Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label moment in my life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label moment in my life. Papar semua catatan

Rabu, 24 Januari 2018

Surirumah Perlu Bijak Manfaatkan Masa

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni (Rabu) sudah memasuki minggu ke 4 Januari 2018. Setakat ini anak-anak pun sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan jadual persekolahan masing-masing. Tahun ini anak sulung aku nak periksa UPSR (doakan moga Berjaya dalam semua subjek) maka tahun ini juga ada beberapa siri tusyen yang telah aku daftarkan. Di sekolah juga khabarnya tusyen akan bermula Februari ini selepas waktu persekolahan. Kalau di rumah pula, aku ambil tusyen Bahasa Inggeris setiap Sabtu bersama guru BI India di Kota Kemuning, Math dan Sains sebelah rumah aje dan bulan Februari ada juga tusyen Sains bersama jiran belakang rumah. Memang pilih dekat-dekat aje supaya senang nanti aku nak hantar atau dia pergi sendiri. Maklumlah, nanti bila dah ada baby susah pula nak keluar rumah.

Hari ini nak kongsikan jadual setiap hari aku. Sebelum bersalin mungkin konsisten begini, kalau dah ada baby nanti tak tahulah macamana pula kan? Tahun ini 4 orang sudah mula bersekolah, ada yang sekolah dari pagi sampai petang, ada yang baru memasuki tahun 1 sekolah kebangsaan dan petang sekolah agama dan ada juga yang baru masuk tadika. Jadi, setiap pagi aku ada lebih kurang 4 jam waktu lapang untuk BERTENANG. Ha ha ha Tenanglah sangat! Padahal kalau takde perancangan memang akan kelam-kabut juga.

Setiap pagi memang kena bangun sebelum Subuh, lepas solat subuh turun ke dapur untuk sediakan bekal anak-anak. Selalunya bila aku masak bekal, automatic sarapan aku dan anak-anak yang belum bersekolah ni sudah ada. Kalau buat bekal nasi, anak-anak memang akan suka sebab nanti perut mereka kenyang. Selepas anak-anak ke sekolah, selalunya aku akan rehat sekejap. Kalau rajin sesambil tengok TV (Tanyalah Ustaz) aku akan sarapan sambil tengok henset (ini wajib). Kalau anak-anak masih belum bangun dan cuaca pula ala-ala dingin, terjoin membuta sama :P

Kalau tak tidur, jam kedua selalunya aku kena sidai kain (tengok cuaca juga) dan mendobi kain. Sehari tu, rasanya adalah 3 kali basuh baju. Maklumlah isi rumah kan ramai. Memang tak pernah berehatlah mesin basuh kat rumah ni kecuali waktu rosak sementara tahun lepas. Kalau rajin, aku akan lipat kain tapi selalunya lebih kepada malas. Ha ha ha Tapi selalunya aku akan kemaskini status dan jawab pertanyaan di Whats App (biasalah, surirumah berniaga memang tak lekang dari henset).

Jam ketiga selalunya aku akan masuk dapur balik sediakan bahan-bahan untuk masak tengahari. Tapi kalau lebihan bekal masih banyak, aku tak akan masak lagi. Sesambil basuh pinggan dan bersihkan "work station" tu dah boleh rancang nak masak apa. Selalunya menu ringkas aje, yang penting berkuah dan kalau untuk anak-anak, ayam goreng celup tepung pun dah setel. Kalau malas masak, selalunya selepas ambil Ashraf aku akan singgah beli nasi di kedai depan rumah aku. Bolehlah sesekali makan pedas dan ikut selera sendiri.

Jam keempat selalunya aku akan masuk SOHO untuk update blog. Maklumlah semangat azam tahun baru masih membara. Setakat ini masih konsisten lagi, tak tahulah macamana bila ada baby no 7. Harap-harap tidak ke laut Amerika lagi. Ha ha ha

Selepas kemaskini blog, selalunya aku akan siap-siap untuk ambil Azzam di tadika dan terus pecut ke sekolah Ashraf. Haa bila dah ada 2 orang ni maka bertambah kepala untuk dijaga. Masa ni agak kelam kabutlah sikit tapi syukurlah Ashraf sekarang dah makin bijak dan mudah disuruh. Macam tak percaya juga dia yang manja tapi sekarang macam dah besar sangat. Balik rumah tu tahu apa yang perlu dibuat. Masa minggu pertama persekolahan, selalu juga menangis tapi selalunya aku akan buat-buat tak layan (walau dalam hati nak menangis sama). Maklumlah dia seorang terlepas ke sekolah kebangsaan (dahle jauh  minit dari rumah). Tapi syukur Alhamdulillah, cepat betul Ashraf terima perubahan jadual persekolahannya cuma adalah dia mengadu penat sikit sekarang ni. Dia siap cakap lagi "Kan best kalau sekolah tadika je".

Selepas Ashraf ke sekolah agama bolehlah berehat sekejap. Tapi tak boleh lama juga sebab lepas tu kena memasak untuk sesi anak balik petang pula. Kalau hari Haziq mengaji kena keluar ambil dia di sekolah sebab selalunya van takde dah petang hari. Malam pula kena siap sediakan bahan-bahan untuk masak bekal esoknya. Beginilah rutin aku seharian. Kalau hari ada nak pos barang atau perlu ke kedai Amway membeli barang, memang kena keluar rumah awal sebab takut tak sempat nak ambil anak-anak kat sekolah nanti. Terpaksalah korbankan masa berehat kalau nak lakukan semua benda. Tambah-tambah surirumah yang berniaga macam aku ni. Uhuk uhuk


Takde gambar nak tayang, kita tayang gambar bekal pagi tadi lah. Nasi goreng cina dengan ayam yang daripada baki tomyam ayam. Sekarang ni kalau masak lauk memnag kena masak banyak supaya tak perlu nak tiga empat kali masuk dapur. Maklumlah, sejak perut pun dah makin memboyot ni, penatlah kalau asyik kena masak aje.

Hermm, semoga perkongsian aku ni ada manfaatnya. Sebenarnya, kita sendiri pun kena banyak belajar dan tengok ibu-ibu lain menguruskan rumah dan keluarga. Bak kata kawan aku "Ibu anak 2 belajar dengan ibu anak 3, ibu anak 3 belajar dengan ibu anak 4 dan begitulah seterusnya". Proses belajar ni bukan hanya di sekolah sahaja tapi perlu sepanjang usia. Ada setengah benda sekolah tak ajar iaitu pengurusan masa yang betul. Yang ni semua orang pun kena belajar kan?

