Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2016

Cara Gubah Bunga Versi Budget

Assalamualaikum,

Semalam (Isnin) macam biasa aku akan ke Plaza GM Klang untuk mencari stok barang niaga. Memang hampir setiap minggu sejak ada cik Axia ni memang wajib pergi sendiri untuk mengambil stok barangan niaga. Kalau tak larat selalunya aku akan pergi pada hujung minggu di mana en suami yang akan tolong jadi pemandu, tapi kan haritu balik bercuti di kampung jadi terpaksalah angkut anak-anak semua dan bawa mereka sekali.

Sambil-sambil pusing tu termasuk ke kedai barangan perkahwinan dan saja je gatal mulut pergi tanya harga bunga-bunga hiasan kat luar tu, memang dah lama berkenan dengan tema putih dan orkid. Kiranya terjebaklah juga beli apabila akak dalam kedai tu bagitahu harga RM30 untuk 8 tangkai bunga orkid. Tak tahu lah murah atau mahal tapi kalau hati dah berkenan, beli aje :)

Oleh kerana aku ni bukan ada bakat sangat dalam bidang gubahan bunga. Pasu pun takde yang lawa jadi kita gunapakai sahaja apa yang ada di rumah. Pasu corak kayu ni en suami beli di Sarawak khas buat bini dia. Dulu-dulu kan en suami selalu outstation jadi memang selalu belikan barang hiasan rumah. Agaknya en suami pun tahu minat dan hobi bini dia ni, selain dari suka "beranak" dia juga suka hias rumah. Eceh hover plak angkat bakul ya :)


Balik rumah semangat mendeko-deko meresap dalam jiwa mak buyong ni. Ha ha ha Abaikanlah kalau rasa macam tak lawa ke apa tapi aku rasa tetap cantik di mata aku :) Mungkin kalau gunakan pasu tinggi jenis kaca atau tembikar cina akan lebih menarik lagi :)


Pada yang bertanya selamat ke ada hiasan tembikar atau pinggan kaca di rumah untuk ditayang macam tu? Maklumlah rumah Mekla kan ramai rakyat jelata yang masih hingusan, kadang-kadang memang pecah juga disebabkan tangan-tangan kecil rakyat jelata. Macam tembikar peninggalan atuk saudara aku yang warna biru tu sebenarnya tutup dia dah pecah tau sebab jatuh tapi en suami gamkan balik dan alhamdulillah sekarang "masih" selamat. Bekas tembikar yang sebelahnya pula dulu bertutup tapi tutupnya baru aje pecah angkara tangan Aaliyah. Sabar jelah, kena tunggu mood baik baru kita gamkan balik :)

Kalau dah minat kan. Sebenarnya dah lama berangan nak beli almari kaca tu (boleh rujuk entri lama) tapi sampai sekarang pun masih belum beli. Usahkan almari kaca, nak tukar sofa pun masih belum tercapai lagi. Tak apa lah, untuk ciptakan ruang yang "sejuk" mata memandang sebenarnya tak perlu berhabis ribuan ringgit pun, cukuplah dengan tukar kedudukan atau letakkan apa sahaja yang boleh menumpukan mata ke ruang tersebut. Antara contohnya adalah dengan memasukkan elemen bunga atau kusyen-kusyen kecil. Bunga pun kalau suka yang segar boleh aje tapi kalau malas nak tukar air setiap hari boleh guna yang plastik. Macam rumah aku dah lama sebenarnya tak deko-deko rumah memandangkan mood mak buyong yang terjun entah ke laut mana ;)

Tahun 2016 ni memandangkan ruang dapur pun dah berubah, jadi semangat tu datang kembali. Takpe, kita deko cara kita aje. Jangan terus nak tukar semua benda sebab harus ingat duit bukan tumbuh di belakang rumah ya :)

Oklah, hingga jumpa lagi. Bye!

Selasa, 19 Mac 2013

Hobi Baru Mengumpul Pinggan Hiasan

Assalamualaikum,

Orang perempuan ni banyak sungguh hobinya kan? Kumpul fridge magnetlah, kumpul henbeglah, kumpul bungalah, kumpul pinggan mangkuklah..Well, aku pula ada hobi baru iaitu kumpul pinggan hiasan..wakakakaka sungguh berbunyi #desperatehousewife kan?

Tapi since en suami pun suka manjakan belikan bini dia pinggan hiasan setiapkali ke luar negara *cewah, bunyi macam berkali-kali je outstation oversea youuuuu* so terbitlah rasa nak kumpul pinggan hiasan sebagai kenang-kenangan (bagi laki akuler..aku nak kenangkan ape selain dari kenangan kena tinggal..huhu)


Selain dari pinggan hiasan, aku juga suka kumpul pinggan lama peninggalan arwah nenek aku. Kat dalam gambar ni pinggan putih berbunga hitam tu sungguh vantage kan? Aku hanya belikan tempat letak pinggan tu dekat salah satu kedai di Pengkalan Kubur yang jual pinggan mangkuk. Pinggan yang besar kat tengah tu en suami beli di Uzbekistan, yang sebelah kiri pon sama, sebenarnya bukan pinggan hiasan tapi set pinggan mangkuk dari Uzbekistan juga. Susah-susah en suami bawa dari sana, sudahle berat kena bersoal jawab dengan kastam lagi tapi demi isteri tercinta sanggup tuuuu *auuuuwwww*


Dan sekarang memperkenalkan ahli baru dalam keluarga pinggan hiasan kami iaitu dari Dubai & Oman.

