Assalamualaikum semua..
Hehehe..Jangan bosan untuk baca bebelan mak buyong sorang ni..ALah siri akhir sudah memadangkan hari Rabu ni dah kena "menyerah diri" pada SALAM (kan ada Zaila letakkan gambar hospital SALAM hari rabu lepas)..Yap, setelah dinasihatkan oleh Gynae (Dr Siti Mariam), genap 37 minggu ni baby sudah boleh melihat mama & papa, abang Amirul Haziq, kakak Nur Ameera Husna & dunia yang cantik ni;) Walaupun mama tahu, kalau diberikan pilihan, baby masih mahu duduk diam-diam di dalam rahim mama kan?? Tapi tak bolehlah macam tu anakku, walaumacamana sekalipun, baby kena keluar juga bagi menunaikan tanggungjawab baby sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini..Mama doakan semoga baby akan menjadi seorang anak yang soleh nanti..insya ALLAH..
Kenapa baby kena keluar lebih awal dari EDD (04/04/2011)?? Setelah hampir setiap minggu mama berjumpa dengan Dr. Siti, nampak gayanya baby ni agak nakal *bak kata Dr. Siti* kerana tidak mahu naikkan berat badan baby. Asyik berat badan mama aje yang naik, tak acilah kan;D
Kebetulan pula paras air ketuban mama asyik berkurangan..Mama pun tak tahulah kenapa kerana memang mama dah minum banyak air sampai tak larat nak ulang alik ke toilet buang air kecil sudah..Tapi still paras air ketuban mama berkurangan;( Terlalu banyak cabaran mengandung kali ni so mama pasrah & tawakal aje kerana Dr. Siti tahu apa yang terbaik buat mama & baby kan..Dalam pada berdebar-debar untuk menunggu 16hb, pada masa yang sama mama tak sabar juga untuk berjumpa dengan baby;) Moga selamatlah semuanya!!
Zaila masih belum cari lagi nama untuk sikecil kali ni. Ada apa-apa cadangan tak?? Insya ALLAH kali ni kami akan menerima seorang lagi putera buat teman abang Amirul Haziq. Kalau boleh haruslah bermula dengan huruf 'H' tapi masih tercari-cari lagi. Zaila berkenan dengan nama Uzair tapi Mokra (adik ipar) pula cakap yang nanti susah nak sebut. Dia berkenan dengan nama Hafiy tapi Zaila pula baru ingat yang nama anak kawan Zaila pun ada yang bernama Hafiy so confirmlah tak nak kan..Nanti dikatakan meniru pula;D Herm, apa-apa pun..dalam masa seminggu selepas kelahiran dah kena namakan dah baby ni so Insya ALLAH, mama & papa akan carikan nama yang terbaik & membawa makna yang baik-baik buat baby nanti..Insya ALLAH
Buat masa sekarang ni, Zaila sedang berhat-rehat di rumah *syok pasal Dr. Siti berikan mc selama 9 hari sebelum kelahiran* supaya mama boleh duduk rumah rehat-rehat besarkan baby (bukan besarkan diri ya) tapi kalau sudah namanya duduk rumah, mana bisa Zaila berehat..Kejap-kejap nak basuh pinggan, basuh kain baju, tukar cadar, sapu lantai, masak & nasib baiklah anak-anak en suami berkeras juga nak hantar ke nursery supaya Zaila boleh berehat puas-puas kat rumah. Tapi tulah, kadang-kadang bosan juga bila anak-anak tiada di sisi, rindu akan karenah mereka tapi bila dah ada depan mata..Ya ampuuuun, tak koser nak melayan pula;D Kejap-kejap pitching suara akan naik, kejap-kejap naik..belum campur tekanan darah & denyutan jantung..huhuhuhu..horror je bila membayangkan berpantang bersama-sama dengan mereka semua nanti. Naseb baiklah en suami yang keras hati suruh anak-anak ke nursery juga walaupun sekarang ni cuti sekolah. Ada hikmahnya kan?? Alhamdulillah..