Oklah, hingga berjumpa lagi. Kalau mahu ikuti status aku di facebook boleh add Facebook aku oiaitu Zaila Mohamad atau ikuti laman Instagram : @zailabinimdae. Hingga bertemu lagi. Bye!

Jumaat, 19 Januari 2018

Musim Selsema, Pastikan Ambil Nutrilite Bio C Plus

Assalamualaikum,

Sekarang cuaca tak menentu sangat. Beberapa minggu yang lepas, cuaca sejuk sampai ke tulang. Ramai yang cakap macam duduk luar negara tapi minggu ni panas terik pun ada. Semalam hujan lepas tu panas. Memang saat cuaca begini, anak-anak dan ibu mengandunglah yang mudah terkesan. Aku nak kongsi pengalaman masa mengandungkan Aaliyah dulu, merasa batuk-batuk dan selsema. Masa tu asal batuk je terkencing, memang seksa sangat. Hanya yang pernah mengalami akan tahu betapa tak sukanya ibu mengandung kalau terkena batuk-batuk. Syukur juga waktu tu anak tak ramai lagi, jadi bila sakit melepek seorang diri atas katil sambil menangis.

Masa tu aku hanya ambil pil kalsium yang beli dengan kawan. Waktu tu selalu juga kena "simpul biawak" ke yang kaki kejang waktu malam tu. Alhamdulillah, makan pil kalsium memang tak kena sangat penyakit ibu mengandung ni. Bermula kehamilan Arman (anak ke 6) aku mula amalkan makan vitamin dengan konsisten. Bukan apa, badan ni dah makin meningkat usia, ditambah pula dengan kita seorang surirumah yang menguruskan semua anak-anak, kalau tak sihat badan susah juga tu.

Tahun ini pun konsisten ambil vitamin Nutrilite edaran Amway. Setiap hari memang akan ambil Salmon Omega, Kalsium Magnesium D Plus dan Bio C Plus. Ada juga ambil B Complex tapi sekarang terputus bekalan kejap. He he he


Sepanjang kehamilan anak ke 7 ni Alhamdulillah Allah berikan aku kesihatan yang baik. Tipulah kalau cakap tak penat sebab berat badan aku naik mendadak dan sekarang ni jalan pun rasa macam mak dugong dah tapi syukur, masih boleh menguruskan anak-anak dan keluarga. Hanya diri kita sahaja yang tahu perubahan yang kita alami apabila kita mengamalkan sesuatu produk. Kalau dulu aku ni sejenis pemalas nak makan vitamin, tapi memikirkan usia yang sudah bertambah, bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah, rasanya diri sendiri yang kena BERUBAH ke arah kebaikan.

Kenapa aku memilih Nutrilite? Sebabnya aku dah jumpa banyak testimoni secara live (depan mata) pengguna Nutrilite yang walaupun sudah berusia badan masih bertenaga dan sihat. Sepanjang buat bisnes Amway memang banyak buka mata aku, duit bukan segalanya tapi duit akan dating apabila minda dan badan kita yang sihat.

Malam tadi ada seorang kenalan di facebook yang telah mengambil Nutrilite selama 27 tahun lamanya. Bayangkan, begitu lama dan ternyata beliau sangat berpuashati dengan produk ini. Aku kongsikan di sini "screenshot" komen beliau ya ;

 

 
Sekarang uols semua sudah yakin dengan produk ini? Jomlah dapatkan vitamin terbaik dengan Mekla ya. Whats App 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan dan pembelian. Kalau nak jana pendapatan dari menjual produk pun boleh, whats app je nanti kita sembang-sembang bagaimana caranya :)
 
Oklah, hingga bertemu lagi. Jangan lupa tau, amalkan gaya hidup yang sihat juga. Selain dari pengambilan vitamin, kena juga jaga pemakanan dan bersenam untuk kesihatan jantung. Takde siapa yang dapat menolong kita apabila kita jatuh sakit. Hargainya sebelum terlambat.
 
Bye!

Khamis, 18 Januari 2018

Tips Jadi Surirumah Produktif

Assalamualaikum,

Sudah masuk hari Khamis minggu ketiga persekolahan. Alhamdulillah sepanjang minggu ni Mekla masih boleh menyediakan bekal untuk anak-anak. Setiap hari masuk ke dapur pada pukul 6.30 pagi dan selalunya pukul 7 pagi sudah siap membahagikan bekal untuk anak-anak. Surirumah kalau mahu sediakan bekal anak wajib bangun awal, selepas solat Subuh sudah boleh mula beroperasi. Boleh baca Tips Pantas Menyediakan Bekal Sekolah Anak.

Kelebihan menyediakan bekal anak ni sudah tentu kita juga akan bersarapan sekali. Ibu-ibu kalau bersarapan awal pagi, sudah pasti bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Jadi seeloknya surirumah yang produktif wajib bermula seawal pagi :) Maklumlah, nama aje surirumah tapi sebenarnya kita ni pegang banyak "topi" ; ada yang menjadi supir, chef, tukang gosok baju, sidai baju, lipat baju, belum masuk surirumah yang berniaga online ; nak pos barang, nak bungkus barang dan banyak lagilah. Kalau tak sempat makan awal pagi, kebarangkalian untuk bertukar menjadi singa tu ada >___<

Jom tengok antara bekal yang aku sediakan untuk anak-anak minggu ni. Minggu sebelumnya selalu lupa nak ambil gambar sebagai bukti. Kah kah kah


Bekal hari Selasa lepas ; pasta spiral dan nugget dan fries goreng. Menu macam ni laku lah sampai kawan-kawan pun sibuk nak menumpang sama


Menu pagi ni sempena birthday en suami; bihun goring kasih sayang, nugget dan keropok untuk anak-anak juga. Nugget kali ni potong kecil-kecil supaya kawan-kawan boleh menumpang ambil sikit-sikit sorang


Bekal hari Isnin; nasi goring ikan rebus, ayam kunyit dan biskut cracker


Menu hari Rabu ; roti seosej gulung. Ada yang inti isi ketam (yang dah potong). Roti terdayang senandung sikit sebab sambil goring sambil menjerit suruh Ashraf cari stoking lah, suruh Husna isi air dalam botol lah. Begitulah mak-mak setiap pagi

Bagi mak-mak yang bekerja pun, sarapan pagi sangat penting untuk pastikan hari itu bermula dengan baik. Kalau tak sempat nak makan nasi atau sedang jaga badan, ambil lah set protin + Bodykey ya kawan-kawan. Berminat nak tahu lebih lanjut, haa sila-sila Whats App 012-970 6828


Oklah, hingga berjumpa lagi. Hari ini macam biasalah merupakan hari yang sibuk. Bye!

