Wednesday, November 25, 2009

Yeaaa..Malam Ni Balik Kampung!!!

Walaupun dalam berita/surat khabar rata2 bercerita tentang banjir yang melanda Pantai Timur & memutuskan perhubungan di antara Kuala Lumpur dan Kelantan, tapi Zaila masih berkeras juga mahu mencuba naseb kami untuk meredah banjir itu..Owh, harap2 hari ni hujan sudah berhenti & matahari akan muncul mengeringi bumi Kelantan..

Insya Allah, malam ini kami anak beranak akan bertolak pulang ke kampung..semangat waja sungguh!! Padahal boleh aje kalau lepas kerja balik rumah tidur dahulu kan?? Tapi kalau nak tahu, memang kami tersangat excited bila mahu pulang ke kampung so kalau pejamkan mata pun mata ini tak akan terlelap, so ada baiknya kami terus bertolak balik kan?? Dan Zaila juga sangat bertuah sebab ada suami yang gagah perkasa cukup bertenaga untuk memandu sampai ke kampung selalunya balik rumah dia dululah!!

Jom kita semak apa yang wajib di bawa semasa bercuti di kampung;-

1. Pakaian anak2 yang banyak - maklumlah sekarang kan musim hujan, rasanya agak susah untuk menjemur pakaian mereka so kalau boleh, bawa balik sebanyak mungkin baju2 mereka agar anak kita tidak berbogel kesejukan sepanjang berada di sana nanti..Kalau Zaila, satu beg tu memang sudah wajib dipenuhi dengan pakaian mereka;)

2. Ubatan - Benda inilah yang terpenting buat Zaila..Maklumlah, Haziq kan ada athma so Zaila memang kena sentiasa bawa inhaler & beberapa lagi ubatan yang lain..Selain itu, Zaila bawa juga Vicks, minyak yuyi, minyak gamat & segala macam nama ubat lagi..Make sure letakkan di dalam satu bekas yang senang untuk disimpan & dicari..Hihihihi..kang berterabur ubat2 tu, kita juga yang susah kan??

3. Diapers & susu anak2 - Yang ni memang penting jugalah..Pernah sekali Zaila balik kampung & terlupa bawa pampers anak2, agak haru jugalah sepanjang perjalanan itu..seb baik ada Petronas!! Nak tak nak, kenalah beli juga walaupun harganya agak mahal berbanding biasa;)

4. Barangan berharga - Owh, yang ni sudah pasti kena bawa bersama, kalau tak pun..simpanlah di tempat yang kawan2 rasa selamat dari dirompak dicekup oleh penyamun yang akan berleluasa semasa ketiadaan orang sempena raya nanti!! Ya ALLAH, lindungilah harta kami semua dari benda yang tidak diingini..Amiinnn..

5. Charger bateri handset & kamera - Yang ni juga sangat penting..Lainlah kalau dekat kampung kawan2, ahli keluarga hanya memakai handset chap Nokia (pasal charger mereka sama aje) tapi kalau kita pakai handset lain brand seperti LG ke, iphone ke, Blackberry ke..haaa..haruslah bawa pulang kalau tak mahu kehilangan duit beli charger cetak rompak yang hanya tahan selama seminggu pakai sahaja;p

6. Lappy & broadband - haahaahaa..ini hanyalah pada Zaila yang konon mahu bersiaran dari pusat pemindahan banjir!!! Macamlah ada coverage kat kampung tuuu;p

8. Payung - yang ni paling penting bila pulang ke kampung pada musim tengkujuh!!!

Rasenya itu aje kot..Selain itu, jangan lupa juga bawa balik pakaian dalam banyak2, kang ada yang dapat rasa pakai kain tak pakai spender kang;p Ops, kalau ada yang tertinggal silalah tokok tambah ya;)

Pada sesiapa yang mahu kirim ole2 dari Kelantan, janganlah malu untuk email atau sms Zaila..Insya Allah, Zaila akan cuba cari..Tapi janganlah sampai nak kirim botol budu sedozen dari Zaila..kang pecah botol budu tu, kami jugak yang naya..Kalau mengidam nak makan keropok ikan segera atau bukan segera tu bolehlah bagitau Zaila ya...Ramai juga rakan office yang buat kiriman;) Fridge magnet?? yang tu Zaila tak tahu nak cari kat mane;P

Klah, doakan keselamatan kami ya!! Semoga kami selamat pulang ke kampung halaman walaupun banjir & pulang balik ke Shah Alam ini jangan kena naik flight sudah!!
Kawan2 tak balik kampung ke???

