Assalamualaikum,
Aduh, selepas berminggu-minggu menyepi hari ini baru ada masa untuk kembali menulis. Banyak yang berlaku di Malaysia sekarang ya? Beberapa minggu lepas negara dikhabarkan dengan kenaikan harga minyak kelapa sawit dan minyak petrol. Hermm serba serbi naik harga. Nak marah lama-lama pun takde daya juga, akhirnya redho dan sambil itu jangan lupa untuk terus berdoa. Semoga kita menjadi orang yang rajin berusaha dan bukan tahu komplen aje, dan semoga nasib rakyat Malaysia terbela daripada pemerintah yang zalim.
Jumaat lepas Mekla balik kampung. Sebenarnya dah lama terasa nak balik ke kampung tapi memandangkan anak-anak sedang menghadapi peperiksaan, Mekla tangguhkan sehinggalah Jumaat lepas selesai je solat Jumaat terus bertolak. Bestnya balik walaupun sekejap. Takde pula gambar untuk dikongsikan tapi tak mengapa Mekla nak kongsi resepi ikan keli goreng berlada. Ikan keli ni kegemaran anak-anak. Seminggu mesti sekali ada menu ikan keli goreng. Masakan goreng aje yang diterima oleh mereka, kalau buat asam pedas ke bakar ke kurenglah (tak sentuh langsung).
Kalau nak menggoreng ikan ni mencabar betul. Meletop-letop minyaknya. Jadi Mekla selalu tutup kuali dengan tudung periuk. Bila nak balik matikan api gas baru boleh balik, he he penakut punya pasal :P
Bahan-bahan untuk sambal :
- 10 biji (ikut suka kalau nak banyak lebihkan) cili besar warna hijau dan merah (Mekla ada hijau aje)
- 2 biji cili padi (anak-anak tak boleh pedas sangat)
- 2 biji bawang besar atau bawang merah yang besar tu
- 2 keping asam keping
- garam, gula dan serbuk cukup rasa
- minyak
- Ikan keli tu lumurkan garam kunyit dan goreng siap-siap
Cara-cara :
- Kisar bahan-bahan seperti cili besar, cili padi dan bawang hingga hancur.
- Panaskan kuali, masukkan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar,
- Masukkan asam keping (kalau nak ganti dengan tomato pun boleh), garam, gula dan secukup rasa (tak nak masukkan pun takpe)
- Masak sehingga naik minyak (minyak tu keluar) dan tutup api gas.
- Masukkan ikan keli dan gaul rata
Mudah je kan? Tapi nak buat tu bercinta :P
Ikan keli sedap jika digoreng garing-garing
Tapi kan, kalau uols nak jimat minyak (tak nak guna minyak langsung) boleh gunakan Air Fryer Avance dari Philips. Mekla jual tau gadget best ini. Yang penting bila menggoreng ikan keli takde dah drama meletop-letop. Selamat, mudah dan bebas minyak. Berminat untuk beli boleh WA ke 012-970 6828 ya. Guna Air Fryer ni tak payah dah nak beli minyak 5kg tu, jimat duit uols dah tau.
Air Fryer ni besar, tak macam yang dijual di kedai elektrik atau Gohsop ke Wahsop ke apa. Ramai yang dah beli memang berpuas hati dalam menggunakannya. Sekali sumbat seekor ayam pun boleh tau. Apa tunggu lagi, jom bertukar kepada gadget yang begitu hebat ini :)
Bye. Nantikan resepi mudah dari Mekla. Zaman serba sibuk ni tak kuasa dah nak masak banyak menu. Asalkan anak-anak makan air tangan kita sudah. Betul tak?
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
1 ulasan:
kalau ikan sembilang saya rasa lagi sedap.
saya nak cuba.
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Catat Ulasan