Jumaat, 12 Januari 2018

Daybed Untuk Ibu Berpantang

Assalamualaikum,

Amboi tajuk bukan main lagi. Maaf ya, aku masih belum bersalin cuma nak "tayang" daybed yang dibeli sempena mahu berpantang anak ke 7. Macam poyo je sebab anak ke 7 kot baru sibuk-sibuk nak beli katil. Ha ha ha

Bak kata iklan "Kerana diriku begitu berharga". Sebenarnya dah lama teringin nak beli daybed (katil tengahari ke?) memandangkan kat rumah ni dah kosong takde perabut. Sofa lama semua dah selamat dibuang. Maklumlah, nak bagi nampak ruang lebih luas sikit tapi bila nak berpantang ni terpaksalah beli (cewah guna ayat terpaksa tu) daybed untuk diri sendiri memandangkan awal-awal tempoh berpantang aku akan berada di ruang bawah sahaja. Mungkin selepas berpantang, boleh letak dalam bilik anak dara pula.


Abaikan ruang belakang yang kena conteng tu. Biasalah hasil kerja anak-anak. Tahun 2018 angan-angan nak deko rumah tapi tak tahulah bakal tercapai ke tak memandangkan jumlah ahli keluarga rumah pun sudah bertambah. Kita doakan aje moga rumah tidak bersepah macam selalu #prayforrumahMekla

Sebenarnya terinspirasi dari daybed Ikea ni tapi yang aku punya tu beli di kedai perabut biasa je. Cantik juga kan uols?
 
 
Kalau ada rezeki nanti nak beli bantal banyak-banyak. Alahai harapnya lenalah tidur dalam pantang nanti tapi mengikut pengalaman yang lepas macam susah je T____T"
 


Gambar yang ni serupa dengan daybed Mekla cuma biasalah gambar ambil dari internet jauh lebih cantik dari gambar Mekla


Siapa ada jual bantal-bantal kecil comel macam ni? Boleh tinggalkan no Whats App ya


Lawa pula tengok contoh-contoh bantal yang ada ni. Sekarang ni aku selesa beli belah dalam talian aje (online) bukan apa, kepala tak serabut dengan anak-anak dan prosesnya pun mudah.

Uols kalau nak beli tilam, mehlah beli dengan aku. Mekla pengedar sah tilam jenama Dreamland tau. Kat rumah ni pun pakai jenama Dreamland dah nak masuk 2 tahun, Alhamdulillah masih keras (selesa) macam mula-mula beli juga. Badan mak buyong yang sebesar dugong ni pon tak sakit-sakit badan lagi. Kalau tilam lama, bila dah baring (tidur) nak bangun tu rasa seksanya sebab diri sendiri tenggelam dalam tilam. Ha ha ha

Boleh Whats App 012-9706828 kalau nak Tanya harga. Aku ada juga buka kutu bulanan untuk tilam ni. Kalau beli waktu promosi pun best juga sebab dapat barang free. Selain tilam, kepala katil dan badan katil pun ada dijual. Ini entri aku dulu mengenai hadiah ulangtahun perkahwinan adalah tilam :P

Oklah sehingga berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca blog Mekla ni :)

Atasi Bau Hapak Pakaian Lembab Dengan Sabun SA8

Assalamualaikum,

Hari ini Jumaat sudah memasuki hari terakhir minggu kedua persekolahan. Alhamdulillah, anak-anak sudah mulai ikut rentak hari persekolahan di mana kena tidur awal dan bangun awal. Syukur juga setiap hari aku masih konsisten menyediakan bekal buat anak-anak. Pagi ini hanya goreng nasi bersama lebihan sardin (semalam buat roti sardin dan roti sosej) maka terhasillah nasi goring sardine. Tambah sedikit telur dadar. Ada anak yang tak suka nasi goreng pula memilih untuk bawa bekal nasi putih tuang kicap dan telur dadar. Tak mengapalah, asalkan berbekal.

Cuaca di Kota Kemuning sekarang asyik mendung dan hujan gerimis sahaja. Bukan mengeluh tapi ramai yang mengadu kain bertimbun basah dah hapak jika tidak kering. Bagi aku, masalah kain bau hapak sudah lama diatasi sejak menggunakan sabun dari Amway iaitu SA8. Setiap hari pun basuh baju, maklumlah anak ramai, lepastu adalah pula hak jenis suka kencing malam (nama dirahsiakan) lagilah bertimbun-timbun pakaian kena basuh setiap hari. Selalunya sidai di luar rumah (bawah balkoni) memang tak akan kering sempurna, petang tu suruh anak-anak angkat masuk bakul, esok kena sidai lagi. Memang takde dah bau hapak kain basah, kalau dulu sampai anak-anak komplen baju ada bau busuk.


Gambar sekadar hiasan. Waktu ni hujan tengah malam, kami baru balik dari Prince Court.


Biasalah, ramai yang tak tahu kelebihan sabun ni akan cakap "harganya mahal" tapi bagi aku sejak menggunakannya memang terasa penjimatan tu. Nak-nak kalau beli yang kotak 3kg, lama juga lah baru boleh beli lain. Yang bagusnya, mereka yang ada alergik dengan sabun pencuci sesuai sangat menggunakan sabun ni sebab nanti tangan tak pedih, nak rendam dulu pun takde masalah malah kalau terlupa nak basuh semalaman, air rendaman tak  berbau pun. Aku pernahlah buat eksperimen dulu, lebih dari 1 malam pun (padahal pemalas) dan ternyata tandas takde bau busuk hapak pun.


Kalau mereka yang ada anak-anak bersekolah tu boleh guna SA8 Prewash. Sembur-sembur aje di kolar baju sekolah anak-anak dan biarkan sekejap dan basuh macam biasa. Selalunya akan hilang kotoron atau daki tersebut. Kalau kotoran degil sangat mungkin boleh cuba buat beberapa kali. Kalau baju kerja suami uols kuning tang ketibus tu, elok benarlah guna sabun ni. Baju tak rosak, uols pun boleh jimat duit tau :)

Satu kelebihan yang aku perasan adalah kain baju selepas kering pun tak akan jadi keras kejung macam selepas guna sesetengah sabun pencuci. Helloooo, Mekla kan surirumah, jenama sabun apa tak cuba baik cecair mahupun serbuk semua dah guna. Tapi sabun SA8 sekarang menjadi pujaan hatiku, tambah-tambah bila beli dan pertengahan bulan dapat rebat dari Amway. Haa nak tahu caranya? Whats App 012-970 6828 kita sembanglah lebih lanjut tau.