Tuesday, November 24, 2009

Macamana Mahu Pulang Ke kampung Ni???

Petikan dari Utusan Malaysia Online:

Awas banjir kedua

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Penduduk di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung terutama Kelantan dan Terengganu diminta berjaga-jaga kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir ekoran amaran hujan peringkat merah yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.

Amaran itu dikeluarkan ekoran ramalan hujan dijangka berterusan sehingga minggu depan yang berkemungkinan paras air di kebanyakan sungai utama di kedua-dua negeri itu terus meningkat dan memburukkan lagi keadaan banjir yang telah pun melanda.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, amaran hujan peringkat merah merupakan hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam masa beberapa jam.

''Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berada berdekatan tebing-tebing sungai,'' kata kenyataan itu.

Selain itu, di Pahang, Perak, Kedah dan Perlis, amaran hujan lebat peringkat kuning telah dikeluarkan di mana berlakunya luruan monsun dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Menurut kenyataan itu lagi, amaran peringkat kuning akan menyebabkan berlakunya hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa melibatkan beberapa daerah di Pahang, Perak, Kedah dan seluruh Perlis.

Bagi Pahang, ia melibatkan daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Maran dan Rompin dan dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Di Perak pula, ia melibatkan daerah Hulu Perak, Larut dan Matang, manakala di Kedah ialah daerah Sik, Baling, Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar dan Pendang dan Perlis dijangka berterusan sehingga Rabu depan.

''Keadaan tersebut juga boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai," katanya.

Tambah kenyataan itu, semasa tempoh hujan lebat, orang awam diminta untuk lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa serta mematuhi arahan berpindah jika banjir berlaku di kawasan mereka atau jika keadaan memerlukan.

Dalam pada itu, amaran angin kencang dan laut bergelora juga dipertingkatkan ke kategori kedua untuk angin kencang timur laut di perairan Condore di Laut China Selatan dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter dijangka berlaku sehingga esok.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang sehingga mencapai kelajuan 40-50km sejam dengan keadaan ombak setinggi 3.5 meter pula berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Kudat di utara Sabah juga dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan ini turut berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir yang berlaku di perairan Langkawi, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Kudat dan Sandakan) dan Laut Sulu dijangka berterusan sehingga tengah hari ini menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Selain itu, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung (Kelantan, Terengganu dan Pahang) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Harap2 minggu ni dah tak hujanler pasal Zaila nak balik kampung..uwaaaa..janganlah banjir..huhuhuhuhuhu..Memang mencabar kalau balik kampung musim banjir..Perjalanan yang makan masa 8 jam pon boleh bertukar ke berbelas2 jam..fenat tauuu..Asal balik kelantan je tak kiralah musim raya ke, cuti sekolah ke mesti akan melalui perjalanan yang meletihkan..aduishhh bilalah penyeksaan ini akan berakhir??

