Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 27 Februari 2014

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Update Blog?

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya aku macamana untuk terus konsisten mengemaskini blog. Ada yang mengeluh tiada masa untuk melakukannya di rumah, kalau di tempat kerja apatah lagi kan? Bagi aku, jika ada minat segalanya mungkin. Lagi satu nak kena ada keinginan juga sebab kalau sudah tidak ada keinginan, maka dibiarkan aje blog itu berkubur.

Tak dinafikan kita sebagai manusia biasa ada masanya kita malas atau merasa penat untuk mengemaskini blog. Tambahan pula bagi wanita yang bekerja, sudah tentulah merasa kepenatan setiapkali balik dari bekerja kan? Di sini aku mahu kongsikan beberapa tips yang aku amalkan dulu semasa bekerja untuk mengemaskini blog.

1) Membuat entri secara berjadual (schedule post) : Kebanyakan blogger sudah pasti mengetahui akan cara-cara untuk mengemaskini blog secara berjadual. Caranya hanya setkan di bahagian masa (sebelah kotak entri) untuk waktu yang kita ingini. Jadi tidak menjadi masalah sekiranya kita keluar bekerja atau tidak membuka blog selama berminggu-minggu.

2) Curi Masa 10 Minit : Selalunya saya akan mengemaskini blog apabila anak-anak sedang tidur. Ini kerana tiadanya gangguan daripada mereka dan idea untuk menulis juga akan datang mencurah-curah. Bagi ibu bekerja, amalkan mengemaskini blog pada waktu pagi iaitu sebelum menunaikan solat subuh atau bila-bila sahaja di waktu pagi. Ini kerana waktu ini otak kita masih lagi segar dan percayalah idea akan datang tapa perlu memerah otak pun!

3) Kemaskini di facebook dahulu : Zaman serba canggih ini sangat rugi sekiranya kita tidak menggunakan segala kemudahan yang ada. Jika facebook setiap hari juga kita boleh buka, apa kata latih diri untuk menulis di dalam status di facebook. Kemudian apabila pulang ke rumah, hanya "copy" dan "paste" sahaja di dalam blog kita. Mudah bukan?

4) Membawa buku nota : Ini boleh diaplikasikan kepada mereka yang bekerja dan sentiasa sibuk. Mungkin saat sedang bekerja tiba-tiba idea untuk menulis keluar. Catatkan dahulu di dalam buku nota dan apabila pulang ke rumah anda sudah boleh menulis berpandukan nota tersebut.

5) Upah orang : Ini adalah perkara terakhir yang aku akan buat. Hihihi

Tapi aku ada menerima upah untuk membina sebuah blog yang lengkap dengan fanpage dan borang pesanan ya. Untuk pertanyaan boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app / viber / telegram : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Untuk menyertai keluarga besar kami, boleh mendaftarkan diri dengan menjadi ahli #Akademibekerjadirumah. Baca keterangan dengan lebih lanjut di sini ya :

Akademi Bekerja Di Rumah

Laluan iklan jap :


siapa yang sedang mencari henbeg berjenama yang asli dari US, sila ikuti mereka di facebook : Oohmybags
atau rujuk gambar di atas.

Bagi sesiapa yang mahu beriklan di blog ini. Jangan malu-malu untuk hubungi aku di nombor yang tertera. TQ:)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^