Oklah, hari Jumaat nak kena ambil anak-anak dari sekolah awal sedikit. Nanti petang aku update blog lagi ya. Semalam tak sempat sebab sibuk uruskan anak-anak. Bye!

Selasa, 9 Januari 2018

Karpet Tatami Murah Penyeri Ruang Tamu

Assalamualaikum,

Lumrah orang perempuan ni suka membeli. Macam aku, kalau ke Plaza GM Klang mengambil stok barangan parti harijadi memang selalunya tak akan menyinggah mana-mana kedai. Maklumlah, nanti makin susut pula duit dalam poket :P

Tapi hari Ahad yang lepas terpandangkan satu kedai menjual kertas dinding dan ada pula karpet lembut atas meja penjual. Saje Tanya-tanyakan harga dan saiz, rupa-rupanya murah juga sebab tak sampai RM100 dan saiz katil Queen. Apalagi, terus "angkat" satu. Sebenarnya dah lama cari untuk letak depan TV, tempat anak-anak bergolek santai. Hari ini terpandang pula iklan di facebook pasal karpet ni, memang ada ilmu "saka" betul penjual online ni. Bila kita selalu tulis je perkataan tu mesti iklan akan terpampang dalam facebook kita.

Rupa-rupanya karpet ni dipanggil TATAMI. Jenis lembut, melekat pada lantai dan mudah dibasuh dengan mesin basuh. Wah siap promosi baik punya cuma aku tak jual ya. Kalau uols nak beli pergi cari sendiri di Plaza GM Klang. Mungkin kalau ambil banyak dapat harga murah lagi.


Abaikan rumah bersepah. Sejak anak berderet ni memang takde istilah rumah kemas macam rumah contoh pemaju T___T"


Yang ni gambar dari iklan di facebook. Boleh like fanpage Homestuffbynadiayu Sama kan corak dengan karpet yang aku beli :)

Kat bawah ni semua gambar-gambar yang aku ambil dari iklan facebook dan fanpage pemaju rumah. Saje tepek kat sini untuk rujukan akan dating. Mana tahu nanti nak deko rumah macam ni. Aku ni tak suka deko sarat, sekarang kan trend Scandinavian (Ikea style) banyak kan?


Mula-mula nak corak karpet macam tu tapi dah habis stok lah pula. Takpe nanti kalau ada stok kita rembat satu lagi


Ruang terhad deko macam ni pun dah lawa kan?


Yang gambar ni rasanya bukan karpet tapi sejenis "rug". Kalau di Ikea ada banyak dan harga pun boleh tahan juga.

Oklah guys, tak boleh nak kongsi banyak-banyak gambar. Nanti ada masa aku kongsi gambar lain pula. Sekarang ni asal jumpa gambar lawa kat dalam facebook terus simpan dalam henset. Manalah tak penuh memori telefon tu!

Boleh ikuti aku di facebook : Zaila Mohamad atau Instagram @zailabinimdae ya. Hingga bertemu lagi. Bye!

Isnin, 8 Januari 2018

Deko Mudah Bersama Kertas Dinding Kaison

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak deko rumah. Sejak bersalinkan Arman mood mendeko memang ke laut. Tambahan sibuk menguruskan anak-anak membuatkan aku terlupa sekejap hobi lama ni. Tahun lepas, sambil-sambil sibuk menguruskan anak-anak dan bisnes (acah-acah bisnes je) sempatlah buat perubahan sikit pada ruang dalam rumah ni. Itupun memang deko versi budget. Sekarang ini kan ada banyak tempat yang jual kertas dinding yang murah-murah. Nak tapal pun senang aje sebab hanya perlu koyak dan tampal. Tak macam kertas dinding zaman dulu yang perlu tampal dengan gam. Tapi bagi aku, kertas dinding yang tampal pakai gam tu yang berkualiti sebab tebal dan ada corak 3D tapi atas pilihan masing-masinglah kan.

Macam aku ni hanya nak tampal bahagian tangga yang aku tutup dengan simen masa ubahsuai dapur dulu. Memang dah penuh dengan contengan anak-anak jadi terfikir nak tampal dengan kertas dinding dari Kaison sahaja. Kebetulan ada seorang kawan alam maya (member facebook) yang ada buat PS (Personal Shopper) barang-barang Kaison, jadi apalagi terus minta khidmat dia untuk belikan. Aku beli 3 gulung aje, harga 1 gulung RM19.90 tapi sebab guna khidmat PS kawan aku cas RM25 segulung. Oklah kan sebab aku pun tak daya nak pergi Kaison di Setia City Mall tu. Nak berjalan nak parking. Tak larat dah aku nak buat semua tu.

Bila dapat je terus pasang walaupun sebenarnya tak reti. Semangat yang mengatasi segalanya. Masa ni en suami takde, dia ke Miri kot (tak ingatlah) jadi konon-konon nak bagi kejutanlah kan.


Aku suka corak macam ni. Orang kata tema Morocco. Kalau tiles corak macam ni pun lawa. Sebenarnya deko macam ni sesuai letak kat dapur tapi biasalah aku, suka buat kelainan dan bila siap Nampak ok je (biasalah sendiri pasang sendiri puji). Maklumlah yang nak mengadap tengok setiap hari adalah diri sendiri kan :P


Yang ini pula ada lebihan tampal kat ruang mendobi. Lepas tu letak cabinet hitam untuk isikan barangan seperti sabun dan perkakas DIY en suami. Yang penting sabun Amway tu. Kat rumah ni memang guna sabun Amway sebab jimat dan bersih.


Sekali pandang macam lawa kan? Dua kali pandang macam serabut. Kah kah kah


Yang ni pula pandangan kertas dinding yang aku tampal kat tangga. Sikit je pun dan tak habis satu gulung. Waktu ni anak-anak bergotong-royong nak pasang rak buku Billy yang dibeli di Ikea. Nak tengok ke? Kenalah komen "Nak" ya :P


Dalam bilik tidur pun aku pasang juga tapi jenis bunga-bunga. Mula-mula tu beli sebab nak letak dalam bilik Husna tapi sebab sakit mata tengok bilik sendiri yang penuh dengan gambar hasil tangan anak, maka aku minta bantuan Haziq pasang. Kalau tengok dekat memang haru tapi peduli apa. Bukan nak buat "show room" pun kan?

Dalam bilik anak-anak lelaki pun aku ada beli kertas dinding bergambarkan Cars. Nanti aku kongsikan gambar. Kalau ada duit nak beli letak bilik anak dara pula. Pelan-pelan kayuh bak kata orang tua :)

Oklah ni nak promosikan beg bertali (material plastic) khas untuk majlis harijadi anak-anak uols. Ada banyak lagi pilihan. Boleh like fanpage BARANGAN PARTI HARIJADI di facebook atau Whats App 012-9706828 untuk sebarang pertanyaan.