Insya Allah, Zaila akan pulang ke kampung pada malam Rabu ini memandangkan hari Khamis kami semua tidak bekerja..Harap2 banjir akan surutlah..Janganlah sampai tersekat perjalanan kami..Maklumlah tahun ni Zaila wajib balik beraya di kampung pasal Zaila nak jumpa kakak kandung Zaila yang menetap di Labuan..Bukan selalu boleh jumpa dengan dia, maklumlah dia hanya akan pulang bercuti sekali setahun aje tupon pasal dapat tiket free Owh rindunya mahu jumpa anak buah Zaila yang bernama Adibah ituuu..rindunya nak makan ubi kayu rebus cicah kelapa tupon kalo ubi kayu tak carok dan yang paling best, kami sekeluarga (mak, ayah, abang, Zaila) akan korban..Errr, tapi Zaila ambil satu bahagian aje untuk dibuat akikah Ameera nanti

Nanti jemputlah datang ke rumah Zaila pada hari raya ke dua nanti..Pada member blogger yang sememangnya menetap di Kelantan pun jangan malu untuk bertandang ke teratak usang mak ayah Zaila ya;P especially Kak KV tuuu..dekat jah tu nga rumah kak KV yang besar tu^__^

Kawan2 yang lain pulang ke kampung tak?? Have a nice journey back ya!!

**carok = rosak akibat banjir

Monday, November 23, 2009

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Skema je tajuk di atas kan??Hihihihihi..saje je tuu..Actually sejak dua menjak ni Haziq suka sangat pointed to the sky whenever he just saw an aeroplane..Sudahler pelat; "Aelopain, aelopain!!" Macam dengar "ello pain" pun ada!!! Ape2 jelah Haziq..janji anak mama tahu yang benda tu dipanggil "aelopain" bukannya keretapi atau basikal;p


Semalam, memang hari yang sungguh tidak produktif buat kami sekeluarga..Bayangkan celik mata aje perut sudah berbunyi, lepas makan sang suami sambung tidur lagi..Tepat tengahari kami keluar makan dekat restoran ikan bakar sri muda..Memang best makan ikan keli bakar cicah air asam..sampaikan last2 cicah jari ke dalam air asam tersebut!! hahaha..punyalah sedap;)
Balik rumah, kami membuta lagi sampailah ke petang..

Selepas solat Asar, sang suami mengajak anak2 ke KLIA untuk melihat "aelopain"..Of courselah Haziq yang over excited..Sepanjang jalan dok tunjuk "aelopain, aelopain"..Rosak sungguh vocabulary anak aku ni;p
Kami pergi semata2 nak bawa Haziq tengok kapal terbang sahaja..Tiada niat lain mahu shopping tie rack ya;p Maklumlah, kalau mahu anak jadi pilot kalau mahu melentur buluh, biarlah dari rebungnya..Konon2 mahu bagi pendedahan dari awallah ni?? Tak aderlah..Actually this is part of our weekend activity juga..Bosanlah kalau asyik hang out dalam shopping mall sahaja padahal takut habis $$ kan..so baik kita jalan2 cuci mata sahaja kan;p selamat duit hakuuuu

Layan gambar jelah..gambar yours truly tak ada pasal dia malas tak pakai make up so tak boleh kasi korang tengok..kang masing2 mahu terjun bangunan dek kerana terkejut beruk terpegun kang;P
Awat mata anak jantanku layu tu??

Ameera tak paus hati tuu, muncung sampai sedepa;p

Abang Haziq yang excited sampai tak nak balik!!

Buat Amirul Haziq, mama tak kisah pun bila besar Haziq mahu bekerja sebagai apa..yang penting Haziq jadilah seorang anak yang soleh, patuh kepada perintah ALLAH & tidak melupakan jasa mama & papa ya;)

~~Hermm..tetibe je teringin nak bercuti2 Malaysia~~

Sunday, November 22, 2009

~~Happy Birthday Ijatt~~

Semalam, kami sekeluarga telah dijemput ke majlis ulangtahun kelahiran anak sulung bff Zaila iaitu Tengku Izzat Armand B Tengku Azmi..Herm..tak lama lagi, Ijatt dah nak dapat adik, pasni mesti pening palo ibu suka pasal dah ada kawan kan?

Walaupun hujan gerimis, tapi tahniah buat Saymah pasal berjaya juga merealisasikan impiannya untuk membuat bbq di luar laman rumahnya;) Alhamdulillah, percubaan pertama untuk membuat spaghetti pun berjaya..Ehem..ehem..amik resepi kat mana tu?? kat sini jugaaa...

