Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 24 Februari 2016

Resepi Mudah Sayur Air Cendawan Tiram


Assalamualaikum,

Bertemu lagi dalam siri resepi mudah atau malas bersama Mekla. Ya ampun, sejak dah jadi surirumah ni blog ni macam blog resepi dah ya. Hingga ke resepi paling mudah masak pun ada :) Tapi tak mengapa, ilmu memasak kita kongsi bersama. Lagipun mudah aje nak sediakan resepi ni. Bagi peminat sayur cendawan bolehlah cuba, bila ketandusan idea boleh buat dan makan hingga menghirup kuah :)

Waktu Tahun Baru Cina hari tu memang banyak sangat sayur jenis cendawan dijual di Econsave depan rumah aku ni. Jadi, memang setiap minggu ada sahaja menu menggunakan cendawan aku masak. Anak-anak layan aje tapi selalunya kalau cendawan tiram ni buat celup tepung baru lah mereka laju sikit makan :)

Resepi sayur air cendawan mudah je. cekidaut :

Bahan-bahan :

- 3 ulas bawang putih dibuang kulit dan diketuk
- 1 inci halia kikis buang kulit dan ketuk
- 1/2 kiub ikan bilis
- 1 sudu sos tiram
- air
- cendawan tiram

Cara-caranya :

- Masukkan dalam periuk dan masukkan cendawan yang dah siap dibasuh takat-takat cendawan tu je, jangan banyak sangat sebab tak best. Panaskan api dan masukkan bawang putih, halia, kuib ikan bilis, sos tiram. Rasanya garam gula tak perlu dah (kecuali kalau uols pemasin sangat) sebab kiub ikan bilis dan sos tiram tu pun dah cukup masin dan memberikan rasa. Bila mendidih angkat dan makan :)

Selamat mencuba.

Semalam buat lagi daging masak hitam bersama cendawan shitake. Haziq suka makan kalau masak macam tu, Husna pula suka jenis berkuah pedas sebab tu buatkan juga fishball kuah sos masam manis. Anak-anak lain makan tapi sambil main-main. Sayur tu pula untuk mama dan Aini je, orang lain tak makan. Oklah hingga berjumpa lagi. Bye!

3 ulasan:

dalilayusof berkata...

Sedapnya tapi tak pernah letak sos tiram kalau masak sup cendawan..boleh cuba nanti

Malinda berkata...

ni antara menu feberet dlm rumah akak jugak dik...simple dan sedap sangat...lawan kan dengan sambal ketuk pon dah mabeles...tapi akak selalu guna kiub ayam...sama je kot rase dia sikit lebih kurang :)

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

Sayur masak air mmg sesuai kalau dh beranak pinak ni kan..at least kalau anak2 tk makan sayur, leh makan kuah tu ngan nasi..pastu goreng telor or ayam ..kikiki

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^