Terima kasih kerana sudi membaca blog aku. Boleh follow Mekla di Instagram @zailabinimdae atau Facebook : Zaila Mohamad. Bye!

Jumaat, 5 Januari 2018

JJCM : Warung Imam Muda Jalan Kebun

Assalamualaikum,

Penatnya hari ini sampaikan nak update blog pun tak sempat. Penangan minggu pertama persekolahan. Syukur, anak-anak semakin dapat menyesuaikan diri dan seawal 7.10 pagi masing-masing sudah keluar ke sekolah dihantar oleh papa mereka.

Jom #throwback gambar sarapan hujung minggu yang lepas. Kebahagiaan seorang surirumah apabila sang suami bawa keluar makan di kedai. Walaupun sebenarnya boleh masak sendiri tapi sesekali kasi can lah makan masakan kedai juga. Setiap pagi selalunya selepas en suami balik dari surau, aku dan si dia akan keluar bersarapan di kedai makan berhampiran dengan rumah. Anak-anak? Selalunya mereka mahu sambung tidur je sebab nak qada tidur yang diambil waktu pergi solat subuh berjemaah di surau. Kalau hari cuti, selalunya selepas solat akan ada kuliah subuh sehingga pukul 7 pagi dan bila balik rumah tu masing-masing sibuk cari bantal aje. Kasi can mama dan papa keluar berdating sekejap. Kadang-kadang bawa Arman ataupun Aaliyah sekali.

Ahad lepas aku singgah makan di satu kedai yang agak terkenal di Jalan Kebun iaitu Warung Imam Muda. Kalau tak silap, pemilik ni pernah menyertai rancangan IM yang dianjurkan Astro dan sampai sekarang lekat nama tu. Lagipun memang pemilik seorang imam di surau pun. Elok sangatlah nama warung pun begitu. Setiap pagi memang penuh dengan penduduk tempatan bersarapan di sini. Kadang-kadang terserempak dengan Jemaah Surau Al Hijrah.

Aku suka juga bersarapan di sini memandangkan keadaan kedai yang bersih dan menu tak banyak sangat jadi dating hanya untuk makan dan siap makan terus balik. Selalunya waktu pagi menu yang ditawarkan adalah nasi lemak, lempeng bersama sambal ikan bilis, bubur nasi, mee jawa, soto dan teh pudina. Kalau tengahari pula femes menu kambing bakar dan ayam penyet atau lele penyet. Setakat ini aku masih belum berpeluang keluar makan tengahari di sini lagi. Insya Allah kalau ada rezeki nanti boleh cuba makan tengahari di sini.


Nasi lemak ayam berempah menjadi pilihan Mekla :) Mak buyong kena makan nasi agar tidak menjadi naga


Maafkan gambar yang bergegar tu. Yang penting keadaan warung adalah bersih dan diiringi alunan nasyid (maklumlah warung pak imam kan)


Senarai menu yang ada. Tak banyak tapi semua boleh dimakan :P Harga juga berpatutan dengan nahagian yang dihidang.


En suami pilih mee jawa. Walaupun kami bukan orang jawa tapi boleh je telan mee jawa :P

Selepas sarapan, selalunya kami berdua akan ke Segi Fresh berdekatan dengan rumah untuk "intai" ikan segar. Aku suka beli ikan di sini berbanding di Econsave berhampiran rumah. Selalunya paling menawan adalah kepala ikan. Dah banyak kepala ikan merah kami rembat di sini. Siap bekukan dan bawa balik pada mak aku di kampong lagi. Ha ha ha


Ada banyak pilihan ikan dan kalau pergi waktu yang tepat dapatlah beli ikan yang segar.


Sanggup tunggu pekerja keluarkan kepala ikan merah tu. Kadang-kadang kepala ikan tenggiri pun ada


Selain itu sayuran kampong juga menawan hati aku. Tapi tak beli semua sebab tahu aku spesis malas masak dan anak-anak bukan makan pun. Selalunya aku beli pegaga untuk rutin jus hijau kami. Nanti aku kongsikan jus-jus yang kami buat dan minum. Stok epal hijau di sini pun sedap juga berbanding epal hijau Econsave. Ha ha ha Sampai rasa semua pun dah hafal tau


Tembikai pun boleh tahan murah juga tapi haritu dekat Econsave lagi murah. Ini semua bekalan selama seminggu. Banyak beli buah dan sayuran hijau untuk buat jus sahaja. Kalau masak tu macam jarang sangat sebab anak-anak tak suka makan sayur. Hu hu hu Alternatif terbaik adalah dengan membuat jus untuk mereka. Ada jus oren, lobak merah, epal hijau dan untuk aku dan suami tambahan peria, pegaga dan seleri atau nenas. Sedap tau.

Oklah hingga jumpa lagi. Bye!

Khamis, 4 Januari 2018

Tips Pantas Menyediakan Bekal Sekolah Anak

Assalamualaikum,

Sudah memasuki hari ketiga persekolahan 2018. Setakat ini Alhamdulillah anak-anak sudah mula menyesuaikan diri di sekolah masing-masing. Azam tahun baru seorang ibu mestilah mahu sediakan bekal untuk anak-anak kan? Setakat ini memang mereka sentiasa bawa cuma hari pertama dan kedua mood aku macam ke laut dalam lagi. Lagipun macam tak sempat sebab seawal 7 pagi anak-anak sudah perlu keluar ke sekolah. Jadi aku lontarkan pertanyaan di facebook mengenai SOP ibu-ibu yang sentiasa membekalkan bekal buat anak-anak. Terima kasih atas segala jawapan. Dulu, ingatkan bila bekerja pejabat je kena ikut SOP (Standard Operating Procedure) tapi rupa-rupanya duduk rumah pun kena sebab bila ada SOP ni sangat-sangat memudahkan segala urusan kita.

Jadi aku kongsikan di sini SOP ibu-ibu hebat yang telah menjawab pertanyaan aku semalam. Semoga kita semua dapat manfaat dan dapat menyediakan bekal anak-anak sepanjang tahun persekolahan 2018 ini.