We all really had fun that day, balik masing2 memboyot bukan mengandung pasal kekenyangan..Macam2 kami makan, dari bihun goreng, spaghetti, bbq ayam, sosej, nuget, keropok, kek, pendek kata macam2 lagilah!!! Nak cerita banyak pun dah malas so layan gambar ajelah ya!!
Birthday boy yang berbaju kuning itu & biaserlah gambar anak mak mesti ade;P

Ni majlis sape ni??apesal 2 orang budak berbaju merah ni asek nyebok aje;P

Encem tak saya pakai Raybeng??

Dr.Murni pun datang juga..ponteng walaupun ada kursus!!

Haziq yang manja & Jannah yang comel

Makanan pemusnah dietku;p

Cuba tengok hidung Ameera tu, hasil dari jatuh tersembam atas lantai..seb baik tak patah gigi

Terima kasih daun keladi
Tahun depan jemput kami lagi kalau buatlah!!!

Saturday, November 21, 2009

Tagged by Has

Nilah gambar orang yang bertanggunjawab mengetag Zaila;-
~~Has, minta ampun..curi di blog Has;p

a. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.

1. Anak sulung Has akan melangkah ke alam persekolahan tahun depan..mesti berdebar2 kan!!! 2. Suami tercinta bekerja jauh di mata tapi rasenya dekat di hati Has;) 3. Saya sangat jeles dengan dia punya Sabrina ittew 4. Like her said, she's my midnite ym's friend..sampai ke pagi borak pasal banyak benda kan Has;)
5. Saya sangat kagum dengan dia, working mummy with two sons & hubby pula jauh di mata..Memang semangat waja sungguh!!

b. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...

1. Saya bernama Zaila Mohamad, seorang ibu kepada Amirul Haziq & Nur Ameera Husna, seorang isteri kepada Hamdan Ismail..ape lagi aaa???
2. Seorang yang sensitif, panas baran, kuat merajuk, suka buat lawak & malas basuh be*ak anak..haahaahaa..kan dah kantoi;P
3. Suka masak, makan, tengok TV & habiskan masa melayan karenah anak2
4. Setiap hari berfikir macamana mahu menjadi seorang "Working at Home Mummy"..err ada cadangan tak??
5. Suka shopping tapi sejak sudah tak ada figure & ada 2 orang kutu berkepit celah ketiak shopping = meaningless buat saya..haishh, ada sape2 mahu ajak saya keluar shopping bersama tak??
6. Bosan dengan kerjanya;p
7. Currently tengah gila blogging, selagi ada kawan2 yang setia membaca selagi itu blog ini akan wujud..cewaah!!
8. Suka emas!!!
9. Rindu untuk berjumpa kakaknya..dah 2 tahun tuu tak jumpa;(
10. Sedang bahagia sehingga asyik makan sahajaaa..yaaaa..makan adalah kelebihan saya;p

c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them

1. Lady of Leisure : seorang yang suka memasak & a mummy to 2 adorable cats (Arri & Molly)
2. Puan.farah : seorang isteri yang tidak bekerja tapi aktif kuruskan badan dengan produk Herbalife..sape nak tahu lebih lanjut, bolehlah call puan.farah ni ya!!
3. Deeja : seorang teman alam maya yang baru dikenali, fulltime housewife yang suka memasak & mengumpul barangan yang comel;)
4. Ami : minah Kelate yang sedang melepak berada di German bersama suaminya..best tuuu..dengar cerita nak balik Malaysia next January, jangan lupa ole2 untuk akak ya;P
5. Yatie chomeyl : juga orang Kelate yang sedang merantau di negara orang..Best kan dok Jepun??
6. Linahilmin : bakal jiran baru Zaila..tak sangka dengan internet, boleh menemukan kita;)
7. Mummy Zahra : teman alam maya yang sambut birthday esok!!!
8. Kak Shida : Akak satu opis, buat kak jangan tak buat
9. Yatica : Of courselah my beloved friend aka teman seforum Zaila;)
10. Saymah : Ni lagi sorang ni..buat tag ni secepat mungkin..jangan malas2 nak update itu blog;p

Rasenya ini aje kot..till then, happy weekend to all of you..p mana semua??

