Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 10 Disember 2009

Jangan Buang Pinggan Lama

Kawan2 pernah tak merasai pengalaman menggunakan pinggan zaman nenek kita yang tebal & ada corak bunga2 keliling pinggan tu?? Dulu masa kecik2, Zaila tak suka makan guna pinggan ni pasal pinggannya agak berat & susah kalau mahu makan beralih2 tempat nak laki ramai kan..Tapi sekarang ni, bila dah makin tua berusia (hihihi) rase macam sayang sangat2 kat pinggan ni..Terlalu banyak nostalgia & kenangan manis yang mampu membuatkan Zaila tersenyum sendirian especially bila menggunakan pinggan2 tersebut.

Hari tu masa balik raya haji, Zaila terjumpa ada banyak koleksi pinggan2 lama kepunyaan arwah Tok Sedara Zaila di dapur mak..Sayang..sebab mak gunakannya setiap hari..Bukan apa, Zaila rasa pinggan ni dah layak masuk kabinet kaca & dipamerkan sebagai pinggan antik dah..Betul tak?? Mana nak cari lagi pinggan yang berupa macam ni kan?? Jikalau ada pun, pasti harganya agak mahal kan??

Kat rumah Zaila di kampung, memang ada banyak tinggalan arwah Tok Ngoh~~rindu kat Tok Ngoh=( seperti tempayan (tempat Tok Ngoh isi air & peram buah pinang Tok Ngoh untuk dimakan bersama sireh), pelita sumbu (Tok Ngoh akan nyalakan pelita bila dia dah tutup lampu rumahnya), bekas tembikar yang bertutup (buat simpan asam keping & barangan dapur), tikar mengkuang, bantal kekabu & macam2 lagi barangan lama yang Zaila rasa cukup berharga..Payung hitam yang macam ceti india pakai masa kutip hutang tupon ada!! Tok Ngoh adalah seorang yang cermat, no wonderlah bila semua barang2 dia tahan lama

Rindunya Zaila dengan arwah Tok Ngoh..Sayang arwah tak sempat melihat cicit2 warisan pelapis arwah iaitu anak2 Zaila..Tok Ngoh meninggal semasa Zaila mengandung 6 bulan kepada Haziq..Masa tu sedih sangat sebab Zaila ada di Johor & baru je balik kampung menjenguk Tok Ngoh semasa beliau sakit tenat..Yang paling terharunya bila Zaila balik, walaupun dia sudah tidak larat, tapi arwah masih kenal Zaila..Kehilangannya cukup terasa buat Zaila=( Al-fatihah buat arwah Tok Ngoh..

Oklah, tak nak sedih2 lagi..ni sudah lari tajuk ni Apa yang Zaila ingin kongsi di sini adalah supaya kawan2 jangan buang barangan lama tinggalan nenek moyang kita terutamanya pinggan mangkuk..Mungkin pada kita yang tidak tahu erti tinggalan sejarah akan merasakan yang barang2 lama ini menyemak mata memandang je kan?? Ops, jangan begitu kerana kita mungkin tidak tahu yang barangan itu sebenarnya boleh menjana pendapatan menjadi begitu berharga dek kerana nilai antiknya itu..So apalagi, balik kampung nanti mulalah sesi mencari harta karunlah nanti!!!

Zaila baru sempat ambil satu sahaja pinggan arwah Tok Ngoh..Insya Allah, Zaila nak kumpul tempayan pula, boleh buat hiasan di rumah baru nanti^___^..Oklah, selamat mengumpul harta karun barangan antik semua;)



15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

iye... syg nk guna. kt rmh mak has ada jugak..pinggan mangkuk yg diwarisi dr arwah moyang.

Pn Leya berkata...

zaila...simpan jgn tak simpan....berharga tu....sekarang nih pun harge dah melonjak2...dan susah nak dapat sbb dicari orang

Zaila Mohamad berkata...

Has, betul tu..rase sayang kan nak guna pakai..nanti Zaila nak beli display kabinetlah!!

Leya mesti banyak tahu pasal pinggan2 antik ni kan;)

zarin berkata...

zarin pun dah start menyimpan pinggan lama2 ni...pantang jumpa mesti nak punya...kat rumah my MIL banyak.awal2 lg zarin bgtau dia zarin suka pinggan lama2 tu.. nk mintak malu...ckp suka aje lah dulu...mana tau kot2 dia ingat kat zarin, nanti dia bagi lah..hihi..sungguh tk malu kan!

Nurhayati berkata...

haah kan.. zaman2 toknek kita barang pinggan mangkuk tebal2x dan berat.. kat kg pun simpan je.. sayang nak pakai.. takot pecah hehe

nostalgia semua tu kan.

Zaila Mohamad berkata...

Zarin xpa, kasik hint dulu!!

Yati, a'a..nostalgia tuuu

Lady of Leisure berkata...

zaila.. hehe.. umah nenek lady sudu tembaga pun masih pakai lagi.. mcm zaila kata sayang la kan nanti mana nak cari lagi benda2 ni...
kalau dah takde kita pakat tunjuk pinggan moden jer kat anak cucu nanti..

KV berkata...

kalo jumpa cawan yg masih elok kt kedai bundle, akak beli wat koleksi.
Yang MIL punya, pinggannya byk cuma cawan byk yg pecah2 dan hilang masa pindah. Frust betoi.

Zaila Mohamad berkata...

Lady, betol tu..ini dah boleh kira sebagai warisan nenek moyang kita kan..lani kat kampung Zaila, orang Muzium dok sibuk nak beli pinggan2 lama di kampung mak sebab diorang nak pamer dalam muzium..tapi kalo zaila..zaila xnak jual..biar tunggu cecah puluh2 ribu satu baru jual!!hahahaha

KV, tok2 kito mesti ada banyak kan..nak2 hok dari zaman jepun lagi..tapi kalu mak zaila dio kato wak sapoh jah..nak kn letak kat tempat hok lawa2 macam display cabinet tu;)

Unknown berkata...

ina...hehehe...sama la kita. kat umah tok zura pun banyak. dok cakap suka je la. nak cakap nak pinggan tu tak tergamak pulak. hehehehe...

simpan zaila jangan tak simpan.

N A N I E berkata...

Zaila simpan la pinggan tuh..ade sentimental value :) boleh jadik collection you

Zaila Mohamad berkata...

ComeyBelako, Insya allah, balik kampung nanti akan teruskan pencarian mengumpul barang antik!!

Nanie, itulah kan!!

yatie chomeyl berkata...

pingge nih klu sipe lamo2 satu hari nti bulih jd mahal ni. rumoh muloh tok ore pong ado sekeping duo lg pingge nih dlm lemari...hajat nok hntr kat muzium hehehe

mrs shaifull berkata...

sekarang dah jadi trend org nak buat koleksi pinggan lama tu kan, dulu2 x de harga, sekarang baru tau :)

Zaila Mohamad berkata...

Yatie, sungguh tuuu..barang antik ni berharga loni;P

CT, a'a..tapi zaila sayang r nak jual, ingat nak buat koleksi sahaja;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^