Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 24 Januari 2018

Resepi Sayur Lemak Pucuk Midin

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas macam biasalah setiap pagi aku dan en suami akan keluar dating membeli stok barangan basah untuk keperluan rumah. Kali ni, kami ke satu kedai runcit di Jalan Kebun. Kat sini boleh tahan segar sayur-sayur hijau dan banyak juga pilihan. Waktu ini bolehlah nak beli stok sayur yang "rare" sikit seperti pucuk midin (pernah dengar tak?). Pucuk midin ni seangkatan dengan sayur pucuk paku tapi dia lebih kepada daun sikit. Kalau kat kampung, mak aku mesti buat sayur lemak letak ubi keledek. Haaa bila jumpa sayur kampung memang akan teringat kat masakan mak, dulu masa kecik tak nak makan, bila dah kertu ni, mulalah rindu. Kalau mak ada kat rumah aku, insya Allah aku mahu masakkan sayur ni je.

Bahan-bahan :

-Sayur pucuk Midin seikat, sebenarnya lebih banyak lebih sedaplah sebab sayur ni kan ambil daun aje, pastu bila dah masak akan kecut
- 3 atau 4 ulas bawang merah
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 ekor isi ikan rebus
- 1 mangkuk santan cair (kalau nak kuah lebih tambah air suam)
- 2 biji ubi keledek (bunag kulit dan potong nipis)
- garam dan serbuk cukup rasa

Cara-caranya :

Tumbuk  bawang merah, lada hitam dan isi ikan rebus sampai lumat. Panaskan kuah santan dan masukkan sayur midin, ubi keledek, bahan tumbuk dan garam serta cukup rasa. Masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan. Kalau ada budu dengan ulam, memang terangkat sangat.


Haritu  beli secekak sayur midin harga RM2.50. Bagi aku mahal juga tapi sebab nak makan, belilah juga. Pada yang tak kenal pucuk midin tu yang warna merah (dalam gambar bawah)


Kadang-kadang bosan juga asek makan sawi ngan kangkung aje, sesekali kena tukar selera. Ingat lepas ni nak masak sayur pucuk paku dengan udang, takpun pucuk ubi masak tempoyak. Mak aih mesti selera snagat makan nasi ni


Kat sini ada banyak pilihan sayur kampung yang kadang-kadang aku pun tak tahu namanya.


Kat sini aku selalu dapatkan stok pegaga kampung. Buat makan ulam dan kadang-kadang buat bubuh dalam gulai ikan. Kalau pegaga di Segi Fresh tu pegaga macam untuk hiasan tapi boleh je makan, selalunya aku akan buat jus lah.

Oklah, selamat mencuba resepi kampung di atas ya. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^