Ok, Zaila salute pada ibu-ibu mengandung yang masih boleh solat seperti biasa (dalam keadaan berdiri) kerana Zaila sendiri pun sekarang ini selalu mengerjakan solat di dalam keadaan duduk dek kerana tak larat nak bangun selepas sujud. Kalau dulu stamina masih kuat lagi tapi sekarang ni *uhuk, uhuk* dah makin tua agaknya;( Di tambah pula sejak sakit beberapa minggu yang lepas membuatkan Zaila lebih selesa solat duduk.
Ada orang yang tak biasa melakukan solat secara duduk & risau kalau-kalau ibadah yang mereka lakukan tidak betul / tidak diterima ALLAH. Buat ibu-ibu mengandung, janganlah risau..kerana Islam tidak pernah mengajar kita untuk bersusah-susah (menyakitkan diri) dalam beribadah so ada kelonggaran buat orang-orang yang tertentu dalam melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solah yang kita tahu adalah TIANG agama. Ibarat sebuah rumah, kalau tidak ada TIANG, maka akan robohlah ia..Jadi walau macamana keadaan kita, walau betapa susahnya keadaan kita, jangan lupa untuk mendirikan solat ya!!
Zaila pernah terbaca di dalam majalah Pa & Ma (tapi lupa edisi keluaran bila tapi rasanya yang dah lama, masa tu tengah tunggu turn nak jumpa Dr. Siti) yang menceritakan tentang artikel solat duduk bagi ibu mengandung. Seawal usia kandungan 7 bulan pon kita dah boleh mengerjakan solat secara duduk (bergantung kepada keadaan ibu mengandung) kerana keadaan fizikal diri kita seperti kaki yang sembab (susah untuk duduk antara 2 sujud / tahiyat), pening & tak boleh berdiri lama, keadaan perut yang membesar membuatkan kita susah untuk bangun & duduk & macam-macam lagi so dengan sebab itulah kita diberikan kelonggaran dalam mengerjakan ibadah solat so buat ibu-ibu mengandung di luar sana, jangan ragu-ragu untuk solat dalam keadaan duduk;)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka beruntunglah & berjayalah ia, dan jika sembahnyangnya tidak diterima maka kecewa & rugilah ia. sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : "Periksalah, adakah hamba-KU itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardhunya??" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain". (Riwayat at-Tarmizi) sumber dari sini
So, sama-samalah kita menjaga solat kita;)
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Rabu, 23 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
12 ulasan:
Huuu..sy antara yg gigih solat berdiri nih sbb tk pernah wat solat duduk kan..ntah..tk terpikir nk belajar cara solat duduk sbb mcm tk yakin..now, mmg mengah sketlah bab nk bangun dari sujud tuh sbb perut berat kan..thanx Zaila post psl nih..boleh dipraktikkan time kat wad nanti..sementara lom bersalin, leh solat duduk atas katil jek kan..=)
tak pe yg penting solat
Lily, yang penting kita kena yakin..jangan ada perasaan was2 yang ibadah kita xakan diterima Allah sebab hanya Allah yang tahu sejauh mana keikhlasan kita dlm beribadah..pasni google cara solat duduk & boleh praktikkan di rumah / mana2;)
Tihara, betul tu..yg penting kita ikhlas & xrasa solat ni membebankan kita
paham cam ne rs bila dah dekat2 nk due..tak larat sgt nk bgn duduk.
jue pun dah mula solat duduk.. tapi duk atas kusi.. kalo duduk dalam gambar tue, kaki jue sakit.. xleh duk macam tue.. maybe badan berat sgt kot.. hehehe.. skang solat duduk atas kusi....
walau dlm keadaan apa sekalipun, solat wajib dilaksanakan...
i nak bangun still ok walaupun goyang, cuma kadang2 kaki cramp, yg tak tahan nak rukuk, sujud.. sangkut kat perut, sakit! so, mmg duduk the best alternative. Insyaallah, Allah tahu apa kita buat! :)
ps- good article!
i nak bangun still ok walaupun goyang, cuma kadang2 kaki cramp, yg tak tahan nak rukuk, sujud.. sangkut kat perut, sakit! so, mmg duduk the best alternative. Insyaallah, Allah tahu apa kita buat! :)
ps- good article!
Joy, itulah..kalo kat opis ni asyik suruh mengarah orang je keje Zaila pasal tak larat nak bangun duduk..hahahaha
Jue, a'a..zaila pon dah start rasa xselesa kalo duduk antara 2 sujud tu (pasal isi banyak kot)
Azmiezas, a'a..harap2 kita menjadi seorang muslimah yg sejati;)
Lina, thanks!!
zaila
yea islam itu sgt mudah.ALLAH dh bg rukhsah utk solat bg yg x berupaya,sakit ..maka gunakan rukhsah yg ALLAH beri dgn sebaiknya..yg ptg kena godek & praktikkan shj..i/allah
Lynn, inshaa allaaahh *nyanyi ikut rentak Maher Zain*
Salam . Sy masih was2 . Ada yg berkata solat duduk mmg boleh tp masa takbiratulihram kene berdiri .klu tidak solat x sah. Jadi disitu saya dah keliru . Mase bila utk duduk . Da bagaimana utk rakaat seterusnya .
Catat Ulasan