Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 3 Disember 2015

Mudahnya Buat Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Dengan Noxxa


Assalamualaikum,

Gambar di atas sebenarnya hasil dari kejadian hari Rabu yang lepas lagi. Selepas berjaya mengangkut anak-anak ke Subang Parade, balik tu aku singgah ke kedai runcit berhampiran rumah beli ayam kerana teringin nak makan ayam panggang ala Kenny Rogers tu. Kebetulan mak mertua nak datang rumah, jadi bolehlah hidang ayam panggang buat santapan makan malam. Mesti bagitahu yang buat ayam ni menggunakan "puyok Noja" Sedap tak mek? He he he

Beli ayam sekor dan jangan potong-potong, aku hanya minta si penjual keluarkan isi dalaman seperti hati jantung dan sebagainya aje, balik terus perapkan ayam dengan sos tiram, sos cili, kicap manis, garam, italian mixed herbs dan lada hitam. Tumbuk beberapa ulas bawang putih dan sumbat-sumbat ke dalam ayam. Kemudian terus masukkan ke dalam inner pot Noxxa (kalau nak balut pakai aluminium foil pun boleh supaya nanti ayam tidak hangit), masukkan kentang yang dibelah 4, tomato dan lobak merah yang dipotong besar. Setkan mod HP selama 25 minit. Kalau tak balut nanti dah masak, ayam akan keluarkan air dan air inilah nanti kita gunakan balik sebagai kuah gravy. Aku panaskan balik dengan menambah bancuhan tepung jagung, sos tiram dan hirisan cendawan butang ke dalam kuah tersebut.

Seekor sebenarnya tak cukup untuk keluarga besar kami. Semua suka dan memang isi ayam terasa masak lembab dan tidak kering seperti dimasak dengan oven. Selamat mencuba! Macam biasalah kutu Noxxa sentiasa ada, boleh WA ke 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan harga ya!

Bye.

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^