Assalamualaikum,
Lamanya tidak menulis di blog. Maklumlah, sudah memasuki cuti persekolahan Mekla memang sibuk dengan aktiviti menjaga kanak-kanak ribena yang sedang bercuti. Bermula awal pagi lagi sudah mula memasak dan memasak dan mengemas dan mengemas. Memang memenatkan tapi alhamdulillah Haziq, Husna dan Ashraf sudah boleh diharap dan banyak membantu :) Haziq sudah pandai buat teh tarik (teh susu je pun), Husna pula rajin mengemas dan Ashraf memantau adik Arman yang sibuk memanjat tangga ;)
Bolehlah mama meluangkan masa untuk membuat iklan sikit :) KAwan-kawan ada tak yang mengalami kulit kering terutamanya di bahagian jari tangan? Kalau surirumah tu biasalah kan sebab mana taknya semua benda kita yang buat; dari cuci pinggan mangkuk, cuci kasut sekolah, menyapu, dan macam-macam lagilah! Pada yang ada kulit sensitif tu lagilah kesian, sampai menggelupas dan kering sangat-sangat. Mekla bercakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Sejak melahirkan Arman, kulit badan sensitif sangat-sangat terutamanya tubuh badan (jari tangan, lengan dan muka) hinggakan ada yang menegur. Sudah tentulah kita sendiri rasa malu untuk berdepan sekiranya kulit muka bermasalah kan?
Jadi nak tak nak, Mekla mula rajinkan diri dengan mencuba produk Amway iatu sabun madu G&H yang sudah lama berada di pasaran di Malaysia ni. Memang banyak sangat review yang bagus mengenai sabun ini terutamanya dalam rawatan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif (eczema pun termasuk juga). Kalau yang ada jerawat (terutamanya remaja yang baru melangkah ke alam kedewasaan) elok sangat guna sabun ini untuk menjaga kulit muka supaya tidak berminyak dan berjerawat sangat. Yang bagusnya sabun ni boleh dibelah 4 atau 6 (bergantung kepada penggunaan) dan tidaklah mudah rosak jika direndam dalam air. Pendek kata memang tahan betul :)
Beberapa bulan yang lepas, Amway mengeluarkan pula produk terbaru rangkaian G&H yang terdiri daripada campuran minyak biji labu, madu bunga oren dan mentega shea memang terbukti sangat melembapkan kulit dan memberikan hasil kulit yang lebih sihat dan bermaya. Untuk makluman mentega shea ni diekstrak daripada biji pokok Shea Afrika yang mempunyai ciri-ciri yang menyubur dan melindungi agar kulit lembap dan tidak terjejas oleh cuaca buruk (sesuai sangatlah pada yang mahu travel tau)
Lotion tangan ni Mekla dah beli tau. Memang tak berminyak sangat apabila memakainya. Krim tangan ni memulih dan menyubur serta menjadikan kulit lembut selama 24 jam dan membantu meningkatkan penghidratan kulit. Rumusan tahan air ini akan kekal walaupun selepas mencuci tangan. Bau dia pun boleh tahan wangi tau ;)
Yang ini pula sabun mandian yang bebas Sulfat yang berkrim yang menjadikan kulit sihat dan terhidrat. Bukan sekadar membersih tapi juga meningkatkan tahap kelembapan untuk melegakan kulit yang kering. Best kan?
Sabun madu ini boleh digunakan untuk membersihkan muka dan badan. Sabun ini tidak mengeringkan dan membuatkan kulit terasa segar, lembut dan selesa tau.
Kalau mahu dapatkan pakej rawatan kulit bermasalah dengan rangkaian penjaagaan kulit ini, bolehlah hubungi Mekla di talian Whats App 012-970 6828. Setiap pembelian pakej akan ada hadiah misteri percuma. Jadi apalagi, sebelum kulit menggelupas hodoh tu baik kita rawat dulu kan. Alhamdulillah kulit Mekla sekarang sudah bertambah ok berbanding dulu. Tempoh hari Mekla siap bagi sabun madu buat anak buah yang ada eczema untuk dicuba. Bukan apa, kesian tengok kulitnya luka sampai berdarah disebabkan digaru :(
Oklah, nanti sambung lagi ya. Insya Allah. Bye!
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan