Pagi sabtu tu kami bertolak agak lewat (dalam pukul 10 pagi), dalam perjalanan tu macam2 perkara yang berlaku membuatkan hati ni makin tawar hati untuk ke sana..Seb baik perjalanan hanya mengambil masa 3 jam sahaja, kalau 3 hari..mahu tak berjalan Zaila nanti;p
Kami singgah di bandar Temerloh bagi menikmati makan tengahari di gerai ikan patin yang tersohor tu (kalau tak silap pernah masuk TV3 iaitu gerai makan Pak Usop) sebab teringin nak merasai keenakan ikan patin masak tempoyak. Nasib baik kami awal, kalau tidak tunggulah kami di situ sebab hari tu memang ramai orang ke pekan Temerloh. Kalau anda nak bungkus, haaa kenalah tulis nama dulu, memang berebutlah kalau nak makan kat sini..
Erm, pada Zaila & husband, takdelah sesedap seperti yang digembargemburkan tu..so bila dah sampai rumah abang Zaila, kami bagitau lah tentang kedai makan tu, rupa2nya Pak Usop tu dah meninggal hampir 2 bulan yang lalu so sekarang ni anak2 mereka yang ambil alih (tu yang kurang kick tu)..herm, Zaila terfikir bila lagi Zaila nak belajar nak masak gulai itek serati ngan gulai kawah yang mak Zaila dok buat sekarang ni..haduishhh..sungguh menyesal kalau tak sempat belajar kan??
gambar ini juga di google (anak2 buat hal, malas nak keluarkan kamera)
Kami bermalam semalaman aje di rumah abang Zaila. Esoknya terus ke kedai untuk ambil stok. Untuk pengetahuan semua, gambar kedai yang Zaila letak sebelum ni adalah diambil di kedai abang Zaila lah tu, feeling2 kedai sendiri pula **ehem, ehem, tak salah kalau berangan kan**
Abang Zaila memang dah beli 2 lot kedai kat area Bera tu (satu kedai kain & satu kedai komputer) tapi ni semua perusahaan bersama dengan kakak ipar & adiknya..Best kalau ada kedai sendiri kan?? Tapi bukan mudah untuk berjaya sampai ke tahap itu..tapi Zaila selalu mendoakan semoga Zaila pun akan terkena tempias abang Zaila juga ^__^
Malam tu, kakak ipar Zaila masakkan ikan patin bakar..Resepinya senang sahaja iaitu ikan bakar dibelah tepi dan disumbat dengan tempoyak & juga sedikit garam. Kemudian dibakar di dalam balutan daun pisang..Rasanya?? sungguh sedap sekali especially tang yang hangus tu;)
Abang Zaila memang dah beli 2 lot kedai kat area Bera tu (satu kedai kain & satu kedai komputer) tapi ni semua perusahaan bersama dengan kakak ipar & adiknya..Best kalau ada kedai sendiri kan?? Tapi bukan mudah untuk berjaya sampai ke tahap itu..tapi Zaila selalu mendoakan semoga Zaila pun akan terkena tempias abang Zaila juga ^__^
Malam tu, kakak ipar Zaila masakkan ikan patin bakar..Resepinya senang sahaja iaitu ikan bakar dibelah tepi dan disumbat dengan tempoyak & juga sedikit garam. Kemudian dibakar di dalam balutan daun pisang..Rasanya?? sungguh sedap sekali especially tang yang hangus tu;)
orang Temerloh mesti tahu ikan patin masak apa kan?? Zaila lupa nama sebenar masakan ni
Sepanjang berada di rumah abang Zaila, macam2 makanan kami makan & semua tu eksotik belaka, dapat makan daging rusa masak lemak cili padi ngan sup ayam hutan..herm, kalau dengar dek Jabatan Perhilitan sure kena tangkap tapi abang Zaila beli dari orang2 tempatan so tak tahulah mana diorang ambil daging2 tersebut..Maklumlah, abang Zaila ni duduk kawasan kampung so binatang macam tu dah biasa sangat kat situ. Kami yang dari KL ni ada sedikit kejakunan terserlah kat situ;p
Macam biaserlah, Haziq orang yang happy ke sana sebab dapat berjumpa sepupu2 yang begitu rajin melayan kaletahnya;-)
Macam biaserlah, Haziq orang yang happy ke sana sebab dapat berjumpa sepupu2 yang begitu rajin melayan kaletahnya;-)
mana2 pergi mesti suka buat benda ni
Buat kawan2 semua, silalah berkunjung ke kedai Zaila, kalau ada yang berminat bagitahulah..nanti Zaila bagi harga kawan2 ya..jangan terkejut dengan harga kat situ, email me for discount k;-)
Sorry takleh nak speaking malam ni, haahaahaa sesekali lebih senang berbahasa Melayu;-)
Sedikit fakta : Abnag Zaila namanya Zailan, bertugas di PPD Bera..ada sape2 kenal tak?? hihihihi
Sorry takleh nak speaking malam ni, haahaahaa sesekali lebih senang berbahasa Melayu;-)
Sedikit fakta : Abnag Zaila namanya Zailan, bertugas di PPD Bera..ada sape2 kenal tak?? hihihihi
35 ulasan:
mm sedapnya ikan bakar tu, walaupun x penah merasa, tp rasa cam sedap je :) boleh gitu??
