Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 4 Mac 2014

Atasi Kutu Rambut Dengan Miracle Refreshing Spray (MRS)

Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman menggunakan Miracle Refreshing Spray (MRS) sebagai ikhtiar untuk aku merawat kepala anak dara aku yang dipenuhi kutu. Siapa lagi kalau bukan anak dara Husna tu. Aku menyedari kepala Husna berkutu sejak hujung tahun lepas lagi iaitu sejak dia bersekolah di Genius Aulad. Biasalah, masalah kutu ni memang tak boleh lari lagi bagi budak-budak yang bersekolah kan, duduk sama-sama, main sama-sama, sudah tentulah akan terjangkit sama.

Lagipun Husna mempunyai rambut yang hitam, lebat dan tebal. Memang mudah sangat berpeluh bila memakai tudung untuk ke sekolah. Sesuai sangatlah tempat kutu membiak kan?


Imej : carian google

Kadang-kadang kasihan melihat Husna tergaru-garu kepalanya apabila selepas bermain atau berpeluh. Aku memang cuba juga untuk cari dan menghapuskan kutu-kutu tu tapi biasalah sekejap ada sekejap tak ada. Kalau lama tak belek, tiba-tiba ramai pula makhluk yang bernama kutu tu bermaharajalela di kepala Husna. Geram juga! Sampaikan kadang-kadang kepala sendiri terasa gatal juga, hihihi

Tapi pernah juga terjumpa kutu di kepala Ashraf dan Azzam, memang cukup tertekan aku bila memikirkannya! Jadi kebetulan adalah suatu hari nan indah, aku terpandang iklan MRS di facebook aku. Salah satu kegunaan MRS adalah untuk mengatasi masalah kutu. Apalagi, terus aku menghubungi ejen dan menempah MRS yang 30ml punya. Kalau nak beli yang 10ml kecil sangat, tak dan nak rawat dah habis. Jadi kita beli yang besar sikit supaya senang untuk digunakan.


Harga MRS :
10 ml : RM9.90
30ml : RM39.90
60ml : RM79.90

Kos pos : RM7

Semalam bila dapat aje MRS, terus aku panggil Husna dan picit beberapa titis MRS ke telapak tangan dan sapu ke kepala Husna, macam kita sapukan minyak rambut tu. Buat sampai minyak tu membasahi kulit kepala. Kemudian sikat dengan sikat kutu (tapi kutu tu sendiri akan merayap keluar dari kepala anak kita). MRS ni memang rasanya berangin dan menyegarkan. Agaknya kutu-kutu pun tak tahan terus berpusu-pusu keluar. Insya Allah hari ini nak ulang lagi kaedah yang sama. Biar semua kutu-kutu tu mati dan hilang dari mengganggu kehidupan kami sekeluarga. HAHAHA

Oh selain dari tu, MRS ini juga boleh mengurangkan batuk-batuk. Anak aku Haziq tu selalu batuk malam sebab keadaan bilik yang kadang-kadang sejuk. Jadi sebelum tidur aku lumurkan MRS ke ada dan belakang Haziq. Selalunya memang aku amalkan lumur Vicks tapi kali ini nak gunakan MRS pula memandangkan MRS ini produk keluaran Muslim dan ianya bebas bahan kimia yang membahayakan. Alhamdulillah, malam tadi Haziq tidur lena. Aku pun letak juga di dada dan leher sebab cuaca sekarang ni membuatkan aku batuk-batuk. Bayangkanlah seksanya batuk apabila mengandung. Asal batuk / bersin mesti terkencing kan? Jadi MRS banyak membantu mengawal rasa geli untuk batuk tu. Selain itu aku amalkan juga meminum teh bersama saffron (patutnya tambah madu tapi kebetulan madu habis). Alhamdulillah selsema hilang dan batuk pun berkurangan. 


Anak dara yang semakin menginjak remaja. Husna ni memang senang untuk dijaga sejak dari kecil lagi. Tak banyak meragam ataupun jatuh sakit tapi satu masalah dia adalah suka menangis. Tapi sejak dah besar kurang dah menangis tapi banyak bermain pula. Dia kan sekarang homeschooling dengan aku je, punyalah manja atau banyak alasan jika disuruh buat kerja. Alhamdulillah aku dah selamat daftar ke sekolah Haziq, tunggu bulan 6 ni ada peperiksaan kelayakan untuk masuk ke sekolah tu. Memang nak kena bagi dia jawab banyak soalan. Tapi ituler, kadang-kadang aku tak sempat nak pantau dia, maklumlah bukannya aku duduk rumah goyang kaki jaga anak sahaja. Tapi , Insya Allah aku akan cuba sedaya mungkin untuk memberi didikan dan ajaran sebelum Husna melangkah ke alam persekolahan nanti. Doakan ya moga Husna dapat satu sekolah dengan Haziq. Nanti senang Haziq nak tengok-tengokkan Husna ni (atau Husna yang tengok abangnya yang manja tu)

Oklah, bagi sesiapa yang mempunyai kutu atau ingin merawat kutu di kepala anak masing-masing. Boleh tempah melalui aku dengan cara :

- Sms "MRS" ke 012-3228651
- Isikan terus BORANG PESANAN ini

Laluan iklan :


JOm dapatkan tudung-tudung menarik di ErnieKhairina Collections. Boleh beli borong juga. Jangan lupa like fanpage mereka di sini (ErnieKhairina Collections)

Bagi sesiapa yang ingin beriklan atau mengiklankan produk mereka di sini, sila PM aku yaaaa

Bye!




Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^