Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 11 November 2010

Ibu Lain Risau Dengan Keputusan UPSR Anak, Zaila Risaukan??

Owh pertamanya Zaila ingin mengucapkan tahniah buat ibu-ibu bapa-bapa yang anak mereka telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang lepas. Syabas buat anda semua!! Pada anak-anak yang tak dapat 5A, jangan kecewa sebab masih banyak lagi peluang untuk anak-anak merubah kehidupan anak-anak;-) *dah macam motivator dah haku ni*

Well, hari ni memanglah agak mendebarkan buat Zaila, bukan sebab anak jantan Zaila nak terima keputusan UPSR tapi dek kerana anak jantan Zaila ni ada lawatan ke Zoo Negara nun di Hulu Klang nun!! Baru ke Hulu Klang, kalaulah pergi jauh dari Selangor, agaknya boleh meroyan Zaila ni;D hover sungguh hokey

Pagi tadi memang semangat ah Zaila *sampaikan tak boleh lena tidur malam tadi*. Anak yang nak ke Zoo, mama yang terlebih excited kan?? hehehe. Kitorang hantar Haziq agak awal pagi tadi then lepas je tinggalkan pesanan untuk teacher Haziq, terus blah ke office (Zaila tak tunggu pon pasal tak nak emo lebih-lebih). Then sampai office, sarapan *walaupon tak lalu makan* tapi habis juga sebungkus nasi lemak;D Pastu sms cikgu Amirul sebab nak ingatkan dia supaya ambil gambar banyak-banyak (jangan risau sebab Zaila dah delete semua gambar-gambar lain yang tak berkenaan) then teacher Amirul balas;

"ok kami dh smpai" (masa ni pukul 9 pagi)

So lega rasanya then teruskan buat kerja then dapat sms dari teacher Amirul lagi;

"Kasut mirul ketat ye..Dia dh ngis skt kaki"

Gulp..Zaila telan air liur!! Hah sudahh..Memanglah Zaila beru belikan kasut untuk dia sempena lawatan ni tapi nampak macam dia tak suka aje pakai *agaknya Haziq tak biasa pakai kasut masa berjalan* so masa ni rasa bersalah sangat-sangat sebab lupa nak bekalkan dia dengan selipar (memang ada terlintas di fikiran Zaila pagi tadi, tapi dek kelam-kabut nak hantar Haziq ke sekolah tetiba je terlupa) so Zaila sms balik teacher Amirul suruh bukakan stokin & kalau dia tak tahan sangat pakai kasut tu, cari selipar yang lain ke dulu, nanti Zaila bayar duitnya kemudian. So teacher Amirul balas;

"Itu la td sy tya crocs orgnl 120 pulak hqe..nti sy crikan kalau ada yg lain"

Gulp..telan air liur bila baca sms tu..hehehe..Padan muka haku, tapi dek kerana kesiankan Haziq Zaila balas suruh beli je kalau dah tak ada choice sangat anggaplah sedikit loss di situ tapi seb baiklah teacher Haziq telah terjumpa selipar yang murah so tak adalah Zaila gundah gulana sangat;D

"Sy dah belikan selipar dia. Alhmdlh dh ok. Jgn risau k"

Fuuuh mak lega...Hihihihi..Macam nilah perasaan seorang ibu yang berdebar-debar menunggu keputusan exam anak-anak diorang kan. Tak boleh duduk selagi tak tahu status anak-anak kita kan??

Apa-apa pon, Zaila nak ucapkan terima kasih juga kepada teacher Sham yang memang ambil berat tentang Haziq, maklumlah Haziq ni manja dari student yang lain so memang dok berkepit aje dengan teacher dia yang sorang ni;D Sampai naik penat teacher nak melayan Amirul..Nampak gaya kena bagi hadiah special buat teacher Sham nanti;)

Jom kita layan gambar Amirul Haziq & the geng di Zoo Negara Malaysia;-

gambar waktu pagi, dalam bas Amirul duduk dengan Aiman (anak teman sekerja Zaila juga)

ramai-ramai berkumpul di hadapan pintu masuk Zoo Negara

Aktiviti pertama : perasan tak anak haku ni tak nak pakai topeng & tak nak tepuk tangan *ikot suke dia aje*

tengok brother tu tunjuk burung kat dia pon dia leh wat bodow jee

Haziq yang geli takutkan ular

alahai apesallah muka garang sangat ni Haziq?? marah kat teacher ke??

lepas tengok pertunjukan, semua pakat tidur keletihan

bangun tidur, muka pon macam takde mood aje *rindukan mama ya*

Haziq dan Ain *bukan couple ya*

banyak-banyak barang, Ben10 juga yang dibeli;D

Bila dah sampai ke taska & nampak mama, mula-mula tu macam nak nangis tapi lama-lama macam happy semula;-)

Oklah, that's all..Lepas ni Haziq masuk sekolah pula..Entah macamanalah pula ragam Haziq nanti;D

8 ulasan:

Lady of Leisure berkata...

bagusnya baik betul teacher amirul tuye

yatie chomeyl berkata...

haziq beli sendiri ko ben 10 tu zaila? pandai dio pilih

DaZzlingLilLy berkata...

iya lah kan anak kecik lagi mummy dia mesti risau..tapi takper sbb dapat cikgu baik camtu..

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

berapa umur dia?5 tahun ke?zaila..sorry..sebenarnya tiap kali lynn buka blog zaila lynn kena drag-bold smp bawah..sbb tulisan x appear,warna apa fint zaila guna..putih jugak ke?
mmg x nampakler..ke pc lyn yg rosak..

ME berkata...

susah nak lepaskan anak ni. Teringat me masa my Taufiq nak pg zoo negara, kebetulan hari sabtu, lepas hantar dia, me & family pun gerak sekali pergi Zoo (he3..).. tgk jer dari jauh .. dia okay jer, mama dia yg lebih.

Zaila Mohamad berkata...

Lady, a'a..teacher dia memang sayang betul kat dia & student lain, susah nak cari cikgu yang baik macam tu;-)

Yatie, a'a..kirim duit RM20 suruh cikgu dia pegangkan, agaknya tersuka dengan Ben10, tapi banyak2 menan, hoktu jugak dio beli..huhuhuu

Lily, mana xrisau, basuh berak pon mama yang buatkan lagi;D

Lynn, thanks for concern, zaila dah tukar layout..nanti bg feedback ya

ME, ibu mana yg xrisau kan..rasanya setiap masa akan teringat akan anak2 ni

amalina berkata...

bertuah betul dpt cikgu baik cam tu

Zaila Mohamad berkata...

ama, itulah.rase macam kesian lak nak tukar sekolah si Haziq tu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^