Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 26 Februari 2014

Ikea Sale Datang Lagi

Assalamualaikum,

Wah! musim sale untuk Ikea sudah tiba. Terus laju je masuk website Ikea untuk melihat-lihat apa yang best!


EXPEDIT Bookcase ni hanya RM179 (harga asal RM249)


HEMNES Day Bed Frame With 3 Drawers RM999 (harga asal RM1699)


IKEA 365+ bowl RM7.90 (harga asal RM11.90)
MALA Paint Box RM19.90 (harga asal RM29.90)

Sebenarnya teringin juga nak pergi Ikea sebab nak cari meja tulis untuk Haziq. Tapi memikirkan pergi di hari minggu (pada musim sale) terus rasa sedikit terbantut niatnya! Sudah pasti dipenuhi manusia yang banyak duitnya dan sudah tentulah susah nak dapat parking. (kecuali kalau awal-awal pagi sudah terpacak di dalam Ikea :)

Tengoklah dulu, selalunya hari cuti jadual aku selalunya penuh. Mungkin mahu pergi ambil stok kerepek sahaja. Dari menghabiskan duit baik kita menambah pendapatan ya tak?

Oklah, pada yang berminat untuk pergi ke Ikea, sila-silakanlah pergi. Atau boleh aje ke laman sesawang Ikea iaitu di sini : Ikea untuk cuci-cuci mata.

Laluan iklan jap :



Siapa yang mahu rasa homemade lasagna meleleh dan juga spaghetti bolognaise super sedap, boleh like fanpage : Spaghetti Shack di facebook atau hubungi Shida di 012-668 9426. Semalam baru aje aku order dari mereka. Memang sedap sangat! Cepat hubungi nombor tertera untuk tempahan. Penghantaran percuma sekitar Shah Alam.

Bagi sesiapa yang ingin mengiklankan produk / servis / perkhidmatan mereka, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whats app / viber / telegram : 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

Harga menarik untuk pengiklanan di blog ini (trafik harian 1000+ pengunjung sehari). Sehingga bertemu kembali :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^