Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 14 Julai 2009

Abang Amirul Haziq

Dah lamer Zaila nak buat entry khas ntok Amirul Haziq..since hari ni dua2 bos Zaila outstation, hihihihi..dapatlah luangkan masa siapkan entry ni..

Asyik cerita sal Ameera jer..sian kat Haziq, skali skala diapon nak perhatian jugak..nak jugak muka dia terpampang kat skrin lappy mama ni..ni tak..asyik muka Ameera jer..hihihihi..Haziq, mama dah buat entry ntok Haziq ni so pasni kalo nampak muka Haziq, jangan nakal2 tau..kena dengar cakap mama & papa..jangan tahu nak mengamuk jer ya nak!!

Alhamdulillah, muka pon dah makin tembam sket;)

Kalo kitorang bawak p MPH, sudah pandai pilih buku yang dia berkenan..kalo x, jangan haraplah dapat kuar MPH tu dengan aman

Masa ni Haziq baru setahun..gigi pon xpenuh lagi ni

Masa ni baru 2 tahun kot..tengoklah..kurus jer anak mama ni

sorry ya, gambar agak kesensoran sket

Amirul Haziq at 2 years & 6 months;-

- sudah kenal ABC, 123 & alif ba ta..slalunya kalau kita tunjuk capital letters jerlah..tapi sometimes he get confused gak..contohnya tunjuk huruf G dia bantai C
- suka nanyi nursery rhymes..sebabkan makcik Zura dia belikan CD nursery rhymes (ala yang orang suka g jaja kat kedai makan tu, beli harga RM10 dapat CD & buku skali) Haziq suka sungguh buku tu sampai kalo p nursery dia pon nak bawak, nak mandi pon bawak jugak..dah lunyai dah pon buku tu..CD pon sama..tapi sayangnya umur CD ni xpanjang pasai sudah patah sebab mama dia tido then tertindih CD ni..tulah, sapa suh bawa atas katil..naseb papa dah agak sesuatu yg xdiingini bakal berlaku so dia dah burn siap2 kat lappy mama ni..so skrg ni nak blogging pon susah pasai ada mamat ni dok suh pasang inkle inkle (twinkle twinkle)
- suka cakap sod alif ba ro..syobar...ni mesti dok dengar cikgu2 dia sebut ni..praktis kat rumah..especially bila time makan, Ameera mesti xsabar2 dok cakap nnak, nnnak!!! then Haziq pon sound r sod alif ba ro..syabar Ameera
- suka gaduh ngan adik dia, berebutkan mainanlah..segala macam nak rebut dari Ameera..tapi yang kelakarnya dia yang slalu kalah bila lawan adik dia..Ameera lak bole buat muka selamber jer tanpa rasa bersalah..
- Sangat susah kalo nak suruh dia makan..tapi lately dia suka makan makanan yang berkuah..contohnya nasi goreng ladna..tupon 2,3 suap dah..suka sangat ngan udang..kadang2 Zaila beli udang rebus jer bagi kat dia
- Ingatan dia pon dah makin kuat, sudah ingatkan mok, tok ayah, syasyak (kakak), Mokra (sometimes dia panggil kak pasai kitorang panggil SIL kak), pastu dah hafal jalan2 yang biasa kitorang g (tang ni yang sakit pasai kalo lalu sebelah Econsave tu, huhuhuhu..kalo xsinggah beli chipsmore semata, jangan harap boleh masuk rumah dengan aman), pastu kalo p rumah cousins dia pon dia dah ingat so janganlah dah sampai tapi konon2 nak patah balik beli buah tangan ke hapa, sure ngamuk sakan mamat ni)
- Dah pandai demand ais-krim, kalo p Econsave ke..mesti nak aishkrim..so kitorang pon kalo boleh avoidkan dari lalu kat bahagian freezer, hihihihi..buat tatau jer tapi mesti dia akan dok ulang jer sampailah masa nak bayar tu hubby p amik beli juga..tapi lani Zaila amik yang free tester tu, hah bagi satu cawan kecik tu..asal dapat merasa aishkrim xperlah..xperlu beli yang bekas besar pon..hihihihi..bijak x mama???
- Athma dia pon dah terkawal, cuma haritu je kn batuk2 sket pasai banyak makan ais krim & rambutan tapi Alhamdulillah semuanya under control..xyah dah g klinik amik nebulizer, ubat athma Haziq pon dah hilang ntah ke mana dah..yang kami bagi kat dia skrg adalah INTRA jer, memang xpernah miss r..tiap2 pagi mesti nak bagi..
- Baju pon dah pandai pilih..nak pakai baju Ben10 lah, Wonder Petslah..Sponge Bob lah..aduhaiii..kalahkan Ameera..kalo dapat minyak rambut tu, rasa habis satu botol dia pakai
- Dah pandai tengok cerita hantu..pastu penakut lak tu..takutkan lipaslah..pendek kata semua takut..xmacam Ameera, yang terlebih berani..agaknya masa mengandungkan Haziq, Zaila slalu terkejut..tu pasai dia pon senang terkejut..huhuhuhu..
- Masih pakai pampers, anak kawan Zaila tu dah xpakai dah..ada sape2 leh bagi cadangan x macamana nak training Haziq supaya xpayah pakai pampers..hok paling buruk tabiat skali kalo dia pu pu xnak ngaku tu..tapi kalo kita tgh mandi, pandai lak dia cakap iyak walaupon hakikatnya dia xiyak..saje bagitau macam tu sebab dia pon nak mandi skali..Haziq..Haziq..

Kalo nak list out perangai Haziq ni, bermacam2 perangailah..kadang2 mood dia ok..kadang2 dia suka mengamuk..macam hari ni & semalam, dah 2 hari ngamuk xnak p nursery..pening kepala mama kalo fikir aper yang ada dalam kepala dia..mood dia xmenentu..kadang2 kalau papa dia tinggalkan dia, menangis melolong macam xingat dunia..last2 mama kn bagi upah ngan hanger barulah nak senyap..

Ape2 pon, mama doakan moga Haziq membesar ngan sihat & cergas..jangan sakit2 lagi pasai nanti mama & papa jugak yang susah..naseb baik papa xjadik p Turkmenistan..kalo x..naya mama nak jaga hang ngan Ameera sorang2;p

Psssstttt: Zaila sakit hati ni pasai baru jer hujan..huhuhuhu..teringat kain kat ampaian..lupa nak teduhkan..huhuhuhu..habislah basah baju mak..dahler bersusah payah bangun awal pasai nak sidai kain tetiber je hujan di tengahari..sakitnyer hati mak!!!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm2 ragam kan anak2 ni.. tp kita terhibur..ac pun mcm Haziq, if masuk MPH demand buku if not taufan melanda...huhuhu

Zaila Mohamad berkata...

samerlah..tapi suka bila tengok gelagat diorang..macam kelakar jer..semua buku nak diangkutnya;-)

kedai online berkata...

amboi mandi dalam baldi! hehe

btw, kalau rajin visit laa website saya di www.kedaionline.com

ami berkata...

hok royat ko ameera "sod alif ba ro" tue hok tok tehe,macam abe doh sgt2 huhu

Zaila Mohamad berkata...

sure kedai online;)

masalahnya ami, kalu oyak ko adik reti jah tapi dio sediri xreti nak sabar..huhuhuhuhuhu

mslvoe berkata...

dear, beli la dryer satu.. amik yg kici je

Zaila Mohamad berkata...

ok sha..will survey on that

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^