Assalamualaikum,
Apabila memasuki bulan Disember, terus teringat kenangan musim bah di kampung. Waktu Mekla kecil-kecil dulu, kalau musim hujan pasti parit depan rumah mak akan dipenuhi dengan anak-anak ikan haruan, ikan sepat dan kadang-kadang ada ikan keli. Mekla dulu suka juga mengikut sepupu-sepupu lelaki pergi ke padang (padang tu merujuk tempat menanam tembakau) dan cari ikan di lopak-lopak air yang ada. Tapi Mekla ni lebih kepada tukang pegang plastik ikan dan tukang pegangs elipar. Tak berani juga nak masuk ke dalam parit. Ha ha ha Bukan apa, takut terjumpa ular atau lintah :P
Best kan zaman kanak-kanak. Waktu tu tak kisah sangat pasal makan. Yang tahu hanya main-main dan main sahaja. Tapi Mekla ingatlah kalau musim bah mesti banyak ubi-ubi yang dijual. Selalunya mak akan rebus sahaja. Mak memang suka makan ubi terutamanya ubi badak, ubi itik dan ubi keling. Maaflah nama-nama semua disebut mengikut orang tua. Tak pasti pula kenapa ubi tersebut diberikan nama sebegitu. Agaknya kerana bentuk fizikal mereka (mungkin kan?).
Salah satu ubi yang banyak terdapat dalam musim bah adalah ubi kayu. Maklumlah, kalau asyik hujan aje dan air bertakung boleh merosakkan ubi. Jadi kebanyakan petani akan mencabut ubi-ubi tersebut dan menjual. Kalau ayah memang ada tanam ubi-ubi di perkarangan rumah. Sedapnya ubi kayu rebus cicah kelapa. Kelapa tu cari yang muda sedikit kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan gula. Nyum nyum
Kalau berpeluang balik kampung waktu musim bah, memang sellau nampak orang menjual putu halba di tepi jalan. Tapi bercintanya nak menunggu sebab benda ni kan makan masa juga. Sudahlah waktu sejuk semua orang lapar, beratur menunggu giliran untuk membeli putu halba :)
Kalaulah boleh putar masa, nak jadi kanak-kanak kembali sebab nak masuk parit nak tangkap ikan laga. Ha ha ha Jangan ingat orang laki je tahu main benda ni tau. Paling koman pun Mekla akan tangkap berudu :P Dulu selalu ingat budu tu dibuat dari berudu sebab nama yang seakan sama. Haisy rindunya zaman kanak-kanak kan ;(
Sekarang bila sudah meningkat dewasa ni, macam-macam nak kena fikir. Apabila sudah ada anak-anak lagilah kan. Kat Kota Kemuning ni pun cuaca tak menentu sangat bila masuk bulan Disember, sekejap panas sekejap hujan. Geram juga apabila hari kita menyidai kain tiba-tiba hujan. Maklumlah, Mekla kan anak ramai, jadi sekali basuh baju tu memang berbakul-bakul. Kalau hari hujan, kadang-kadang terpaksa sidai kain dalam rumah. Kalau dulu berau hapak satu rumah dek pakaian yang lembab dan terlupa sidai T_____T"
Belum masuk baju sekolah anak-anak yang direndam lepas tu lupa nak basuh. Ha ha ha Mahu pengsan apabila masuk tandas. Itu dululah, sehingga Mekla mencuba sabun SA8 dari Amway ni. Apabila sudah menjadi pengedar barangan Amway, memang Mekla sudah tukar semua barangan di rumah ini dengan produk Amway. Ada orang kata harga sabun ini mahal tapi sebenarnya mereka tak tahu yang kita hanya menggunakan sedikit sahaja setiapkali penggunaan. Scoop sabun ni lebih kecil dari scoop susu anak tau!
Yang bagusnya kaau guna sabun ni pakaian yang (lupa) lembab tidak berbau langsung! Cucian pun lebih bersih juga. Kalau nak tahu, kebanyakan sabun yang disediakan di dobi cuci sendiri pun rata-rata menggunakan sabun ini yang telah dipeket dalam plastik kecil. Kalau tak silap harga sabun tu dijual pada harga RM1 ke RM2 kan? Untuk sekali guna kira mahal lah juga, baik beli sekotak 1kg atau 3kg terus, lagi jimat!
Berminat tak untuk mencubanya? Kalau nak beli terus boleh hubungi Mekla di 012-970 6828. Musim hujan ni memang sangat membantu menjaga pakaian kita agar tidak berbau. Kalau sekali cuba pasti tak nak guna sabun yang murah-murah dah. Sudahlah sabun murah ni menghakis tangan tapi dengan sabun Amway ni insya Allah dijamin selamat untuk kulit. Bagi anak-anak yang mengidap eczema memang kena jaga sangat pakaian mereka kerana kulit mereka sangat sensitif dengan habuk detergen yang terlekat pada baju.
Jangan lupa dapatkan melalui Mekla : 012-970 6828. Penghantaran ke seluruh Malaysia atau COD sekitar Kota Kemuning. Atau hubungi kawan-kawan Mekla yang menjual produk Amway di sini :
- Kuantan Roslina Ngah 012-981 5992
- Bangi Wan Rokiah 010-933 6935
- Bera Nur Azymawaty 019-662 8082
- Prai Nur Amali 019-408 1241
Hingga berjumpa kembali :)
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan