Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 23 September 2016

Selamat Hari Raya. Rindu Mekla Tak?

Assalamualaikum,

Lamanya tak menulis di sini sampai rasa janggal nak berceloteh kembali. Tapi memandangkan ramai yang rindukan celoteh Mekla (koyal!) gagahkan juga buka blogger.com. Nasib baik tak lupa dah cara-cara untuk muatnaik gambar. Inipun makan masa sehari lebih untuk edit dan masukkan gambar. Biasalah blogger kertu kekdahnya macam ni lah (baca : slow).

Sedar tak sedar dah hampir 6 bulan Mekla tak menulis di sini. Banyak sangat yang terjadi pada keluarga kami. Dugaan dan musibah datang silih berganti dan apa yang pasti dugaan ini banyak menyedarkan Mekla. Habis pantang Mekla sudah tiada pembantu, itu yang kelam kabut menguruskan anak sendirian. Penat juga bila jadi supir ni, tambah-tambah kena angkut semua askar masuk kereta. Tapi biasalah, lama-lama dah jadi rutin. Istilah penat tu tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata dah. Kadang-kadang menangis pada Allah (mengadu pada suami pun bukan dia boleh tolong).

Betul kata orang, dugaan ini akan menguatkan kita. Allah tak pernah membebankan hambaNya kerana Dia tahu apa yang terbaik buat mereka. Betul tak?

Bila dah lama tak berblog memang rasa rindu, buka balik baca kenangan lama-lama memang menitiskan air mata juga. Cepatnya masa berlalu dan pantasnya anak-anak membesar. Dalam dok marah sayang marah sayang tengok-tengok masing-masing dah besar dah! Ok kat sini Mekla masukkan beberapa gambar untuk kenangan secara rawak. Setiap gambar ada kisah yang tersendiri :)


Anak bongsu Mekla (buat masa sekarang). Stok kali ni jenis manja tahap gaban tak boleh mama hilang dari mata dan mulalah drama menangis tak berhenti. Nak kata macam sawan tangis tu takde lah cuma memang jenis manja (sama macam Azzam Haneef dulu) kalau kita tak ambil dukung selagi tu tak berhenti menangis. Tapi sejak dah besar dan boleh makan ni tahap menangis tu dah kurang sebab perut kenyang kan. Patutlah mak Mekla selalu suruh suap (orang tua dullu-dulu asal anak menagis ingat lapar) Ha ha ha


Makan nasi arab bersama keluarga di Wangsa Maju. Kalau tak silap gambar ni sebelum puasa lagi. Meraikan kedatangan kakak ipar sekeluarga dari Manek Urai dan mak mertua pula akan buat umrah. Mekla pernah kongsi JJCM restoran nasi arab ini. Kali kedua makan rasa macam biasa-biasa aje.


Balik dari makan nasi arab anak-anak (Haziq, Husna, Ashraf dan Azzam) nak bermalam di rumah Mak Long mereka di Wangsa Maju. Tak sangka Azzam berdikari sangat. Sedikit pun tak menangis tapi Mekla tahu tujuan mereka hanyalah nak mandi kolam di rumah baru Ayah Long!


Kakak Aaliyah. Sejak dah jadi kakak ni memang perangai menjadi-jadi sikit. Saat paling sukar adalah bila dia kehilangan "kakak" (pembantu kami). Bayangkan waktu tu baru menerima adik dan saat mama lepas pantang mama tak dapat menumpukan sepenuh kasih sayang buatnya. Memang terasa sangat tekanan yang dia rasa. Cara dia menangis pun dah tahu!

Tapi sekarang alhamdulillah Aaliyah dah big girl dan pandai bawa diri. Kalau dulu tak nak bergaul dengan sepupu-sepupu tapi sekarang dah boleh bawa diri dan bermain bersama. Sebenarnya banyak hikmah yang tersembunyi atas segala apa yang berlaku ke atas keluarga kami.