1) Bangun awal. Iya ini rahsia mudahkan kerja. Ada ibu bangun pagi seawal 4.30 pagi lagi. Ada juga yang bermula 5.30 pagi tapi jangan lebih dari pukul 6.30 pagi kerana nanti akan kalut malut pula. Kunci untuk bangun awal adalah dengan tidur awal :) Ada ibu yang kongsikan untuk bagi ceria waktu pagi di dapur tu pasanglah TV atau radio kuat-kuat. Aku rasa berguna juga sebab aku ni jenis penakut, kalau pasang alunan Al Quran aci tak? :P

2) Rancang menu setiap malam. Ada ibu hebat siap rancang selama sebulan. Atas pilihan masing-masing. Kalau nak rancang selama sebulan tu pastikan diri berdisiplin untuk ikut semua menu yang dirancang. Bahan-bahan basah seeloknya disiapkan pada waktu malam lagi supaya esok pagi hanya goreng atau sediakan sahaja. Kalau mahu buat sandwich pastikan segala timun, tomato sudah siap dihiris nipis dan disimpan dalam peti. Kalau mahu bekalkan nasi, pastikan nasi sudah dimasak pada waktu malam.

3) Sediakan tempat untuk penyediaan bekal. Macam dapur aku ni agak sempit (tapi syukurlah ada juga dapur kan?) jadi memang kena sediakan tempat untuk meletakkan bekal-bekal anak di meja makan di ruang makan. Pastikan meja dibersihkan pada waktu malamnya dan bekas bekal yang bersih sudah diletakkan siap-siap di situ. Botol-botol air anak-anak dibasuh dan diisikan dengan air siap-siap. Esok hanya capai sahaja bawa masuk beg. Selain itu sinki juga perlu kosong sebab nanti kaan memudahkan kita untuk buat kerja. Kalau sinki penuh dengan periuk belanga yang kotor, alahai nak basuh yang tu aje sudah makan masa tau.

4) Guna semua gadget dapur yang membantu. Bagi aku memang berbaloi untuk miliki gadget hebat seperti Pressure Cooker, Breadmaker, Air Fryer kerana disamping melajukan proses menyediakan makanan, anak-anak juga boleh membantu kita melakukan sendiri bekal mereka seperti menggoreng nugget di dalam air fryer atau membakar pizza di dalam oven. Jadi, jangan lokek untuk berbelanja untuk gadget di dapur.

5) Setelah semua perancangan, pasti akan ada hari dimana ibu terbangun lewat atau tidak sihat. Jadi kena ada bekalan makanan kecemasan seperti roti dalam peket, bbiskut yang telah siap peket dan air kotak saiz kecil. Ibu juga manusia biasa di mana ada hari-hari mereka akan kecundang juga. Waktu ini bekalan makanan kering atau sejuk beku boleh menyelamatkan keadaan kan?

Diharap segala perkongsian aku ada manfaatnya. Zaman sekarang kalau boleh berjimat kita sediakan sendiri aje bekal anak-anak. Tak kisahlah makanan itu segera atau tak, yang penting kita sediakan penuh kasih sayang dan sudah tentu kebersihan juga terjamin. Ibu-ibu muda yang budget hot sediakan Bento penuh dengan hiasan pun jangan dok kecam ibu-ibu lama yang sediakan bekal anak-anak megi goreng atau makanan segera. Setiap ibu pasti tahu akan selera anak-anak. Kalau buat hiasan lawa-lawa tapi anak-anak tak makan pun membazir juga.

Macam anak-anak Mekla memang jenis tak nak makan sayur. Kalau letak dalam makanan pun memang akan dibuangnya jadi selalunya aku akan tidak letak sayuran melainkan bekal en suami kenalah letak timun atau salad. Kalau nak kisar sayuran kemudian bubuh dalam nasi atau mee tu memang tak lah sebab tak rajin mana tapi kat rumah ni memang amalkan minum jus epal hijau setiap malam. Kalau Haziq tu dia rajin buatkan jus epal dan oren untuk diri sendiri dan adik-adik. Kalau aku pula jus ubi bit, pegaga, epal hijau dan nenas (kadang-kadang aje). Memang sedap betul untuk diminum dan badan pun terasa ringan bila esoknya membuang dengan jayanya :)

Panjang pula aku membebel ya. Sebenarnya semua atas pilihan ibu-ibu. Kalau tak mampu nak sediakan bekal setiap hari, memadai bagi 3 hari dalam seminggu. Lama-lama nanti akan biasa. SOP di atas kalau teruskan memang memudahkan kerja kita di dapur. Yang penting semangat perlu ada dan ditambah dengan perancangan yang jelas, insya Allah semua sempat. Macam hari ni anak-anak bawa bekal  nasi dengan fillet ikan celup tepung dan kuah masam manis. Malam tadi memang aku siap potong isi ikan dan letak dalam bancuhan telur. Pagi ni hanya goreng sahaja. Nasi dimasak malam tadi lagi. Bancuhan cokodok pisang juga siap bancuh malam tadi dan pagi ni hanya goreng sahaja :) Tapi masih gagal untuk ambil gambar sebab dah kalut nak suruh anak-anak ke sekolah :P

Kita ulangtayang gambar lama ajelah


Megi goreng dengan telur mata. Menu ni selalunya dapat permintaan tinggi dari kawan-kawan Husna, maklumlah megi kan. Tapi aku guna megi kering jenama CINTAN dan goreng macam nak goreng mee tu


Roti sosej paling senang nak buat. Rebus dulu sosej (atau grill sekejap atas kuali Tefal) dan letak dalam roti serta letak sos tomato dan mayonis. Laku keras juga ni ;)

Oklah hingga berjumpa kembali. Jangan lupa terus ikuti blog aku atau add sahaja aku di facebook (Zaila Mohamad) atau Instagram (@zailabinimdae) untuk ikuti update terkini mengenai kehidupan aku seorang ibu kepada 6 orang anak (insya Allah bakal 7 awal Februari nanti).

Rabu, 3 Januari 2018

Promosi Noxxa Pressure Cooker Januari 2018

Assalamualaikum,

Sudah masuk hari kedua persekolahan. Alhamdulillah hari ni Ashraf pun sudah nampak dapat menyesuaikan diri dengan rutin hari sekolah. Malam tadi semua tidur awal gara-gara kepenatan. Aku pun boleh tahan juga penat menjadi supir, dari bermula pukul 12 ambil Azzam terus ambil Ashraf lepas tu berkejar balik rumah untuk tukar baju sekolah agama. Pukul 2.15 petang keluar hantar Ashraf ke sekolah agama pula. Kemudian balik rumah kejap, dalam pukul 4 petang keluar pos barang dan terus ambil Haziq, Husna dan terus ke sekolah Ashraf ambil Ashraf dari sekolah agama. Sampai rumah pukul 6 petang rasa nak melepek kepenatan. Tapi syukurlah, semalam dah jumpa van sekolah untuk Ashraf jadi esok bermulalah sesi ke sekolah agama dengan menaiki van sekolah. Moga dipermudahkan segala urusan kami nanti.