sedapnya... :) yummy!
gulai ikan patin situ femes kan zaila...
btw lady try click kat kedai zaila tapi tak leh la zaila..
hubby kita suka bangat ikan patin msk tempoyak nieh
ikan patin is my pebret..
lepas ni kena belajar nk masak ikan ni.. cik abang org temerloh.. huhuhu
ya ampun zaila.. rase mcm nk bukak pose ni aa bile tgk ikan patin tuh... heheheh... zaila mmg org pahang ke? kite org pahang gak..:)
baru skali seumur hidup makan ikan patin gulai tempoyak kat kuantan itu hari...sedap gak...
hr selasa makan patin masak tempoyak..has suka kuah aja..ikan nye agak kurang gemar ..;)
Zaila..access denied la untuk kedai Zaila tuh..salah link kot?
Ikan patin kalau yang fresh fresh mesti sedap kan..goreng biasa pon best :)
emmmmm bau ikan patin bakar dengan tempoyak tu dah sampai keKB Zaila. W/p aunty tak makan ikan patin , nampak sedap je dalam gambar tu.
aku mesti banyak bersabar bila masuk blog ni lah zaila!!
mengapakah mesti ada banyak gambar makanan??
tak kesian kah pada mak yg diet nih???
uwaaaaa
zaila..kalau gulai tempoyak ni,orang pahang panggil gulai masam..atau dgn loghat nya 'gulai masa' dalam sebutan baku..tak kira lah samada patin,tilapia or ayam..diorang akan panggil gulai masam ayam,tilapia or patin..walaupun nk buat senang je..tapi kesedapan nya depends on orang2 tertentu...biase nye kalu orang lama yang buat mesti 'kick'.
sedak nyorr...titik air liur takk takkk
CT, kalau dah tgk gambar pon sedap, kalo rasa lagilah sedap!!
Zu, memang sedap..rase lemak2 manis gitu;)
Lady, a'a femes kat Temerloh, kalau tak takkanlah dipanggil bandar ikan patin kan, eh iya ke? nak kena tengok balik ni
Diana, mesti Diana pandai masak ikan patin masak tempoyak kan
the Zaila, haaa elok sangatlah tu..belajar jangan tak belajar..pasni che abang mesti makin sayang kat u
Maya, u puasa ke..haahaaahaa
zaila orang klate, che abe pon oghe klate tapi abang zaila merantau cari rezeki di Temerloh
Zarin, zaila dulu pon macam xleh makan tapi lama2 rase macam best juga ikan patin ni
Has, isi ikan patin macam berlemak sket kan..sekali skala makan xpe ah kalau makan slalu bohsan juga
Nanie, ye ke?? nanti zaila check balik
kalau masak sambal pon sodap!!
Aunty Meriam, sedap rasanya..cubalah!!
CPI, mak tak bertanggungjawab!!! ^__^
sebab tulah diet anganku musnah babe
Tihara, u macam biase je ngan masakan ni..btw, thanks for the info
huhuhu..best nye..farah suka makan tempoyak or sewaktu dengan nya tapi husband dok makang..heh.
aku tau tmpt tuh..slalu outstation ke pahang :)
waaa! sedapnyer ikan patin masak tempoyak!!!my febret tuh.. btw betul ke org ckp ikan patin sangkar ngan ikan patin sungai ni rasa dia lain?
salam zaila..wah tahniah dah bukak kedai..nasib baiklah akak tak makan ikan patin..pssss nanti kalau ada daging rusa suruh abang kamu simpan...nanti jual kat akak ek..
Farah, susoh kalu husband xsehaluan ngan kita gak..haahaahaa..che abe akak xmakan budu so akak pong jadi kure makan juga
Ayu, nanti bolehlah ajak aku makan kat situ;p
Wan, i rasa memang lain, kalau ikan patin sungai tu harga dia mahal lagi wooooo
Kak Ina, betul ke nak ni?? kalau nak, zaila boleh suh abang saya carikan
ala...kita x mkn ikan patin....tgk ja lah...
kat situ mahal ler makan.
kami org temerloh tak mkn kt situ.
nk murah and sedap pegi kt seberang temerloh. gerenti puas hati.
Catat Ulasan