Assalamualaikum,
Kebelakangan ini ramai pula yang Whats App Mekla bertanyakan tentang beg ergonomik. Antara kelebihan beg ini adalah rekabentuknya yang banyak membantu anak-anak agar tidak terlalu bongkok apabila menyandang beg sekolah. Maklumlah, sekarang ini (tambah-tambah anak-anak yang darjah satu, semua buku teks dan buku aktiviti pun nak bawa ke sekolah) jadual sekolah anak begitu padat. Boleh jadi nenek kebayan pula anak-anak zaman sekarang kan?
Kalau sayangkan tulang belakang mereka, silalah melabur dengan membelikan beg sandang jenis ergo. Memang sangat-sangat membantu meringankan beban yang disandang. Walaupun rekabentuk beg ini tiada gambar kartun, tapi percayalah ianya sangat berkualiti. Sudahlah kat luar kalis air tau, kalau hujan pun tak akan basah buku-buku sekolah :)
Ramai yang terkejut bila Mekla bagitahu harga. Iyalah, barang berkualiti pastu tahan lama pula, takkan nak jual sama macam beg sekolah yang dijual di Plaza GM tu. Terus terang beg sekolah anak Mekla belum sampai setahun pun ada yang dah koyak dan lusuh, memang asyik kena beli baru aje dan kalau difikir-fikir, haruslah jimat beli yang mahal tapi tahan lama. Betul tak? Kalau berminat untuk buat bayaran kutu pun ada juga cuma Mekla galakkan bayar sekali terus kerana ada hadiah menarik menanti :) Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia tau. Apa tunggu lagi boleh hubungi Mekla di WA 012-970 6828
Nah sila baca sendiri keterangan tentang beg ini. Kalau nak beli di Jusco pun ada cuma harga yang diletakkan lebih mahal berbanding harga yang Mekla tawarkan. Hermm, pilihan di tangan anda kan? Jadi, jadilah pengguna yang bijak :)
Bye! Sehingga bertemu lagi.
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan