Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 21 April 2011

Kenapa Baby Kena Pakai Barut Perut?

Fuuh lega..setelah banyak kali mencuba untuk upload gambar, akhirnya dapat juga *sebab tulah blog ni takde cerita baru* Thanks to the Meksis Berukbeng yang lembab macam siput sedut dah tu..tapi at least ok lagi dari Selkung dulu..Whatever..

Perasan tak selalunya new born baby ni orang-orang tua kita ajar untuk pakaikan balut *ke barut ke bengkung eh??* perut..Tahu tak kenapa?? Ermm, rasanya orang Melayu je kot yang amalkan pemakaian barut perut ni kan??

Mengikut firasat Zaila, agaknya mungkin orang-orang tua dulu-dulu tak nak baby kembung so sebab itulah dipakaikan barut di perut baby kan. Lagipun, boleh mengelakkan perut baby dari buncit semacam aje..Alah, samalah dengan ibu juga kan..digalakkan pakai bengkung untuk membentuk pinggul & mengempiskan perut selepas bersalin

Ashraf pun memang hari-hari Zaila pakaikan barut perut ni. By the way, barut perut ni adalah warisan turun temurun dari zaman abang Haziq dulu. Zaila upah orang kampung en suami lagi untuk jahitkan barut perut ni. Selalunya kain yang digunakan adalah berwarna putih & ada tali-tali di belakang barut ni. Kemudian tali-tali tersebut akan diikat macam dalam gambar di bawah;-

sebelum itu, jangan lupa pakaikan minyak yuyi (betul ke ejaan ni) / minyak telon


inilah rupanya bila sudah dipakaikan barut perut..Tapi selalunya tak lama je sebab nanti kedudukan barut itu akan jadi barut dada..Al maklumlah si kecil ni mana reti duduk diam..Asyik menggeliat ajoo..

Tapi kadang-kadang kesian juga sebab cuaca panas kan..so pakaikan baju yang nipis-nipis aje dekat Ashraf..Sebab itulah asyik tidur aje kerjanya..huhuhu..Asal malam aje, mesti bulat biji mata tu..Huhuhuhuhu




Tengok, syoknya tiduuuurrrr!!!




Kadang-kadang buka sebelah mata pasal nak tengok apalah mama tengah buat ni "isy mama ni, asyik berfacebook aje"






Opsss!!!






Oklah, itu sahaja petua menjaga baby..Selalunya korang pakaikan barut baby ni sampai usia baby berapa bulan ya??

















7 ulasan:

kasihredha berkata...

Akak dah tak ingat dah zaila, akak pakai kan anak2 akak sampai berapa bulan..dah lama tak de baby.

Dah besar baby zaila...comey

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

lyn pakaikan anak2 lama jugak barut..smp 6 bulan kalo x silap..

Mag berkata...

farah beli jer. so xbesar mane. maryam key semangat. lepas 40 hari napok ketat doh. so fara xpaka lah

Fiza Rahman berkata...

Zaila, even dah lewat nak wish gak, congrats of ur new bundle of joy ^_^, susah btul nak cari link, polo trus ah.

amalina berkata...

2 bulan je. tembam baby awk. i like!

Zaila Mohamad berkata...

Kak Kasih, hehehehe..macamana perasaan sekarang bila dah takde baby?? best kan, tidur pon nyenyak aje;)

Lynn, lama tu..Zaila dulu anak-anak yang sebelum ni rasanya sampai 3 bulan je kot..pasal kesian kat diorang panas..hehehe

mrs spicy, hahaha..teringat kat Maryam yg semangat tu;)


Fiza, thanks follow kita..nanti i follow you balik yaaa

Ama, datanglah Shah Alam ni..lama dah xjumpa dengan awak;D

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

zai .. adam & aidil pakai almost 3 bulan ...lagi pun baby boys takut senang kena kembung .. barut tempah so boleh pakai lama skit ... kalau yg beli siap tali dia pendek ..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^