Actually masa 1hb Januari yang lepas, GA ada buat induction day untuk semua premis mereka. So Zaila memang sudah bagitahu awal-awal lagi dekat HAziq yang dia akan mula bersekolah di GA. Kami siap bawa Haziq tunjuk lagi di mana GA & of courselah masa tu dia akan cakap "ok" aje. Bila tiba je hari induksi tu, belum lagi naik tangga, Haziq dah start menangis..Ya ALLAH rasa geram teramat sebab dia sorang je yang nangis, siap nak suruh Zaila dukung-dukung lagi. FYI, ada 3 orang lagi kawan-kawan taska Haziq yang akan mula bersekolah di GA juga & yang paling bestnya mereka semua belajar di dalam satu kelas so Zaila agak Haziq mesti akan suka dapat bersama-sama dengan kawan-kawannya. Bila Aiman (boleh refer entry ini untuk kenal siapa kawan-kawan Haziq) tegur je dia, terus melalak dalam GA tu *hisy buat malu mama je*
Bila dah pujuk-pujuk tu, Haziq dah start ok & mula untuk explore mainan yang ada dalam GA tu. Sorry ya tak ada gambar since Zaila malu untuk keluarkan kamera depan ramai parents yang lain. Karang ada gak yang mengata "anak ko nanges ko sebok nak amek gambar ya" so Zaila hanya buat apa yang parent lain buat iaitu mengambil uniform, bayar yuran van & seterusnya melawat kelas Haziq & berjumpa dengan teacher HAziq. Actually keadaan haritu agak kelam kabut juga memandangkan kami tidak diberitahu apa-apa taklimat aau arahan yang patut kami buat. Datang-datang je Zaila tengok ramai yang beratur panjang sampai ke luar so Zaila suruh en suami beratur juga. Rupa-rupanya barisan itu hanya untuk parents yang masih belum melunaskan yuran untuk bulan Januari & kami sepatutnya tak payah susah-susah beratur kat situ pon. Tak lama lepas tu, en suami beratur pula untuk dapatkan uniform tapi last-last diberitahu yang uniform hanya akan diberikan buat mereka yang mendaftar awal sahaja kerana ada sedikit masalah dari pembekal yang buat uniform GA ni. so agak frust juga kat situ. Kemudian Zaila diperkenalkan dengan guru kelas Haziq iaitu teacher Lily yang agak baik & lemah lembut orangnya. By the way, Haziq di tempatkan di Kelas 5 Zheng He iaitu pada sesi petang (1.30 hingga 4.30 petang) & ada lebih kurang dalam 17 orang di dalam kelas mereka.
Then Zaila beratur untuk bayar tambang van yang akan mengambil Haziq dari taska ke GA. RM85 untuk pergi balik dari Berjaya Park ke Kota Kemuning ya tuan-tuan puan-puan..Dahlah tu, kena bayar pula RM50 untuk kos pendaftaran yang Zaila pun tak tahu bayaran itu untuk apa sebenarnya. Agaknya upah diorang tulis resit kot;D Kadang-kadang rasa macam "diorang ni" cekik darah mak pak budak-budak pon ada. Huhuhuhu..Betapa mahalnya kos untuk membesarkan anak zaman sekarang kan. Buat pengetahuan semua, yuran bulanan di GA ni adalah RM238 & kos transit HAziq di taska pula adalah RM170. So bulan-bulan memang akan berhabis sebanyak RM493 untuk Haziq sahaja. Belum campur kos Ameera di taska RM250 sebulan & nanti ada sikecil pula habislah dalam RM265 lagi..*pejam mata*
Ok, ini bukan sesi mengeluh ya..hanya sekadar berkongsi cerita tentang mahalnya kos nak membesarkan anak di zaman sekarang ni. Kalau zaman mak kita dulu-dulu, mana ada nak hantar kita sekolah awal-awal lagi kan. Eh terover melalut pula yaa...Sorryyyy..ok back on track again..
So bila hari pertama Haziq akan ke sekolah, of courselah Zaila berdebar-debar kan. En suami siap nak ambil cuti lagi untuk konon-konon nak spy anak dari jauh tapi takder maknanya..En suami tu mana boleh nak tinggalkan kerja dia so Zaila hanya berserah pada ALLAH sahaja moga-moga Haziq tak akan menangis & semuanya akan ok..So Zaila sms cikgu nursery Haziq tanya kot-kot diorang sudah naik van untuk ke GA & cikgunya balas masih belum pergi & anak-anak tengah makan nasi. MAsa tu lebih kurang pukul 11 pagi so takpelah..sambung buat kerja dalam kederbaran (ada ke perkataan ni). Bila time lunch hour, memang plan nak g spy ngan en suami tapi last-last kensel sebab Zaila keluar makan dengan member opis Zaila *jahat kan mama Haziq ni, malas nak ke GA pasal nak g isi perut sendirik*. Tengah makan tu, tetiba dapat sms dr ibu Aiman yang juga teman seopis Zaila mengatakan anak-anak nampak riang naik van untuk ke GA. Lega rasanya
Tapi agak frust juga kami petang tu bila sampai je di nursery Haziq TIDUR!! Memang penat sangatlah tu sampai sepanjang perjalanan dari nursery sampailah kami angkat dia bawa masuk ke dalam rumah pun masih TIDUR!! Sampailah pukul 9 malam Haziq terjaga & of courselah mama Haziq yang sibuk duk tanya macamana pengalaman bersekolah di GA. Alhamdulillah, Haziq menyukainya & siap tunjuk dekat kami lagi apa yang telah teacher Lily ajar dalam kelas!! Terharu ok..Sebelum ni pon memang Haziq sudah belajar di Tadika Intelek tapi Zaila rasa macam silibus yang diperkenalkan terlalu berat sampaikan Haziq tak enjoy bila berada di kelas so Alhamdulillah, silibus GA bertepatan dengan peringkat umur pelajar mereka *eh terpromote pula*
Tapi Zaila takde pon nak meletakkan harapan yang tinggi pada Amirul Haziq. Cukuplah agar dia enjoy belajar sambil berkawan dengan ramai kawan selain dari teman-teman Haziq di nursery tu!!!
hasil tangan Amirul Haziq
Owh, hari ni (11/01/2011) Haziq tak dapat ke sekolah. Maklumlah Haziq tak berapa sihat due to demam & lelah yang mengejut. Zaila rasa mungkin beberapa hari kebelakangan ini Haziq kena hujan & takpon keadaan "air cond" dalam kelas di GA yang membuatkan Haziq batuk-batuk. Memang kesian ah dekat anak jantan Zaila sorang ni..So sebagai penyelesaiannya, Zaila sudah belikan Haziq sweater untuk dipakai di dalam kelas nanti so harap-harap pasni sudah tak ada batuk-batuk lagi;)
Oklah, tak sabar nak tengok perkembangan seterusnya dari Amirul Haziq!!
2 ulasan:
zaila nak tanya awal2 mendaftar kena bayar berapa kat GA
salam kak, anak saya pun di genius aulad kota kemuning. Saya ada something nak tanya akak, boelh bagi no HP tak kat email saya miza7742@gmail.com harap akak x keberatan..
Catat Ulasan