Mulalah aku google dalam internet cari inspirasi *konon*


Teringin nak buat macam ni tapi bila memikirkan ruang tamu yang sempit & keadaan anak-anak yang aktif, rasanya kurang sesuai letak open space macam ni..


Kalau boleh cari pinggan hiasan yang ada tulisan kalimah Allah kan best? Sape-sape tahu tak mana ada jual??


yang ni pon ok..gantung dekat dinding..


yang ni nak kena cari pinggan yang samalah pula!


lawa kan?


waaah suka suka suka!!
kabinet kaca idaman hati..tapi yang ni kecil sangat-sangat sesuai untuk rumah aku yang sekangkang kera ni..tapi rasanya tak boleh muat banyak pula so baik beli yang kat bawah ni kan?
Muahahahaha bestnya berangan...kalau tak kerja macam nilah..anak tido mulalah berangan..HAHAHA

Bagi yang bertanya anak-anak tak main ke pinggan hiasan aku kalau letak atas meja konsol macam tu? Memang main..ada satu pinggan hiasan dari Kuwait dah pecah dah gara-gara Ashraf yang main (asyik lupa je nak gamkan balik) tapi tuler, dah namanya hobi mengumpul pinggan hiasan so kenalah rajin pantau anak dari bermain kawasan situ. Selalunya yang besar macam Haziq & Husna dah tak main dah cuma Ashraf jelah kadang-kadang suka main kat situ so memang aku akan cepat-cepat alihkan perhatian dia..

Ingat nak gantung juga pinggan hiasan tu tapi takut pula dok kumpul habuk & susah nak bersihkan so buat masa sekarang ni letak kat bawahlah dulu..Ke ada sape-sape nak hadiahkan aku kabinet kaca IKEA tak?? ehem ehem hint untuk en suami ni:P

Kawan-kawan pula suka kumpul apa??

Isnin, 9 April 2012

Me Love FM khas buat pencinta Fridge Magnet:)

Assalamu'alaikum,

Pada yang tak tahu, meh aku nak bagitahu..sejak berblog 2 tahun yang lepas, secara tak sengaja aku pon bertukar menjadi seorang pengumpul Fridge Magnet juga..Nak kata banyak tu takderlah sangat sebab most of the FM aku banyak yang rosak dikerjakan anak-anak:(

So sebab tulah aku dah tak letak FM di fridge tapi aku beli magnetic board dari Ikea & susun koleksi FM aku di situ (boleh rujuk entri ini) Baru puas hati:)

Hampir kesemua koleksi FM aku kumpul bila berkunjung ke sesuatu tempat. Thanks pada en suami yang selalu belikan aku FM setiapkali ke luar negara..Even dia outstation dalam negeri pon memang WAJIB dia belikan FM sebagai buah tangan untuk bini dia ni:) *jimat duit takyah beli hadiah maha-mahal* & ada juga yang adik beradik, sedara mara, kawan-kawan hadiahkan..Thanks uolsss...Ada juga yang aku beli secara online:)

Sebut beli FM secara online, ni aku nak rekemenkan satu blog yang diwujudkan oleh kawan aku Ernie. She's also FM collector & lucky her sebab boleh berjalan rata riti kutip sendiri FM tu:) Korang boleh baca personal blog Ernie di sini & boleh dapatkan koleksi FM pada harga yang berpatutan di sini:) 

Psssttt Ernie, Kat tapak kaki you ni ada tahi lalat tak?? orang tua bilang kalau ada tahi lalat memang kuat berjalan (kuat read as jauh berjalan)..Well me takde:( no wonder selalu tak boleh ikut en suami outstation ke luar negara:(( HAHAHA kidding!!


ni koleksi terbaru aku, FM Kanada pemberian Abang Zu (abang sulung en suami yang outstation ke Kanada baru-baru ini)


ini pula antara koleksi dari blog Me Love FM kesukaan aku..Ernie, nak yang ni lah!! simpankan untuk i tau:)

Pada sesiapa yang berminat, bolehlah terjah..harga pun berpatutan juga:)

Rabu, 15 Februari 2012

Koleksi Fridge Errrrr Magnet Baru!

