Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 5 Mac 2014

Resepi Kari Ikan Tenggiri Versi Mekla


Assalamualaikum,

Kali ini aku nak kongsikan resepi kari ikan tenggiri pula. Beberapa hari yang lepas memang teringin nak makan kari ikan, sekali rempah kari ikan habis pula. Jadi semalam bila membeli-belah barang dapur terus masukkan dalam senarai untuk membeli rempah kari ikan :)

Oklah, bahan-bahannya :

- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu rempah halba
-  sedikit daun kari
-  4 sudu rempah kari ikan Adabi (atau jenama lain pun boleh; larutkan di dalam secawan air)
- 1 sudu pati asam jawa (larutkan bersama dengan 1 cawan air suam)
- 1 mangkuk santan pekat
- ikan tenggiri (kalau nak sedap gunakan kepala)
- 1 biji tomato belah 4
- 1 biji terung (potong dua kemudian belah dua lagi)
- 2 atau 3 biji bendi
- garam & gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya pula :

- Tumiskan bawang merah, bawang putih, rempah halba sehingga kekuningan.
- Masukkan campuran air+rempah kari ikan, sabil kacau-kacau
- Masukkan air asam jawa juga
- Masukkan ikan kemudian diikuti dengan tomato, bendi dan terung.
- Masukkan garam & gula kemudian dibiarkan seketika (pastikan api kecil ya, nanti kering pula kuahnya)
- Masukkan santan pekat dan biarkan lagi sehingga ikan masak
- Sebelum angkat cubalah rasa dulu dan tambah apa yang patut.

Senang bukan? Semalam aku makan bersama sayur kobis goreng. Teringat pula makan nasi kandar ya, gandingan kari bersama kobis :)


Cara nak buat kobis goreng senang sahaja ; tumiskan bawang bersama ikan bilis sehingga ikan bilis garing (masak), kemudian masukkan sayur kobis, perisakan dengan garam & gula. Tutup sekejap kuali supaya kobis cepat masak!

Oklah, sehingga bertemu kembali. Sekarang ini suka pula berkongsi resepi, walaupun mudah diharap ketulusan hati seorang isteri memasak untuk suami dan anak-anak yang diambil kira.

Laluan iklan :


Dapatkan 2 ebook pada harga RM50 sahaja (harga asal RM100). Boleh menempah di sini :

Borang Tempahan

Bagi mereka yang mahu beriklan di blog ini, jangan malu-malu untuk PM aku.

1 ulasan:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

sonok tgk org rajin masak ni..kite makin lama makin malas..huhuhu..terlalu terpengaruh dgn simptom mengandung ni kot...>_<

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^