Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 15 April 2011

Anak-anakku

Hi semua!! Sejak seminggu menjadi baby sitter tak rela kepada anak-anak ni, baru Zaila tahu yang rupa-rupanya macam-macam karenah & perangai yang mereka buat. Maklumlah selama ini most of the time they spent dekat nursery & bila kami ambil diorang pun dah lewat petang so jarang sangat untuk melihat karenah mereka tu. Selalunya kami hanya bertanya tentang keadaan mereka di sekolah sahaja, kalau Haziq tu sudah pasti akan bercerita tentang kegiatannya di Genius Aulad & Ameera pula hanya tahu cakap makan apa di nursery sahaja;D



Bila dah duduk kat rumah bersama mereka ni, baru tahu yang rupa-rupanya mereka ni suka sangat meniru aksi kami laki bini ni..boleh dikatakan celik je biji mata mesti main "papa & mama". Of courselah Haziq akan jadi "papa" & Ameera ni akan jadi "mama". Macam-macamlah yang diorang main, kadang-kadang sampai confuse Haziq ni panggil mama untuk Ameera ke untuk the real mama. Hehehehe..Tapi selalunya Zaila kena buat-buat tak nampaklah akan diorang yang sedang ferasan jadi "papa" & "mama" ni. Kalau tak, harus diorang malu & everything akan serba tak kena;D



Gambar ni Zaila curi-curi snap masa diorang main rumah-rumah. Ada-ada sahaja imiginasi diorang & sudah pasti rumah memanglah tunggang langgang sebab habis kerusi diorang susun konon-konon nak jadikan itu sebuah rumah. (nampak tak si Haziq tengah tarik kerusi tu?) Lepas tu bermulalah episod "bye mama, papa pergi keje dulu" (sambil kiss kepala adik dia *sama macam real papa buat kat real mama everytime nak p keje*), lepas tu si "mama" call si "papa" and cakap "papa, balik nanti beli sayur ya". Hahahaha, memang kelakar bila melihat gelagat diorang ni!!!


Sejak ada adik ni, lagilah suka meniru konon-konon ada anak. So mangsa yang akan menjadi baby sudah pastilah si teddy bear coklat tu. Kalau nak tahu, teddy bear ni pemberian bekas kekasih Zaila tau *syyyy, jangan bagitahu en suami ya;D* Ke hulu ke hilir Ameera akan bawa baby dia ni & jangan tak tahu dah pandai si "mama" nenengkan si baby ni;)



Mana-mana pun boleh jadi lokasi bermain; atas tangga, dalam bilik, depan TV, pendek kata selagi berada di rumah selagi itulah imiginasi diorang akan ada. Naseb baiklah diorang ni tak suka masuk dapur & peretend that tengah siapkan makanan, kalau tidak...haruslah makin bersepah dapur mama yang sememangnya bersepah tu;D



Tapi selalunya sekejap aje diorang boleh bermain dengan baik, lepas tu mulalah bergaduh & saling bercakaran. Isy, the real mama & papa mana ada buat macam tu tau;D From what i see, Ameera ni suka bagi arahan *sama macam perangai mama dia kot* lepas tu mulalah si

Haziq ni bosan & lepas tu mulalah Ameera tanpa ada belas ihsan buli abang dia. Si Haziq ni baik aje tak berani nak lawan & selalunya apa yang dia buat adalah datang menangis dekat Zaila & mengadu yang Ameera buat dia. Hehehe..Apalah abang Haziq ni..



Haziq ni perwatakan dia manja sedikit, eh bukan sedikitlah! tapi banyak sampai kadang-kadang rimas juga. Kalau ke mana-mana, selalunya dialah yang suka buat perangai mengalahkan si adik. Namun begitu, abang Haziq ni seorang yang caring, kalau mama sakit senang minta tolong dia & selalunya paling suka peluk cium mama *cair mama tau* tapi sedikit malas bila disuruh buat sesuatu & sangat-sangatlah suka buat mama & papa marah!! one thing yang abang Haziq warisi dari papa adalah perangai sukakan gadget sampaikan habis handset, netbook mama jadi bahan mainan dia!!