Hari ni pun takde sangat drama. Bekal yang Ashraf bawa ke sekolah pun dia dah pandai bawa ke kantin dan makan di situ cuma duit belanja aje yang tak pandai nak belanja lagi. Takpe, nanti pandailah tu. Silap-silap duit belanja RM2 pun tak cukup nak guna :P

Syukur juga walaupun semalam seharian sibuk menguruskan anak tapi tempahan melalui bisnes online di blog masih ada. Walaupun tak banyak tapi bolehlah kan buat belanja beli barang keperluan diri. Semalam ada kawan aku yang beli #noxxapressurecooker dengan aku. Maklumlah bulan ini ada promosi dapat percuma "speedy chopper" yang ala-ala Tipperw @re tu. Promosi bermula 15hb Januari ni jadi kena cepat-cepat standby duit untuk "berebut" Ha ha ha

 Alhamdulillah masih ada rezeki untuk menjual Noxxa Pressure Cooker ni. Walaupun ramai yang suka bandingkan dengan jenama lain tapi sudah semestinya setiap produk mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Bagi aku, memang puashati ada gadget ni sebab membantu memudahkan kerja memasak di dapur. Kalau berminat untuk mendapatkannya, boleh lelaju Whats App aku di 012-970 6828 ya :)


Gambar semalam di hadapan sekolah agama Ashraf ada taman permainan. Sukalah budak-budak ni sebab dapat bermain. Memang jakunlah sikit, balik rumah semua kepenatan dan tidur awal. Bagus juga rutin bermain waktu petang untuk anak-anak ni kan?


Simpan sini gambar Ashraf pada hari pertama persekolahannya di sekolah agama. Al kisahnya, mula-mula aku mohon sekolah kebangsaan lain tapi dapatnya lain. Maklumlah aku ni terlepas pandang pendaftaran anak. Sampaikan nak daftar masuk ke sekolah Haziq dan Husna pun dah tak boleh. Itulah padan muka, selalu sangat layan perasaan malas sehingga satu hari "terpukul" apabila mengenangkan nasib anak-anak yang terpaksa bersekolah jauh dari rumah.

Tapi bila difikir balik, syukur juga sebab sekolah kebangsaan sekarang sesi pagi dan hanya 10 minit dari rumah (kalau waktu pagi tu dalah dalam 20 minit) dan sekolah agama pun tak jauh. Jadi, tak payah nak merungut ke apa, semuanya Allah dah tentukan. Kita aje yang kena sentiasa berfikiran positif dan terima segala ujian dengan berlapang dada. Semalam urusan di sekolah agama pun mudah sahaja cuma aku terlupa untuk belikan dia songkok. Hari ini Ashraf mengadu ada kawan ejek dia sebab tak pakai songkok. Alahai anak, nasib baik ada songkok lama Haziq jadi aku bagi dia pakai dulu songkok Haziq tu. Petang tadi pun aku hanya berhenti kereta tepi jalan sahaja dan dia berjalan sendiri ke sekolah agama. Jiwa mak-mak ni memang sedih bila tengok muka moyok tapi kena kuatkan hati. Masa aku sekolah dulu, mak aku tak tunggu pun di sekolah, usahkan tunggu hantar ke sekoah pun tak T____T"

Tapi biasalah kan, benda beginilah yang membuatkan diri kita menjadi seorang yang kuat semangat, boleh berdikari dan mudah sesuaikan diri dengan keadaan baru. Bukan tak sayang anak pun :P

Oklah, panjang pula aku membebel. Insya Allah sekarang memang ada waktu lapang pada belah pagi jadi bolehlah update blog. Mahu simpan segala kenangan membesarkan anak-anak. Bukan mudah tau nak besarkan mereka apatah lagi dengan setiap anak pelbagai perangai dan karenah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita dan jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Aamin.

Bye!



Selasa, 2 Januari 2018

Hari Pertama Persekolahan 2018

Assalamualaikum,

Hari ni 2hb Januari 2018 (Selasa) merupakan hari pertama anak-anak ke sekolah. Memang sebagai ibu, tak dinafikanlah cuak juga sebab tahun ini 4 dari 6 orang anak aku akan ke sekolah. Dua di sekolah sama, Ashraf pula darjah satu di sekolah berlainan dan Azzam pula masuk tadika. Sudahlah cuti sekolah semua jenis tidur lambat. Makanya malam tadi masuk je pukul 10 malam memang sudah hambat anak-anak masuk tidur. Nak bagi mereka tidur awal, memang tutup lampu dan hanya buka lampu tidur sahaja. Pastu adik-adik kecil dah tak boleh nak masuk bilik abang-abang. Semua kena paksa tidur termasuk mama papa pun seawall 10.30 dah ketiduran.

Pagi bangun solat subuh lepas tu dah tak boleh tidur lagi. Takde dah masa kecemasan, anak-anak sudah pandai uruskan baju sekolah sendiri dan seawall pukul 7.15 pagi tadi dah keluar rumah. Aku sempat goring nugget dan buat burger sahaja untuk bekal anak-anak. Insya Allah esok kita cuba buat nasi pula. Sebolehnya nak bekalkan mereka dengan makanan dari rumah. Tambah-tambah Ashraf tu, masuk darjah 1 mesti kekok nak beli makan kat kantin.

Lupa pula nak tangkap gambar anak-anak sebelum pergi sekolah. Maklumlah kelam kabut juga. Dalam ramai-ramai, Azzam paling teruja nak ke sekolah sebab dia dari tahun lepas lagi nak pergi sekolah. Alhamdulillah tahun ni merasa lah dia ke tadika. Tadi pun, aku hanya hantar depan pintu aje, malas nak teman-teman sebab nanti takut dia menangis. Balik rumah terus masak nasi dan layan facebook jap :P


Gambar masa hari pertama ke sekolah (orientasi) pada Sabtu yang lepas


Nampak gaya macam Ashraf dah boleh sesuaikan diri di sekolah baru. Walaupun Nampak macam takut-takut tapi takdelah sampai melalak tak nak pergi sekolah. Harapan aku moga anak-anak aku sentiasa bersemangat untuk ke sekolah. Moga Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.


