Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis :P Sekarang ni memang tak dinafikan tak banyak sangat cerita menarik tentang kami sekeluarga tapi padanlah kan, kami bukannya artis cuma rakyat marhaen sahaja. Memandangkan aku pun sekarang sibuk dengan jadual harian dan urusan bisnes kecil-kecilan, maka memang ada masa blog ini akan ber update dan ada masa blog ini akan menyepi. Lumrah seorang blogger. Cewah! Terima kasih pada semua yang setia mengunjungi blog Mekla ya.
Ahad yang lepas, Mekla ada anjurkan kelas meroti. Insya Allah kalau ada rezeki rasa nak buat lagi. Macam best pula elajar buat roti dengan salah seorang upline Mekla yang memang dah terer buat roti ni (siap ambil tempahan lagi tu). Kebetulan ada kawan yang beli mesin penguli roti & oven jenama Noxxa, jadi haruslah buat demo untuk tunjuk cara-cara nak gunanya :)
Bahan-bahan yang digunakan pun mudah sangat-sangat. Semua ni memang ada di dapur Mekla dan bila menggunakan Noxxa Breadmaker lagi lah senang. Masuk je smeua bahan-bahan tanpa perlu fikir panjang. Eh! Tapi ada rahsianya juga, nak tahu kena datang kelas meroti lah kan. Nak cerita kat sini pun bukannya faham :P
Hasilnya dapat banyak juga roti dan ketahui pelbagai teknik nak buat roti. Dari satu doh tu kita boleh buat macam-macam seperti roti inti kacang merah / kaya pelbagai bentuk, roti sosej dan roti biasa. Anak-anak Mekla pun suka je main doh tu, macam main-main play doh pun ada ;)
Kalau banyak macam ni kena bakar banyak kali juga. Tapi tak mengapa sebab bukan kita bakar pakai dapur arang pun kan. Yang penting anak-anak happy dapat makan roti buatan sendiri.
Banyak teknik dan rahsia yang Mekla dapat untuk hasilkan roti yang terbaik. Tapi maaflah ya, gambar-gambar ni semua diambil sebelum dibakar lagi. Gambar selepas bakar lupa lah pula nak letak. Memandangkan masa tu semua pun dah tak sabar dan Mekla pun sebenarnya terkejar-kejar nak keluar ke Kajang untuk sesi makan-makan bersama keluarga en suami. Lepas tu janji pula dengan pelanggan nak hantar barang parti dan Noxxa Noodle Maker. Petang tu kami keluar sampai rumah kembali dalam pukul 12 tengah malam juga. Macam inilah kalau buat bisnes, setiap masa pasti akan ada urusan tapi nak buat macamana, demi sesuap nasi uolssss.
Terima kasih buat uplien Mekla yang sanggup datang ke rumah dan bagi tunjuk ajar tentang ilmu meroti ni. Kita sebenarnya ajak ramai tapi biasalah mesti ada yang tak dapat datang atas alasan masing-masing. Jangan risau, insya Allah selepas ni Mekla akan usahakan untuk buat kelas masakan di rumah setiap sebulan sekali. Bukan apa, ramai yang takut nak beli barang sebab takut tak reti guna. Sebenarnya itu alasan lapuk, zaman teknologi ni semuanya di hujung jari dah, google aje semua benda akan keluar. Mekla dulu pun beli Noxxa Pressure Cooker takde sape ajar pun tapi hanya belajar melalui group Whats App sahaja. Mudah kan?
Ramai yang suka gadget Noxxa Breadmaker ni sebabnya selain menguli doh roti ia juga boleh membakar dan set masa untuk kita makan roti tu. Kalau tak silap ada lebih dari 10 fungsi yang kita boleh pilih dan cuba. Satu pelaburan yang berbaloi-baloi bagi ibu yang punyai anak ramai. Boleh jimat dari segi kos dan kalau super rajin sebenarnya boleh mulakan bisnes jual roti secara kecil-kecilan di pejabat atau suruh anak-anak jual di sekolah. Zaman sekarang kan semua barang mahal, jomlah sahut saranan Pak Menteri yang suruh buat #2kerja tu. :)
Memang stok Noxxa Breadmaker ni stok hangat di pasaran. Sekejap ada sekejap takde, tapi pada yang berminat nak memilikinya (macam Mekla) tapi rasa macam tak mampu nak bayar sekaligus, jomlah kita main kutu-kutu. Mekla pun insya Allah tengah gigih kumpul duit untuk main kutu. Tak nak susahkan en suami tapi kalau boleh nak bantu dia, bila ada BM ni dah boleh jimat dari beli roti Gardenia. Ha ha ha
Oklah, nantikan pengumuman kelas Mudahnya Memasak yang akan dianjurkan oleh Mekla ya. Kalau berminat nak sertai, boleh WA ke 012-970 6828 untuk ketahui tarikhnya. Khas buat surirumah yang mahu cari pendapatan lebih dengan menjual peralatan / gadget mudah memasak ni, jangan fikir susahnya nak jual tapi fikir bagaimana aku nak bantu tambah duit poket belanja shopping aku. Jadi, apa lagi, jom lah buat bisnes santai gaya Mekla ni :)
Bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
1 ulasan:
Jom la join kelas meroti
Catat Ulasan