makan untuk 2 orang)
Mixed Grill : RM30
Arabic Salad (Big) : RM15
Muhalabia (small) : RM4 (ni macam puding gula hangus tu)
Chicken Mandy Quarter : RM16
Strawberry juice (1 pitcher) : RM35
Mango juice (1 pitcher) : RM35

Sehingga bertemu lagi di sesi jalan-jalan cari makan.

Pada yang berminat untuk menambahkan pendapatan samaada mahu lakukan secara sampingan mahupun sepenuh masa iaitu dengan bekerja dari rumah. Boleh kunjungi laman blog rasmi aku di sini :

http://zailamohamad.blogspot.com/

Boleh sertai kami dengan menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Dari Rumah sekarang. Jom daftar kerana ada 100 tempat masih terbuka:)

1 ulasan:

Eliss berkata...

pernah jugk makan kat situ ms duk shah alam. lama dah tak pi sejak ada nasi arab dekat sgt dengan rumah ni :p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^