Sarapan pagi ni adalah nasi goreng tabor ikan bilis goreng garing. Nyam nyam nyam

Mak buyong kena makan nasi untuk bekalkan tenaga. Selepas ini sesi merempit menjadi supir pula. Ingat nak cari van sekolah aje memandangkan aku nanti akan berpantang, jadi baik latih mereka naik van sekolah dulu. Bila mama dah betul-betul sihat baru boleh jadi supir balik.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami. Oklah, hari ini nak pos barang. Sambil-sambil jaga anak, kena cari juga pendapatan tambahan. Maklumlah napsu setinggi bukit. kihkih

Bulan ini ada promosi Noxxa Pressure Cooker dan pendaftaran kelas asas blog & penulisan secara online masih terbuka. Jangan malu uols untuk timba ilmu bagaimana mahu menjual tanpa perlu memaksa orang untuk membeli. Whats App 012-970 6828 untuk pendaftaran ya.

Bye!

Sabtu, 30 Disember 2017

Sesi Persekolahan 2018

Assalamualaikum,

Sekejap je sudah nak masuk ke tahun 2018 kan? Cuti sekolah kali ini aku agak pancit sedikit memandangkan en suami sibuk dengan kerja dan segala urusan anak-anak aku seorang yang kena aturkan. Boleh bayangkan tak aku bertukar jadi ghimau, naga malah hantu setiap hari. Ha ha ha Nasiblah jadi seorang mak anak ramai. Sudahlah ada 6 orang untuk dijaga, hak dalam perut pun boleh tahan aktifnya juga.

Minggu pertama cuti sekolah memang banyak rehat kecuali Haziq & Husna yang kami hantar ke kem solat di sekolah mereka. Selepas kem, maka huru-hara lah kehidupan Mekla T___T"
Tapi hidup mesti diteruskan, rutin harian aku adalah memasak, memasak, memasak dan mengamuk. Eh! Sesekali keluar bawa anak-anak ke pasaraya dan Plaza GM Klang untuk mengambil stok. Itu ajelah, kalau nak pergi jauh-jauh memang tak daya lah nak melayan karenah mereka semua.


Gambar kejadian ni waktu aku bawa anak-anak ke Aeon Big. Masa ni beli barang baby sikit-sikit. Boleh tahan juga ya harga barang baby sekarang ni. Beli mana yang wajib ada je dulu. Sesambil tu, terbeli juga DIY rak baju dan buku untuk diletakkan di bilik Husna. Maklumlah bilik dia macam kusam je, jadi saje beli barang sket untuk kasi lebih ceria. Nak bagi semangat untuk anak dara supaya nanti akan tidur dalam bilik dia sendiri tahun depan. Sekarang ni Husna tidur dalam bilik anak-anak laki atas alas an bilik ni takde penghawa dingin. Alahai anak, macam-macam kan alasan?


Rak baju 2 lapis tu aku beli pada harga RM37.50 sahaja. Rak buku pula RM19.90. Semua ni Haziq yang pasang sendiri. Lega bila dah ada sorang lagi tukang DIY kat dalam rumah ni. En suami memang sibuk dengan urusan kerja, hari-hari balik lambat dan kalau nak tunggu dia pasang, alamatnya mereput dululah rak kayu tu. Ha ha ha


Seronok juga bila shopping barang-barang baby ni. Boleh pilih ikut suka aje tapi sudah tentulah tak boleh lebih dari budget.


Gambar ini pula bila pergi setelkan bayaran buku sekolah Haziq dan Husna, belikan baju sekolah. Ya Allah terasa lajunya duit mengalir bak air sungai deras sewaktu banjir. Ha ha ha Tapi demi anak-anak, pejamkan mata aje. Syukur pada rezeki Allah bagi buat mereka, kami ni hanya menumpang aje.


Semalam siapkan senarai yuran dan komitmen bulanan untuk semua anak-anak. Maklumlah anak ramai ni kadang-kadang terlepas pandang pasal yuran. Haritu insuran Aaliyah sampai tak bayar 2 bulan sebab dok terlebih bayar kat Arman Hakeem. Memang haru-birulah kan? Harapan aku, kalau buat macam ni moga lebih tersusun dan senang nak lekat segala nota atau memo pasal anak-anak.

 
Gambar kejadian pagi tadi, pergi beli buku sekolah Ashraf di koperasi sekolah. Ikutkan, Ashraf merupakan anak pertama yang masuk ke sekolah kebangsaan, memang banyak yang aku tak tahu. Nasib baik hari ni tergerak hati mahu pergi selesaikan bayaran buku, baru tahu kena beli tali leher dan baju sukan kat koperasi sekolah. Petang ini juga aku selesaikan pendaftaran sekolah agama Ashraf. Memang lari dari perancangan asal sebabnya aku minta sekolah lain tapi dapatnya sekolah lain. Jadi, terpaksalah cari sekolah agama belah petang sebab sekolah kebangsaan belah pagi. Ada hikmahnya juga sebab dua-dua sekolah ni takdelah jauh dari rumah cuma tak tahulah macamana tahun depan nak hadapi proses mengambil dan menghantar Ashraf ke sekolah. Yang sekarang pun rasa macam nak tercabut nyawa dah. Hu hu hu
 
Tahun 2018 4 orang anak aku akan bersekolah, Haziq pula nak UPSR, Husna dah masuk darjah 4, Ashraf darjah 1 dan Azzam pula masuk tadika. Bertabahlah kami laki bini nak hadapi kehidupan tahun depan. Dengan adik baby no 7 lagi. Allahu, tak tahu nak cakap apa cumanya perlu banyak berdoa jelah, moga Allah mudahkan segala urusan kami. Sejujurnya memang takut tapi terpaksa kuatkan semangat demi anak-anak. Moga Allah murahkan lagi rezeki kami laki bini dalam membesarkan mereka.
 
 
Semalam ternampak gambar ni Husna tempek di peti ais. Aku tempek dalam blog sebagai kenangan. Nak tergelak pun ada bila tengok gambar lukisan Husna ni, imaginasi seorang anak. Paling tak tahan bila puji mama terbaik di dunia dan gambar kurus aje, suka mama tengok tau walaupun hakikat mama di luar adalah 3 kali ganda membesar atau melebar :P
 
Semoga keluarga kami terus bahagia di bawah rahmat Allah selalu. Tahun 2018 ni terlalu banyak azam yang aku tulis tapi tak tahulah mana satu yang akan tercapai. Biasalah, awal tahun semangatnya lebih sket, cuba masuk pertengahan, mulalah merudum ke bawah. Ha ha ha
 
Oklah, hingga berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca coretan aku. Pada yang tertanya-Tanya adakah aku masih mengajar kelas asas blog? Jawapannya tahun 2018 semoga lebih ramai surirumah yang boleh menjana duit hasil dari berniaga online melalui blog. Aamin. Buat suri bekerja juga, moga impian kalian untuk bersara awal akan termakbul. Semoga anak-anak kita mendapat sentuhan ibu mereka. Insya Allah.
 
Bye!
 

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^