Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 11 Julai 2011

Deko Rumah : Jangan Buang Botol Lama

Bertemu kembali dalam Rancangan Deko Idaman bersama Mak Jenah;P

Isy..isy..kalau akulah jadi pengacara Deko Idaman, agaknya sorang pun tak nak tengok kan?? Eeeeh mak fedulik ape, mak nak jugak koyal share tips deko rumah cara budget punyaaa..Cara ni paling jimat duit & yang penting kita GUNA SEMULA barang-barang yang terpakai kat dapur tu

First of all, uols kena ada botol yang cantik-cantik contohnya macam botol bekas minyak zaitun tu konfem cantik, jangan plak korang pakai botol budu pulaks, takder kelas gitu;P Lepas tu carilah bunga hidup sekuntum dua, pada yang suka tanam bunga boleh petik bunga segar di laman korang, kalau takde bunga lalang depan rumah pon jadilah *kan banyak tu*

Lepas tu isilah air ke dalam botol & tambahkan beberapa susu *typing error, actually sudu* gula & sedikit perahan lemon untuk memastikan bunga-bunga tu tetap segar diingatan (tips ni aku dapat dari Majalah Impiana Laman).




ni contohnyaa

bunga segar ni aku rembat dari pelamin budak opis aku..Orang sekarang semua pakai fresh flower time kawen, aku dulu pakai bunga hiasan je tapi tetap anak 3 juga kelasss gitu;P

bunga putih yang paling besar tu tahan lama tapi aku tak pasti bunga apa, carnation?? lily?? tulip (lagilah jauh)..Isy, aku ni memang!! Bukannya nak hafal semua nama bunga..Tapi yang pasti bunga harum sundal malam tu memang wangi;)

Oklah, selamat mendeko-deko!!



1 ulasan:

maya amir berkata...

letak susu dgn perahan limau.. susu tu byk ke nak letka? ke bape titik jek? ape2 susu ke mak jenah? eh..heehheeh

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^