Dek kerana duduk di rumah saje melayan internet; blog, facebook, Twitter, bla, bla, bla..maka limit penggunaan data Berokbeng Meksis Zaila pun dah sampai limit pun, selalunya sempatlah juga sampai hujung bulan tapi kali ni everytime nak connect tu sibuklah hantar msg suh tambah data..Tak koser mak, biarlah lembab macam siput babi pun mak tak kesah dah sebab lepas si kecil ni keluar, confirmlah mak tak ada masa nak bersosial-mocial lagi. Kang ada juga yang jadik mak zombie yang tak cukup tidur nanti;D So lepas ni tak boleh dah nak baca blog-blog kawan-kawan lagi, nak tinggalkan komen ke apa, nak update status ke apa..Harap kawan-kawan fahamlah ya;D
Apa lagi nak dibebelkan ya?? Herm, get serious sket bila bercerita tentang kejadian tsunami yang melanda Jepun Jumaat lepas. Subhanallah!! itu sahaja yang terucap tatkala Zaila lihat footage yang disiarkan di internet. Toksahlah tengok TV1, TV2 or mana channel TV kat Malaysia ni. Diorang letak sikit-sikit je, tak sempat nak insaf pun *ayat kurang ajar* tapi kalau ada Astro tu channel503 (CCTV) pun dah banyak dok ulang tayang semua footage / rakaman yang sempat diambil semasa kejadian tersebut. Sekali lagi, subhanallah..Maha kuasa ALLAH!! membuatkan Zaila terfikir betapa besarnya kuasa ALLAH. itu baru sedikit tu, bayangkan pada hari kiamat nanti macamana?? *tak tergambar kan* Marilah kita berdoa semoga rakyat Malaysia & umat Islam yang berada di Jepun atau mana-mana pelusuk dunia pun akan sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH selalu hendaknya..Amin..
Well, di sebalik kesedihan & trauma yang melanda rakyat Jepun, ada juga berita gembira yang ingin Zaila kongsi bersama iaitu kelahiran anak buah terbaru di dalam famili besar en suami. Kiranya ini adalah cucu ke 29 MIL. Tahniah buat Kak Yah kerana telah selamat melahirkan baby boy seberat 3.25kg melalui emergency c-sect pada hari Khamis (10/03/2011) yang lepas. Tahniah juga buat teman blogger Zaila merangkap jiran setaman Zaila iaitu Azlina yang juga telah selamat melahirkan seorang baby gurl yang tersangat-sangatlah chumelnya pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan;) Isteri kepada teman sekerja Zaila juga telah selamat melahirkan seorang baby boy juga tengahari Jumaat hari yang sama. Alhamdulillah, semuanya selamat..*tak sabar nak tunggu turn sendiri pula*
Oklah, makin lama makin banyak pula bebelan mak buyong ni kan..Entah siapalah yang sudi nak membacanya;D
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
7 ulasan:
mama zaila, jangan runsing2 yer.. insyaAllah kedua2nya selamat dan sihat nanti. selamat membesarkan baby dlm peyot itu hihi.. take care!
mesti dah x sabar nk tgk baby baru...best tu dapat mc 9 hari..rehat secukupnya ;)
Insya-Allah, saya doakan zaila n baby selamat iye..
saya pn harap bila lah dapat menempuh saat2 bergelar ibu..doakan saya pulak iye :)
zaila,semoga mudah2 melahirkan lah yer..nanti dah keluar, jgn lupa royak yer :)
semoga proses kelahiran dipermudahkn ye zaila..tp seriusly, bile dh tau tarikh serah diri nih mmg semacam rase debarnya..sy siap tkleh tido mlm sebelum tarikh induce aritu..last2 dtg lewat ms daftar tu gara2 terbgn lambt nye psl..dr siap dh tunggu2 mane patient tk smpai2 lg..=p
tetibe mak debar nokss... heheh..mcm mak plak yg nak beranak.. zaila, tk greatest care ok.. jgn buat keje berat2...nanti kalau dah deliver, do tweet me:)))
tk sabar plak nk tunggu baby ni lahir ;-)
apa apa pun semoga semuanya selamat
Catat Ulasan