Hari ni kalau ikut perkiraan genaplah kandungan Zaila 32 minggu 4 hari..Cepat sungguh masa berlalu kan??
Actually ada banyak benda nak dikongsi tapi sejak dua menjak ni tersangatlah busy dek kerana halangan fizikal
Hari Selasa yang lepas baru je buat check up dengan Dr Siti Mariam & Alhamdulillah air ketuban pon sudah ok & Dr expect yang Zaila akan bersalin awal dalam erti kata lain mungkin dalam pertengahan / penghujung bulan Mac (atau lebih awal) so doakan yang terbaik buat Zaila & baby yang bakal lahir ni ya!!
Actually kompeni tempat Zaila bekerja ada buat staff trip ke Bandung dalam penghujung bulan April ni so dalam hati ni masih berbelah bagi untuk pergi atau tidak. Sudahlah semuanya ditaja & paling best kali ni boleh bawa anak-anak sekali so en suami berkata ini adalah peluang yang terbaik buat kami untuk melancong. Herm, memang betul kata en suami tu tapi kenapalah di saat Zaila masih (atau hujung) pantang..Sanggup ke nak bawa anak yang masih kecil ke tempat orang?? Herm, terlalu banyak persoalan kat situ..Apa-apa pon, doakan yang terbaik buat kami..Kalau ada rezeki, adalah tu;-)
Sejak akhir-akhir ini juga banyak kejadian yang menimpa di tempat Zaila bekerja. Bermula dengan kehilangan kawan baik Zaila (al fatihah buat arwah), 2 minggu lepas kami dikejutkan lagi dengan kematian isteri kepada teman sekerja kami. Walaupon sekadar bertemu dengan arwah semasa majlis-majlis yang diadakan kompeni, Zaila seakan terasa juga akan kehilangan ini. Walaupon kompeni tempat Zaila bekerja ni kecil tapi hubungan di antara staff sangatlah rapat especially warga senior yang telah lama berkhidmat di sini. Baru je tadi terserempak dengan beliau & nampak si dia menangis. Semoga En.Julaile tabah menghadapi dugaan ini. Bukan mudah untuk menerimanya memandangkan mereka telah hidup berumahtangga sudah agak lama. Zaila sendiri tak dapat bayangkan kalau berada di tempat beliau..Moga diberikan sekeping hati yang tabah!!
Minggu lepas pula beberapa teman sekerja wanita terkena serangan histeria. Memang agak menyeramkan kerana inilah pengalaman pertama Zaila melihat dengan mata sendiri macamana keadaan seseorang bila dirasuk "benda" itu. Memanglah kawasan kompeni ini agak keras sedikit & memang dah bermacam kejadian paranormal telah berlaku tapi rasanya kejadian kali ini paling terasa memandanglan semua orang terasa akan tempiasnya. Hampir beberapa hari office kami lengang kerana beberapa pekerja wanita yang lemah semangat dibenarkan pulang bercuti ke kampung halaman demi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi & kebanyakan dari kami yang masih bekerja pon merasa sedikit seram & ke mana-mana pun nak berteman;D Tapi Alhamdulillah, keadaan selepas bercuti panjang sudah beransur baik & masing-masing pun dah meneruskan kerja seperti biasa termasuklah Zaila;)
Begitulah serba sedikit peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun 2011 ni..Banyak suka & duka yang telah diharungi & moga kami semua tabah dalam mengharunginya. Setakat ni mood untuk berblog masih belum ada & kalau ada pon sekadar tulisan sahaja. Sorrylah ya!! Pada yang masih sudi membaca perkembangan Zaila diucapkan terima kasih & doakan yang terbaik buat kami semua. You are the best!!
Sabtu ni Zaila akan ada di Subang Parade bersempena ilovebazaar tapi mungkin sampai tengahari sahaja. Pada yang tak tahu nak buat apa tu bolehlah berkunjung ke sana cuci-cuci mata & poket;D
Oklah, tata!!
P/S : Nak cerita pengalaman bersalinkan Haziq & Ameera tapi tunggu-tunggulah dulu!!
8 ulasan:
sekejap jer dah 34 weeks ... bestn juga dpt ke bandung tue ... bercuti sesama family ..leh zaila shopping mcm2 nanti ;-)
Wah..bestnye pi Bandung ngan fully sponsered!!! klu sy pon mesti serba salah either nak gi ke tak sbb baby still kecik kan..hehehe..nway, sama2 kite menantikan kelahiran si kecik ni yek..rase tk sabar nk bersalin, tp takut pon ye jugak..hoho
semoga semuanya berjalan lancar untuk zaila.. :)
zaila
harus pg bandung tuh!!!!!!rugi,apapun jg dr..dah sarat tuh!!
cepat betul yer.. tak lama lagi dah tu. take care dear!
Diana, a'a..doakan moga dipermudahkan segalanya..insya allah, kalau ada rezeki, mahu juga jejakkan kaki ke sana;)
Lily, a'a..samerlah..moga dipermudahkan segalanya..by the way, zaila sukalah Dr Siti Mariam tu, baik sesangat!!
Lady, thanks!!
Lynn, harus g..harus!!
yati, thanks!! doakan yang terbaik
saya minggu ni baru genap 32 minggu..memang cepat betul masa berlalu..masa awal2 mengandung dulu terasa lambatnya nak timang anak...sekarang ni cam dah tak lama plak hehe...ape pun semoga kita sama2 selamat bersalin dengan jayanya hehehe
Cikgu, sama-sama kita doakan yang terbaik!!
Catat Ulasan