Friday, November 20, 2009

Macamana Nak Masukkan Ticker Dalam Blog

Entri ini ditujukan khas buat kawan2 Zaila yang berniat untuk mencantikkan blog mereka dengan gambar2 ticker detik ulangtahun mereka..Tak kisahlah ulangtahun perkahwinan ke, birtday ke, hari sebelum bercuti ke & macam2 lagi;)
Contohnya seperti ticker mengira detik ke birthday Haziq yang ke-3 tahun ini;-

Caranya mudah sahaja, kawan2 pergi ke website Lilypie atau Daisypath kemudian tekan butang create macam gambar di bawah ini;-
Kawan2 boleh memilih pelbagai pilihan ticker tersebut seperti anniversary, pregnancy, vacation, baby & kids birthday & macam2 lagi;)

Kemudian, kita disuruh memilih format ticker iaitu mahu yang panjang (selalunya diletakkan di blog, website mahupun forum) manakala yang pendek selalunya digunakan di dalam facebook, friendster mahupun tempat yang kecil)..Terpulang pada kawan2!!

Kemudian kita disuruh agar memilih scene iaitu pemandangan belakang ticker tersebut..Ada macam2 pilihan so pilihlah latarbelakang yang sesuai dengan tema ticker kita ya!!

Kemudian pilih slider atau penunjuk di ticker tersebut..Yang nipun ikut kesesuaian mata korang!

Kemudian pilih details atau masukkan kata2 cinta ke dalam ticker tersebut..hahahaha;P

Kemudian bila sudah dapat html codes (yang ni penting), bolehlah copy paste masuk blog kita

Cara yang sama, masuk LAyout, Edit Templates, Add a Gadget, HTML/Javascript;-

Kemudian copy paste kat situ;-
then save, view blog..haaa..kan dah jadi;-

Tapi kaler dia striking sangat ah weh..Sat, nak tukar balik;)

Harap kawan2 yang tak tahu boleh buat kat blog mereka..Pada yang dah tahu, dok diam2 tau;P

Thursday, November 19, 2009

~~Warehouse Sale~~

Haritu, Akak CT ada menyuruh bertanyakan tentang warehouse sale yang akan datang kan?? Haaa..ni ada beberapa jualan gudang yang sempat Zaila cari;-

1. Pureen Warehouse Sale (21~22/11/2009)

Nak tahu lebih lanjut, klik sini
Zaila pernah pergi tahun lepas & memang berbaloi beratur selama berjam2 untuk membayar sejumlah RM150 tapi untuk berbakul2 barangan anak2 seperti pakaian, pampers, mandian, wet tissues, botol2 susu & macam2 lagilah!!!
Tips Zaila nak kongsi;- make sure sampai di sana seawal mungkin (susah nak dapat parking) & kalau boleh tak payah bawa anak2 kecil..Bukan ape, kesian kat diorang pasal kat situ punyalah ramai umat manusia & tersangatlah panas..so kalau boleh, tinggalkan aje mereka di rumah atau nursery agar mereka dapat bermain dengan riang;)

2. Baby KIKO Warehouse Sale (19~22/11/2009)

Klik sini for more info..Yang ni Zaila tak pernah pergi tapi mengikut kata kawan Zaila, bagus juga baju2 yang dijual di sini cuma nak kena pandai pilih jugalah!! Tips : Ambil cuti (semata2??) dan pergi awal pagi lagi bagi memastikan kita dapat memilih pakaian yang terbaik..haahaahaa!!!

3. ZARA Warehouse Sale (26~29/11/2009)

Baca sini untuk tahu lebih lanjut;P Yang ni Zaila tak pernah pergi cuma dengar2 macam nak kena berebut je..Isy, tak sukalah kalau macam tuuu..

