Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 16 Februari 2016

Bestnya Balik Kampung

Assalamualaikum,

Antara sebab mengapa blog ini "menyepi" seminggu yang lepas adalah kerana tuan blog balik bercuti di kampung bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah kali ini boleh balik lama sedikit kerana en suami telah mengambil cuti tahunan selama 3 hari selepas Chinese New Year (CNY). Walaupun sekolah budak-budak ni tak sambung cuti tapi Mekla terpaksa lah buat-buat cuti sendiri. He he he

Jumaat sebelum cuti sempatlah karang "surat cinta" untuk diberikan kepada guru kelas Haziq & Husna. Tak tahulah bagaimana reaksi mereka (guru kelas) tapi memandangkan selepas ni cuti sekolah seminggu pun kemungkinan besar kami tak dapat balik (sudah tentu lah aku dalam pantang selepas melahirkan anak ke 6). Jadi, nak tak nak, terpaksa lah "cutikan" mereka selama 3 hari berturut-turut ;)

Kami bertolak pada pagi Sabtu, keluar rumah seawal 4 pagi lagi (kesnya tak boleh nak lelapkan mata). Ingatkan jalan menghala ke Pantai Timur lengang tapi rupa-rupanya sesak juga. Kami berhenti di Petronas Karak betul-betul masuk waktu Subuh tapi lama juga lah menunggu giliran untuk solat subuh memandangkan ratusan (ke cecah ribuan) manusia berhenti pada waktu yang sama. Selepas solat subuh en suami teruskan perjalanan tapi kali ini kena pilih jalan alternatif iaitu melalui jalan kampung Sertik Mempaga dan alhamdulillah sepanjang perjalanan memang kereta banyak (tak putus-putus) tapi dek kerana kami ni banyak masuk cari jalan kampung, maka tempoh perjalanan dapatlah dipendekkan ke 12 jam (orang lain ada yang 16 jam). Itupun kami banyak berhenti solat dan makan. Balik kali ni kena santai-santai memandangkan ada mak buyong yang sudah sampai hari nak bersalin.

Alhamdulillah pukul 5.30 petang sudah sampai di bumi Tumpat (balik rumah en suami dulu).


Masuk je Kelantan hujan sepanjang jalan. Memang sejuklah kan. Dua hari juga aku demam sakit urat T_____T"

Esoknya balik ke rumah mak aku di Bachok. Sebelum tu singgah tengok ombak laut yang bergelora di Pantai Irama. Anak-anak suka lah sebab boleh bersilat depan ombak. He he he


Memang ramalan cuaca ada mengatakan yang ombak bergelora sehingga membahayakan nelayan kecil dan aktiviti di offshore. Angin pun bukan sepoi-sepoi bahasa dah, memang sejuk beku sampai ke tulang


Takut juga bila duduk tepi pantai dengan ombak mengganas macam tu. Mulalah fikirkan tsunami tapi alhamdulillah tak berlaku kejadian pelik. Kita tak tahu kan kuasa Allah, yang penting sentiasa doakan moga negara kita dilindungi Allah selalu.


Aaliyah takut dengar bunyi ombak. Satu perkara baru bagi dia. Kalau ombak tak mengganas ingat nak bawa dia jalan-jalan tepi pantai juga


Berada di kampung aku tak pergi mana-mana pun sebab doktor memang pesan supaya banyak berehat. Jadinya, bila duduk rumah mak dan rumah mak mertua tu takde acara lain selain dari makan dan menunaikan "hajat" nafsu mak buyong. Takde lah nak makan semua tapi merasa lah juga makan makanan orang kampung yang susah untuk dicari di Shah Alam ni. Antaranya adalah tepung boko ubi kayu. Wallahweh sedapnya bila teringat balik.

Al-kisahnya jenuh aku cari di pasar Jelawat dan pasar Tumpat tapi tak jumpa. Bila mak mertua dapat tahu, terus dia pergi gali ubi kayu belakang rumah dan buatkan. Sambil-sambil tu aku tolonglah juga kacau dan ambil resepi. Amboi, ingat Mekla menantu hantu ke tahu makan saje :P


Nanti aku kongsikan resepinya ya. Sebenarnya ada banyak lagi resepi yang sempat belajar di kampung, kalau rajin Mekla kongsi. Bagus untuk rujukan diri sendiri juga :)

Oklah, hingga berjumpa lagi. Bulan ni ada promosi set bersalin Tropical Herbs, rugi kalau tak beli tau. Boleh Whats App ke 012-970 6828 untuk pertanyaan harga. Setiap pembelian akan diberikan BONUS ebook Panduan Berpantang Tradisional & Moden. Boleh jadikan rujukan sepanjang proses berpantang tau :)

Bye!

1 ulasan:

Malinda berkata...

salam ukhuwah dik...seronok betol dapat balik kampong lama2 skit kan... :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^