Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 18 November 2015

Rahsia Cepat Siapkan Kerjarumah




Assalamualaikum,

Haritu ada seorang pembaca Whats App aku bagaimana untuk cepat memasak atau lebih kurang nak tips masak cepat (kot). Lupa dah sebab lama sangat, hari ni baru teringat nak kongsikan tips-tips cepat untuk siapkan kerjarumah. Mula-mula tu aku nak jawab "Belilah Noxxa, sebab memang cepatlah siap masak" tapi kan nampak sangat menjual jadi aku hanya jawab "Nanti saya kongsi di blog".

Antara salah satu rahsia untuk cepat memasak dan siap memasak adalah dengan melaburkan duit ke atas gadget-gadget dapur yang memudahkan kita. Bukan apa, bagi aku tak salah kerana memang terbukti cepat dan mudah. Terutamanya buat ibu yang bekerja, waktu adalah emas sebab setiap hari memang wajib nak sediakan banyak benda kan? Sekarang ini setiap pagi telefon aku mesti berbunyi sebab ada ahli-ahli geng Noxxa "tunjuk" hasil masakan masing-masing. Dalam gambar di atas, bihun goreng hanya mengambil masa 2 minit sahaja untuk disiapkan (separuh peket bihun jenama Faiza). Kalau masak atas dapur gas rasanya lebih dari 2 minit nak tunggu bihun betul-betul masak kan?

Lagi satu rahsianya adalah masak dengan banyak kemudian simpankan dalam bekas di dalam peti sejuk beku (freezer) dan siap dengan label. Contohnya masak kari ayam, kalau masak dalam Noxxa memang banyaklah dapat dan selalunya aku akan asingkan dalam bekas lain kalau tak habis dan simpan dalam freezer. Bila ada masa nak cepat boleh panaskan aje lauk tu dalam Noxxa (noja lagi!). Dengan cara ni dah jimat banyak masa memasak ye tak? Lagipun Noxxa mempunyai 7 fungsi dala satu iaitu boleh menggoreng (menumis), memanaskan dan macam-macam lagi. Nak tahu lebih lanjut, silakan WA ke 012-970 6828

Untuk memudahkan lagi proses memasak, kalau boleh bahan-bahan mentah seperti ayam, ikan atau makanan laut tu buatlah dalam plastik untuk sekali masak (aku selalu letak dalam plastik putih yang bungkus lauk tu sebab murah). Apabila nak masak keluarkan dan campak dalam Noxxa aje. Eh Noxxa lagi :P Maksud aku, keluarkan siap-siaplah bila nak masak, takde lah nak menunggu lama untuk bahan mentah tu defrost (cair) baru boleh masak. Tapi sebenarnya kalau guna Noxxa memang boleh terus masukkan yang dalam peti ais dan masak. Adalah fungsi-fungsi yang boleh digunakan, yang pasti memang mudah memasak!

Rasanya itu sahaja rahsia untuk cepat memasak. Satu lagi pesanan buat para suami tu kalau isteri nak beli gadget dapur yang dirasakan mahal janganlah berkira atau kedekut sangat sebab ianya akan memudahkan kerja si isteri juga. Bayangkan isteri balik kerja pejabat kemudian nak masak lagi (uols juga yang nak makan) pastu nak siapkan anak-anak lagi. Hermm kesian isteri tau:P

Kisah aku beli Noxxa ni pun sebenarnya en suami tak tahu, beli melalui kawan dan main kutu. Bila dapat barang terus guna, setiap hari masak dan tunjukkan betapa mudahnya memasak menggunakan periuk ni. Nasib baik en suami tak marah (iyalah sebab guna duit aku sendiri) dan selepas itu aku terjebak beli seterika Philips yang macam dalam gambar di bawah ini pula :




Ikutkan harga tu memang fikir sepuluh kali (sebab cecah ribuan ringgit) tapi apabila memikirkan seterika rumah yang dah nazak dan dapat tahu pula ianya memudahkan kerja menggosok (kerja rumah paling tak suka sekali) maka aku pejamkan mata juga beli 4 kali bayar. Fuuh berpeluh-peluh juga nak membayar tapi alhamdulillah dah langsai dah pun semuanya.

Point aku di sini adalah jangan kedekut untuk melaburkan duit pada barang yang memudahkan kerja seharian kita. Setiap barang yang mahal itu sudah pasti ada kebaikan atau kelebihan berbanding produk yang murah atau biasa. Blogger femes Redmummy pun dah guna seterika Philips yang ni tau. Boleh baca link entri di sini : http://redmummy.com/category/philips/ tapi dia bukan beli dengan aku. He he he Cumanya nak minta uols baca kebaikan dan kelebihan produk ini. Dah macam goreng pisang aje produk ni cepat habis di pasaran. Kalau nak beli boleh WA aku laju-laju di 012-970 6828.

Oklah, nanti ada masa aku share lagi rahsia cepat siapkan kerjarumah menggunakan produk lain pula. Jadi surirumah zaman sekarang kena bijak sebab masa terlalu berharga buat kita semua. Tambah-tambah surirumah sekarang bukan hanya jaga pakai makan anak tapi ada juga yang sibuk berniaga tambah pendapatan keluarga sekali. Haaa nak tahu bagaimana cara aku jana pendapatan hanya dari rumah? Wasaplerr 012-970 6828. Bye!

2 ulasan:

Nadiah Hanum berkata...

Setuju..gadget2 ni memang banyak membantu.

Aina Dayana Hilmi berkata...

Terbaik. Suka baca entri cikgu^_^ Di rumah ada Noxxa juga tapi mak yang suka guna. Kui3

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^