4. ISetan Year End SAle (20/11/2009~03/01/2010)

Baca sini..Herm, yang ni macam best je..Ade sape2 nak ajak Zaila g tak??^___^

5. Padini Group Fair Sale (10~21/11/2009)

Klik sini..Zaila ada kad Padini..hihihihi..ade sape2 nak guna tak???

ACtually ada banyak lagi..Kalau nak tahu lebih lanjut, masuk sini..Ermm..ada sesiapa pernah p warehouse sale selain yang di atas tak?? Apa pandangan kawan2 tentang jualan gudang ah?? Membantu atau membuatkan kita makin membazir??

Minum Susu Kambing??

Macam gempak je kan tajuk tu?? Hahahahaha..kawan2 pernah minum susu kambing tak?? Zaila pernah sekali tempoh berpantangkan Amirul Haziq..Masa tu dia kena jaundice atau bahasa kampungnye kata kena "kuning"..Macam2 cara Zaila buat; mandikan dengan air inai+pohon dukung anak, daun buluh belimbing+daun keledek (kalo xsilaplah) tapi yang pasti pengalaman minum susu kambing adalah yang paling tak enak sekali..buwek!! rase macam nak muntah lagi sekali aje;P

Tapi dengan berkembangnya dunia bioteknologi macam rancangan Agroteklah plak, kawan2 jangan risau lagi..susu kambing telah diproses dalam bentuk serbuk supaya senang ditelan & dihadam..Haahaaahaa..amacam?? Boleh jadi pengacara Agrotek tak??

Sebenarnya Zaila nak tolong kawan Zaila niii..Dia ada jual produk yang berasaskan dari susu kambing..Tak sangka, pelbagai produk yang dapat dihasilkan dari susu kambing ini..Di antaranya adalah barangan kosmetik, kopi, produk penjagaan muka & macam2 lagi..Haritu, Zaila ada terima email dari kawan Zaila ni..so Zaila copy paste kat bawah ni jelah ya;-

"Banyak khasiat susu ni…tambah2 lg utk kwn2 yg ada gastric / angin dlm perut..

Mcmna nak tau ada ngin dlm perut?

kita akan terasa perut kita buncit n keras semacam...

Selalunya org yg ada angin dlm badan ni dia xleh mkn byk, (mcm aku la) wpun sepinggan nasi dlm kuantiti yg biasa pun perut terasa senak n sakit semacam. Kalau mkn lebih skit mula la rasa cam nak termuntah... haa... 2 angin la 2 yg tolak 2....

Lepas aku amalkan sekotak Hi-Goat ni alhamdulillah... dh xrasa dah senak2 perut 2 sume...perut pun xrasa keras sgt dah...

Badan pun rasa ringan sikit....pembungan air besar pun lancar....

Alhamdulillah...Gastric pun dah ok.. Biasala org2 muda ni ramai yg kena gastric... hehehe..."

Ini adalah testimoni dari kawan Zaila ni..Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk yang dijual, bolehlah baca kat bawah ni;-

klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Ada yang berminat tak?? Kalau ada, silalah hubungi terus kawan Zaila ni;-
Puan Normah di talian 012-3625748..Nanti bagitahu kat dia yang korang terbaca iklan yang hebat di blog Zaila, mesti dia akan bagi harga runtuh punya!!! Haahaahaa..Takderlah, tapi kalau berminat janganlah malu untuk bertanyakan Puan Normah ni;) Dia sedia melayani anda 24 jam~~hambik koo Normah!! Make sure handset tu ON 24/7, kalo tak mamp*s mak kena marah;P~~

Sekian sahaja iklan khidmat masyarakat Zaila yang tak seberapa ini..Untuk pengetahuan, iklan ini tidak dibayar taaauuuuu..saje nak buat amal di bulan haji ni.."Labbaikalloooohumalabbaikk" dan dan tu aje nak nyanyi lagu Raihan ni;P

Penafian & Pemberitahuan

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^