Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 19 Oktober 2010

Entri Untuk danpokde Tentang Wall Covering

Semalam Zaila dapat komen dari seorang pembaca blog Zaila tentang wall covering ni, thanks danpokde sebab bertanya!! Actually ada beberapa juga yang PM Zaila di facebook cuma masa tu keadaan Zaila yang tak mengizinkan untuk menjawab soalan yang diajukan. Sorry sangat-sangat ya..

Di sini Zaila ingin mengambil kesempatan untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya berkenaan wall covering ni;-

1) Salam Zaila, wall paper ni material dia ni kertas ke.kalis air tak?sesuai untuk bathroom tak?

Jawapan : W'salam, material wall paper ni memang kertas tapi bukanlah kertas biasa yang mudah terkoyak tu, ianya agak berat & tebal juga. Tentang kalis air tu, Zaila rasa once dah lekat kat dinding, kalau kita pasang dengan elok (tak ada bubble kat dalam tu) ianya akan tahan lama so kena pastikan yang permukaan dinding tu betul-betul bersih & licin. Tapi pada pendapat Zaila, wall paper macam tak sesuai je nak pasang kat dalam bathroom (kalau bahagian tinggi mungkin sesuai) tapi kalau bahagian bawah, mungkin dikhuatiri lama-lama struktur wall paper tu akan terkopek dengan sendiri disebabkan keadaan bathroom yang sentiasa basah. Mungkin saudara danpokde boleh cuba design kat bawah ni;-

sekarang trend mozek yang kecik2 tengah naik kan??

tapi yang ni macam futuristik sangat pula!!

gambar dari sini.

2) Di mana Zaila beli & berapa harga wall paper tersebut~soalan ni ditanya oleh kebanyakan teman Zaila yang berkunjung ke rumah & ada juga dari facebook.

Jawapan : Zaila beli wall paper ni LAMEX Sunway Pyramid. Sebelum tu, dah banyak kali survey kat website LAMEX & bila tiba masanya *mahu pindah rumah*, Zaila & husband ke cawangan LAMEX di Sunway Pyramid untuk membeli wall paper yang berkenan di hati;)
Harga untuk 1 roll (10 meter) adalah RM150 & untuk kos pemasangan pula kita akan dikenakan RM250 (untuk setiap pemasangan) tapi dek kerana Zaila & hubby suka mencuba sesuatu yang baru padahal budget ciput kami just pasang sendiri jek & Alhamdulillah, hasilnya agak memberangsangkan *kalau dipandang dari jauhlah* hahahaa

Ada soalan lagi tak?? Pasni sape2 nak upah Zaila & husband pasang wall paper kat rumah korang, jangan malu jangan segan ya..kami amik upah tak mahal pon;D

4 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

wah zaila pasang sendiri? tabik betul.. nampak kemas sangat2 hehe

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

haah..kemas sgt

FaRah Baharom berkata...

hi zaila..cantik wall paper tu..
nk gam wallpaper tu ade gam khas die kan? ingt nk pasang sndiri jugk..heheh

Zaila Mohamad berkata...

Lady, thanks..berpeluh ketiak Zaila & hubby masa pasang wallpaper tu;D

Joy, thanks!!

Farah, a'a ada gam khas, kat LAMEX tu ada jual, kalau tak silap Zaila harga RM20 satu plastik, gam ni kena bancuh dalam baldi pastu gunakan roller (yang sapu cat tu) masa nak sapu kat dinding, memang kena pastikan yang gam betul2 kena dekat dinding tu, kalau ada bubble nanti xlekat dengan cantik pula

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^