Juada nasi arab yang Mekla masak masa bulan puasa haritu. Alamak sedapnya (puji masakan sendiri). Masa ni beli rempah yang suami beli di surau Al Hijrah tapi bagi aku tak dapat lawan rempah nasi arab Al-Bayt. Kalau tak tahu Mekla ada jual rempah nasi arab Al Bayt ya. Boleh Whats App 012-970 6828 untuk mendapatkannya :) (promote sekt)


Gambar raya tahun 2016. Alhamdulillah Mekla sudah ber anak 6 ;)


Macam biasa pagi raya memang beraya di Tumpat dahulu sebelum balik ke Bachok. Gambar famili ramai-ramai (ada juga famili yang takde). Meriah kan? Mak mertua memang beruntung sebab memiliki anak-anak yang ramai dan berkembang pesat (amboih!). Seronok berada di dalam keluarga yang besar ni. Alhamdulillah!


Nasi arab lagi :) Lauk kari kambing. Masa ni buat jamuan raya untuk adik beradik dan saudara terdekat. Ada menu laksa penang juga. Musim raya masak guna Noxxa memang sangat cepat! (eh terpromote lagi)


Haziq dan Husna pada hari jamuan raya di sekolah. Masing-masing pelbagai ragam, yang perempuan tak nak bawa apa yang mama masak, mahu bawa kuih raya yang dibeli manakala Haziq berbangga hati mahu bawa makaroni goreng yang mama masak :)


Azzam Haneef dan stok nasi arab. Sudah lama tidak berjumpa dengan akak stokis Shah Alam. Ya Allah rindu zaman aktif berniaga. Kakak stokis Shah Alam pun sudah slow sikit kerana sibuk menguruskan kedai makan di Jusco Aeon Mall Shah Alam. Wah laju aje orang yang betul-betul berbisnes ni.


Anak-anak dengan sepupu. Seronok apabila berkumpul tapi tak tahan bisingnya hingga menggegar rumah. Hermm, kalau duit banyak boleh beli rumah banglo besar yang lamanya luas (berangan lagi)


Arman bersama Huzaifah menantu kepada abang ipar. Semua anak beranak kami sukakan budak-budak


Dugaan selepas balik kampung (tak ingat bila) apabila Arman kena tahan wad di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang kerana alergik. Awanya bintik-bintik biasa tetapi melarat dan selepas makan ubat masih berlarutan. Memang meruntun jiwa apabila melihat muka anak yang sakit tapi mujur mama sudah tidak menangis lagi.


Masa ni badan Arman naik bintik merah tebal dan panas. Menangis sahaja dan mama tak tahu nak buat apa. Macam-macam diagnosisnya sehinggalah doktor pakar memberi arahan supaya ibu berpantang makanan laut sehingga Arman  besar :P

Sudah lama rasanya anak-anak tidak sakit teruk dan pengalaman bermalam di hospital Klang sememangnya memberikan keinsafan buat Mekla supaya bersyukur dengan rezeki yang ada. Memang apabila dibandingkan dengan dugaan ibu lain, Mekla bersyukur sangat yang kes Arman hanya biasa-biasa sahaja. Keadaan wad yang panas, sesak bukan masalah besar pun, syukur hanya perlu bermalam hanya semalaman sahaja. Malam tu  berwasap dengan anak-anak yang lain di rumah dan mulalah drama air mata (Ashraf seorang je yang menangis rindukan mama dan baby). Esoknya mama pulang ke rumah dan masing-masing "kenakan" mama. Suruh itu ini T____T'


Gambar daging goreng sewaktu korban. Tahun ini seperti tahun lepas seekor lembu tumbang untuk keluarga en suami. Ya Allah nikmatnya daging korban. Masak simple sahaja tapi sedap :)


Lama tak tayang hasil masakan kan? Ini nasi goreng kampung sahaja (itu pun nak tunjuk). Sejak takde pembantu Mekla makan apa yang ada sahaja, kalau sempat masak kita masak kalau tak beli aje (no stress stress) tapi seronok bila anak-anak suka makan masakan kita.


Mengidam nak makan kue teow ladna, dua kali buat dan sedap (puji masakan sendiri lagi). Oklah Arman menangis dari tadi lagi. Tak boleh nak berceloteh panjang-panjang. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^