Hari ini aku nak promote bisnes kawan pula iaitu bisnes Puan Haidah (dulu seorang blogger juga) iaitu bisnes karipap sejukbeku yang dijenamakan sebagai Suri's Puff. Sebenarnya Puan Haidah tinggal berdekatan juga dengan rumah aku jadi memang senanglah Mekla nak selit order. Pertama kali aku order adalah karipap berintikan isi ketam dan keju, waktu tu ada kakak ipar aku datang melawat baby Arman, jadi gorenglah semua kan. Berebut-rebut makan sebab sedap sangat dan semua pun puji kelainan dalam inti karipap tu.
Kali kedua order aku cuba karipap sardin memandangkan ianya kegemaran aku, tapi yang ni rasanya agak pedas dan anak-anak tak suka makan sangat. Jadi kalau mahu tempah untuk anak-anak pastikan ambil inti crab & cheese sebab yang ini gerenti anak-anak suka :)
Antara pilihan inti yang lain adalah :-
- Pilihan inti:
Daging (berkentang) Ayam (berkentang) Ikan (rasa spt satar terengganu) Sardine (pedas) Cheese crab (with mozarella cheese) Red beans (rasa spt chinese pancake) Durian (rasa durian sebenar) Harga RM25 (53-55 biji) untuk pilihan inti: Daging Ayam Ikan Sardine Red beans Harga RM30 (53-55 biji) untuk pilihan inti: Cheese crab Harga RM15 (16 biji) untuk pilihan inti: Durian
Karipap inti sardin, kulit karipap rangup dan inti juga tidak kedekut. Sesuai digoreng untuk bekalan Bento anak sekolah atau minum petang bersama Teh O
Sekiranya berminat, boleh hubungi tokei karipap sendiri iaitu Pn Haidah di talian
Whats App : 019-224 4404
Whats App : 019-224 4404
Whats App : 019-224 4404
Bagi mereka yang ingin mengiklankan produk makanan / service, boleh hubungi aku melalui email zailamohamad@yahoo.com. Sedikit bayaran dikenakan ya tapi iklan akan kekal dalam blog ini dan untuk pengetahuan trafik ini melebihi seribu kunjungan setiap hari dan banyak juga menguasai carian di Google & Bing.
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan