Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 4 Disember 2009

Balik Kampung - Part 3

Kali ni cerita part 3 pula..pasni takder dah part 4 pasal rasa macam dah malas nak sambung cerita ni..haahaahaa..so this would be a long entry for this year..get your eyes ready to get through it ya!!! jangan sakit mata sudah;p

Owh, ni ada gambar Haziq & Ameera semasa berada di rumah MIL Zaila..darat jakun sungguh mereka bila melihat ayam & itik serati..Haziq siap kejar ayam2 MIL lagi..Lantaklah Haziq, janji anak mama bahagia;-)

Kan hari raya kedua, family belah Zaila buat korban..Kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat Zaila snap masa ayah & the gang bertungkus lumus menumpaskan lembu jantan tu..Kesian ayah sebab 2 kali jatuh berguling2 atas tanah dek kerana disodok lembu tu..Tak sangka, nampak je kurus tapi punyalah garang..Agak lama jugalah aksi kejar mengejar dengan lembu tu..sampailah lembu tu penat & menyerahkan leher diri untuk disembelih..Haziq memang seronok bila dapat tengok lembu..Bila tanya kat dia "Haziq, lembu mana??" Dia akan jawab "Lembu matii" then Zaila tanya lagi "Sape buat??" jawab Haziq "Papa buaaaattt!!"
Mentang2lah dia nampak papa dia dok sibuk mengerjakan lembu tu tapi dia tak tahu Tok Ayah yang banyak berkorban mengorbankan demi memastikan lembu tu tumbang..Haziq..Haziq..

Baju hijau tu sepupu Zaila..Dialah yang banyak menolong ayah Zaila mengerjakan lembu tu..Yang tengah pegang tali lembu tulah hero ayah Zaila

Lembu ni disembelih agak jauh sedikit dari rumah Zaila..Depan tu ada parit so Zaila tak dapat nak g rapat, semua gambar yang diambil ni telah di zoom dengan menggunakan kamera cabuk Zaila ni so sorry for the inconvenient view;) Tapi perasan tak banyak pokok kelapa kat area rumah Zaila?? Maklumlah, Zaila tinggal tak jauh dari pantai iaitu Pantai Irama Bachok, lebih kurang 7~10km juga dari rumah kot lupa nak ukur

Yang tukang sembelih lembu tu adalah besan ayah iaitu FIL kepada abang Zaila..Biaserlah tinggal sekampung so senang bila nak buat sesuatu..Perasan tak kat belakang Haziq tu ada pokok, Zaila panggil pokok tu "pokok kapal terbang"..Tak tahu kenapa, mungkin sebab daunnya yang berbentuk bujur & macam kapal terbang?? Teringat masa kecik2, kalau luka, mesti ambil daun ini then gumpal2 atas tangan sampai keluar air warna hijau & letak kat luka tu..Kecik2 pun sudah tahu ilmu perubatan kan??wakakakakakaka;)
Tapi betul, daun itu memang mujarab!!!

Lagi gambar Ameera & Haziq..tak suka sungguh bila tengok rambut Ameera yang panjang hampir menutup mata tu!!

Petang hari raya kedua Zaila g hantar daging akikah Ameera ke rumah MIL Zaila..Kami tak buat makan2 pun tapi mengagih2kan daging tu pada jiran2 MIL..Yang kelakarnya, kami saling bertukar daging..Biaserlah, kalau dah semua buat korban, mesti nak bagi dekat jiran2 kan..so bila MIL bagi dekat jiran sebelah, dia balas juga dengan daging..hahahahah..aper daaa..kalo bertukar2 juadah kan best;)
Malam tu, kami balik ke Bachok semula..Pagi Ahad tu kami bersarapan dengan nasi berlauk ikan masin sahaja..naik muak makan daging dah..hihihihi..Tengahari pula kami bertolak ke tempat membuang duit Pengkalan Kubur..Mak Zaila ada kirim suruh Zaila beli periuk untuk dia..Kat situ Zaila berjaya menderma menghabiskan duit gaji beli baju untuk anak2..Bukan ape, baju untuk dipakai seharian di nursery je, kalau baju berjalan kena beli yang berjenama sket ape kelas pakai barang siam kan;p tapi serious murah2..Zaila beli baju tidur untuk Ameera dengan harga RM10 sepasang..Memang rambang mata jadinya..Tapi Zaila nasihatkan kalau orang luar bukan Kelantanese mahu bershopping di sini, mestilah bawa orang Kelantan juga sebagai jurubahasa ataupun jurutawar..kang tak pasal2 kena ketuk ngan peniaga yang suka ambil kesempatan tu..Zaila perasan, kalau musim cuti sekolah, harga yang diletak pun agak tinggi berbanding musim2 biasa..Nak2 kalau yang dalam gerai2 tu..Bagi mereka yang teringin beli pinggan mangkuk, Zaila suggest kedai depan pintu Kastam tu..Harga kat situ memang fixed price tapi murah jika nak dibandingkan dengan kedai lain..Zaila buat perbandingan ya..Zaila beli periuk 3 serangkai (saiz besar) untuk mak Zaila pada harga RM97 tapi kalau kedai2 kat dalam tu diorang letak RM130~150..beza bukan??
Balik je Pengkalan Kubur, kami terus ke Pantai Sri Tujuh untuk menikmati air kelapa..giler heaven bila dapat minum air kelapa tanpa gula dalam cuaca yang sangat panas..Dahler kepala yang dijual kat situ besar gabak..harga pun murah sahaja!! RM2 sebijik..rase macam nak telan dengan kulit2 aje;p hahahahahahaa..memang jakun Zaila ni..padahal depan rumah Zaila pun berlambak pokok kelapa tu;p

Air kelapa dambaan kalbu^__^

Petang tu pula SIL Zaila ajak ke Pantai Geting..Hubby layankan aje, mula2 ke Pantai Geting pastu ke Pantai Sri Tujuh (dekat je) tapi baru tahu jalan ke Pantai Sri Tujuh sudah terputus dek kerana banjir, patutlah tak ramai orang yang datang!! Sorry takde gambar pasal ombak hari tu pun agak mengganas & pantai tupon penuh dengan sampah sarap..memang tak boleh tandingi Pantai Irama;p
Malam tu bermalam di Tumpat..Esoknya, selesai aje bersarapan & kemas2 barang, kami bertolak ke Bachok dulu..Memang sedih sebab setiap kali balik Zaila takde masa yang banyak untuk bersama dengan mak ayah Zaila..tak sempat nak bermanja ngan Kak Na, tak sempat nak tidur dengan anak2 buah..Zaila tahu mak sedih sebab Zaila dah makin jauh dengan dia..tapi apakan daya, bila dah bersuami ni..kenalah ikut kata suami;( Zaila redha..huhuhuhuhu..Seb baik dapat laki orang Kelate juga, kalu dapat ore jauh..huhuhuhu..adolah hok nangis bekok mata di pagi raya nanti;P
Kami bertolak pukul 2 petang hari Isnin..Mula2 tu perjalanan smooth aje sampailah masuk bandar Machang..Jalan jem sampai kereta tak gerak langsung!! Zaila siap berhenti g beli ubi kel*ng kat tepi jalan..Owh, kalau musim banjir, Kelantan akan dibanjiri dengan ubi2 seperti ubi kayu, ubi kel*ng (tak tahu kenapa dipanggil begini), ubi itik, ubi badak & ubi stelo (keledek)..memang best..makan ubi rebus cicah kelapa hirup kopi O..sungguh kedesaan!!!
Bayangkan dalam kol 6 tu kami masih di bandar Krai dek kerana jem..Memang peritlah kali ni..Bila lepas je bandar Krai, baru hubby boleh pecut sedikit..Kol 8 malam, Zaila berhenti makan di masjid Gua Musang berbekalkan Gulai Ikan Kering yang mak buat..memang sedap!!
Pastu perjalanan diteruskan..Masa tu Zaila dah tertidur..sedar2 dah sampai rumah dalam pukul 2 pagi..huh..hampir 12 jam perjalanan kami..Naseblah hari Selasa Zaila dah amik cuti siap2..Hubby je yang masuk keje sebab dia nak tunjuk rajin pasal tengah banyak keje kan..hihihihi..
Haziq dengan Tok Ayah..Gambar kanan bawah tu adalah anak buah Zaila (Yang kiri nama Alisa iaitu anak abang sulung Zaila & kanan tu Adibah anak Kak Na Zaila..Kalau nak tahu, walaupun 2 orang ni terpisah antara lautan dek sorang tu kat Labuan & sorang lagi kat Pasir Mas, tapi diorang sering berutus sms & siap berjanji nak main sama2 bila Adibah dah balik kampung nanti..Masa ni Alisa tidur kat rumah Zaila pasal nak main masak2 ngan Adibah..best kan?? Teringat masa Zaila kecil2 dulu, asal Kak Na balik je, sepupu2 Zaila akan datang tidur kat rumah Zaila & kami akan tengok cerita hantu & keluar ke KB sama2.memang seronok!! that's y i love her!!)
Haziq masa kat kampung memang seronok, berbeza dengan Ameera yang tak suka dipegang atau ditegur oleh atuk/neneknya..Memang manja sungguh!! Lagipun masa tu dia demam..Lagilah bertambah kemanjaannya tu;-)

Cuba lihat iklan di bawah ni;-

sudah potong??

Apa yang unik tentang Kelantan adalah segala papan iklan kat sini kena tulis dalam tulisan jawi..even kalau ada iklan gambar pompuan pun kena bertudung!!! so kalau nak tengok iklan Celcom Maya Karin pakai tudung, iklan Hot FM Fara Fauzana bertudung & ramai lagi artis wanita lain, mohlah datang Kelate;p

Ta Ya Sim Kaf Wau = TESCO

Pendek kata Zaila memang suka bila balik kampung..Sorrylah kalau ada kawan2 yang rasa Zaila ni macam over Kelantanese..Bukan apa, mak bangga jadi oghe Kelate pasal diorang ni unik sket..lain dari yang lain..haahahaaa..pendek kata, macam2 ada^______^
Orang negeri lain pun, tak kurang hebat juga kan;)
Sekian cerita Balik Kampung - Part 3 Zaila ni..pasni tak tahulah bila boleh balik kampung lagi pasai duit pon dah berapa nak ada ni..huhuhuhuhu..Dahler bulan ni banyak cuti..mak nak g YES..huhuhuhu..Ade sape2 leh pinjamkan duit tak??

11 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

hi zaila... bestnya tgk gambar korban tu terasa kemeriahan raya haji bila ada daging korban kan...
uniknya kelantan.. lain dari yang lain..
tesco pun eja jawi ek..lady penah sampai kelantan takat semerak jer kat kampung pulau lima tu..

maya amir berkata...

terasa kemeriahan korbannya..:)

zarin berkata...

terubat sikit rindu nak balik klate bila baca n3 zaila nih...ya lah zaila, makin lama kita makin jauh ngan mak dan abah kita...zaila kira untung gak sbb dpt oghe klate jugak..mcm zarin ni, dpt org kemaman n dahla tu hubby pulak asyik outstation ke kerteh je...so, asyik balik umah mak ayah dia je...bukan zarin tk suka balik umah inlaw tp bila mak dengar, sedih je sbb slalu balik sana...

s.i.f.a.r berkata...

zaila memang budak2 suka tgk ayam itik smua tu ya??
my son pun gila obses dgn ayam!
even telur ayam pun minat!
ritu bila jln kelantan dan ganu, kan byk kambing, lembu smua tu kat kg2...
kitorang siap berenti nak bagi my son tgk lembu kambing in close shot.
hahahahha..
i miss kelantan!
semuanya manis..org dan foodie

Unknown berkata...

zaila...mai tgk ada tutorial kat tepi tu,tau tak mcm mana nk masukkan twitter dalam blog??huhuhu....

yatie chomeyl berkata...

buke TESCO tp TISKU ehehe

Zaila Mohamad berkata...

Lady, wah anti bolehlah datang Kelate lagi singgah rumah Zaila pekena cholek perut;p

Maya amir, memang..rata2 semua rumah akan buat korban;)

Zarin, samerlah..dalam hati kecil ni meronta2 nak balik dok umah mak lama2 tapi itulah..masa selalu mencemburui kita kan..takpe Zarin, banyakkan bersabar ya..nanti ajaklah mak Zarin datang rumah skali skala..macam mak Zaila, cukup susah pasal mak Zaila meniaga..lagipon memang adat orang tua xsuka tinggalkan rumah lama2..takut itek lapar katanya;p

Che puan idot, yap..ore Klate meme manis..nanti datanglah lagi ya!!!

Mai, Zaila takde akaun Twitter tapi nanti Zaila cuba buat ya;)

Yatie chomeyl, hihihihihi..chomeyl kan..demo xtengok lagi ejaan Parkson dalam bahasa jawi!!

*gorjesmum* berkata...

zaila,

i pon notis sume iklan mesti ada jawi..kedai2 pon mesti ada translate jawi..even mcd tau..hik3...best sebenarnye blk klantan ni.i admit mmg best!

Zaila Mohamad berkata...

gorjesmum, kan..kan..Kelantan is very unique in they own way..except those yang kurang ajaran masa lawan bola r;p

Ami berkata...

ngepeng tulis dale jawi tue comel jah ke huhu.ami segho mace rajing dengar pokok kapa terbang tue,tapi ingat2 lupo ghupo dio.aa P1 Wimax ado doh KB,tapi dale bandar betul2 jah,ghumoh ami luar sket,lepah lagi dari wakaf che yeh.behnyo pata bachok,beli goreng2 tue,doh la mughoh dok?ami ado sedaro dok gunung,so sokmo jugok gi bachok sambil2 tue gi pata,tuh fav hubby ami kalu kelik kelate kak ila.somehow pokcik tue doh jadi kelate celup,kalu kelik die plok hok over nyo,nok gi bachok la,rantau panje la,ghindunyo kelate!

Zaila Mohamad berkata...

Ami, welcome home dear..buke nak bangga sangat jadi oghe Klate tapi tulah terselit keunikannya yg tersendiri kan;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^