Ameera pula seorang yang agresif, suka memerintah & suka mengamuk kalau apa yang dia nak tak dapat. En suami cakap sama macam perangai mama dia "eh, ye ke bie??" Hehehe..Cuma Ameera ni ada bagusnya juga iaitu boleh diharap bila mama minta tolong ambilkan sesuatu contohnya tolong ambilkan pampers adik, tuala adik & paling bagus bila rajin menolong mama sapu lantai (nanti kalau berkesempatan Zaila snap gambarnya). Mulut Ameera ni becok sedikit & paling suka bila dia bercakap sebab masih pelat lagi & suka ulang ulang ayat tu contohnya "maaaamaaaaaaa, tadi kan tadi kan Haziq kan, iyer buat baby" Sooo chumel;) Tapi...ada tapinyaaa..jangan haraplah nak dengar dia bercakap depan orang lain so bila aje ada tetamu, automatik mulut Ameera ni bagaikan terkunci..hehehe Owh lagi satu, Ameera ni jenis independent sedikit & bila bangun pagi tu terus aje jalan masuk kereta takde nak nangis-nangis macam abang Amirul dia;)


Haaaa, lupa nak cerita..kadang-kadang 2 ekor kucing kesayangan kami ni selalu juga menjadi mangsa budak 2 orang ni. Ynag kelakarnya diorang panggil kucing ni dengan nama seorang baby di nursery diorang ni. Punyalah kuat pengaruh nak ada baby tu..


Hisy budak-budak sekarang ni suka sangat meniru gelagat orang tua diorang yaa..so lepas ni kalau-kalau nak feeling-feeling romantik dengan en suami haruslah sorok-sorok, kalau tidaaaakkkk *malas nak cakap*

11 ulasan:

kasihredha berkata...

hahahaha..ayat "papa,balik nati beli sayur ye" akak suka :)

anak2 suka ikut perangai kita tanpa kita sedari kan..:)

Mag berkata...

hahahaha..bahaya ni kak ila..banyak kene bagi contoh molek2 la lepas ni.

yatie chomeyl berkata...

manjo jugop abe Haziq deh..ingatkan dio yg sulung dia cool. rupo2 nya Ameera lg cool hehe

Lynn Abd Latib berkata...

kelakarnya :)
kalo anak dh pdi nak main..seronok tgk diorg kan..anak lyn yg sulung x suka sgt main dgn adik dia.. :(

Unknown berkata...

salam,
great to be back here.

yantz-yeem berkata...

cutenya main mama2...hiks..senyum sorang2 plaks bce entry zaila nih...

Nurhayati berkata...

budak2 tgh meningkat ni mmg kuat berimaginasi kan.. walau huru hara penat skali pun, rasa seronok bila tgk anak membesar depan mata. :)

Hada Masayu berkata...

SELESANYA AKU TGK UMH KO...RASE CM NAK BLK UMH, HEHE..

Zaila Mohamad berkata...

kak Kasih..a'a..memang mudah sangat mengikut tindak tanduk kita sebab tulah kitorang kena berhati2 bila bercakap

mrsspicy, huhuhuhuhu..itu semestinya tapi kade2 time nak marah tu terkeluar juga perkataan tuuuuutttt..so bila diorang tiru, kak ila oyaklah tak baik cakap macam tu..allah marah..hehehe
seb baik diorang xreti nak persoalkan lagi..huhuhu

yatie, manjo dedek abe haziq ni..husna rilek jah..hehehe

Lynn, belum sampai masa lagi kot..Haziq pon kadang2 xsuka juga main dengan Husna

CB, miss you too;)

yantz-yeem, memang diorang ni..zaila pon kadang2 tergelak tengok gelagat diorang

Yati, a'a..betul tu

Ayu, rumah ko laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagiii lawa dari rumah aku..ni pon sekarang sepah gila, xsanggup nak tengok

amalina berkata...

"kalau tidak..." Wow! Bahaya giler!

Zaila Mohamad berkata...

Ama, memang bahaya!! kids nowadays memang cepat adopt with their surroundings;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^