Assalamu'alaikum,

Lama juga aku tak update koleksi FM aku ya?? hehehe takde yang menarik..rata-rata dari koleksi dalam negara saje..tupon en suami yang belikan setiapkali en suami outstation baru-baru ni..




nampak gaya macam dah nak penuh dah magnetic board tu;)


fridge magnet dari Labuan


tahun lepas en suami selalu juga ke Labuan so ada banyak juga yang en suami beli (setiapkali pergi beli, so suwit)


fridge magnet dari Kelantan..en suami belikan di airport Pengkalan Chepa;-)


fridge magnet Uzbekistan (kalau tak silap) ni dari teman sekerja


fridge magnet dari Melaka ni beli masa jalan-jalan di Melaka haritu


fridge magnet masa nak naik Menara Tamingsari..RM25 satu..FM paling mahal aku pernah bayar tapi dek kerana ada gambar aku yang debab anak-anak..bayar sambil pejam mata ajelah:P


yang ni pula en suami beli di airport Kuantan masa en suami outstation ke Kemaman


hak ni pula budak praktikal office aku yang bagi..suka..suka..suka;-)

Bye semua!!

Khamis, 12 Januari 2012

Malam Jumaat Yang Hangat!!!

Ok, aku tahu..tajuk adalah sangat hover kan?? Konpem korang pon tertanya-tanya apelah yang hangat sangat tu?? Hangat sebab tak pakai baju ka hape:P

Takderlah..hangat sebab aku rasa tahun 2012 ni banyak didominasi kaler hitam (pendapat akuler)..Hitam dalam bilik tidur?? Hitam = perangkap haba = sudah pastilah hangat..kan??kan?? Oklah abaikan..korang jangan percaya cakap aku:P

Yang pasti aku sudah jatuh chenta sama design-design kat bawah ini..Jom kengkawan, moh cuci mata dulu ambil feel..Malam ni kan malam Jumaat *eh tetibe*


mak aih, hitamnya kaler dinding tu..takut aih tengoknya


bagus juga idea letak cermin atas kepala katil macam tu kan??


this one banyak didominasi warna putih..suka header katil tu..

 

cantik sofa tu..


aku suka sangat ngan idea ni..herm...



Actually aku tengah dalam mood meng "make HOVER kan bilik tidur..tapi kena slow-slow..Recycle barang lama + barang baru..Kalau nak tukar semua baru..kopakslah jawapan dia *ngeeeee*

P/s : jangan bosan kalau aku asyik bercerita pasal house make HOVER je ya..maklumlah, kan tu one of my new year resolutions:P

Rabu, 7 Disember 2011

Gila Shopping Online:P

Nampaknya mak dah terjebak..Giler ah..Pasni en suami mesti tahu dah kenapa aku tiap-tiap bulan pakai baju baru:P

Tapi tak kisahlah noks, mak beli pakai duit mak pon..Bukan duit orang lain:P
Rasa tambah meroyan bila sekarang kan tengah SALE sempena krimas..ngeh ngeh ngeh..Ape lagi..Mulalah kelabu mata tengok mana yang berkenan kan:P

Tapi aku suka beli baju je..Kalau jeans / seluar kerja aku suka cari sendiri..Senang nak tengok muat ke tak..Al maklumlah, peha mak kan besar macam peha gajah T___T
Kalau baju pula aku suka beli dress, padankan with jeans..of courselah aku kena cari hak labuh-labuh..barulah menepati piawaian en suami:P

Meh lihat taste aku:P

berkenan ngan dress dari H&M ni..very feminine kan??


This one aku dah purchased from my favourite personal shopper kat UK sana..dress ni dari Dorothy Perkins..Insya Allah bulan ni sampai:P


yang ni leher dia agak luas tapi takpe, kita kan pakai tudung *tapi aku tak belilah hak ni cuma suka design tangan baju tu*
ni pon fav aku juga dari H&M..material 100% Polyester (dah beli satu blouse dari kain jenis Polyester~refer entri ini & memang selesa dipakai)

Ikutkan hati semua nak sambar..tapi apakan daya...duit bukannya tumbuh belakang rumah ahkak..so berpada-padalah..hehehe

Korang selalu tak shopping baju online???

Lupa nak share satu tips, selalunya orang mesti takut kalau tersalah beli saiz kan..bagi aku yang gemarkan dress dari jenama Dorothy Perkins, Miss Selfridge, Topshop..korang bolehlah cuba dulu baju yang berkenan di butik, selalunya saiz memang tak lari..Harga je yang beza so selamat mencuba;-)

Rabu, 20 Julai 2011

Perihal Rumah

Lately ni aku sellau bercerita pasal rumah aku kan..Harap korang tak bosanlah membacanya..Hehehe..Bukan besar sangat pun renovation yang aku buat tu & sorrylah kalau ada yang terasa macam aku ni over sexcited bercerita pasal rumah segala kan..Hehehe..Dulu aku cuba juga untuk tidak terlalu bercerita tentang rumah aku (maksud aku tidak terlalu sharing di dalam blog ini) tapi aku rasa aku tak mampu, adalah sekeping dua gambar terlepas juga di blog ini kan;P

Bukan apa, aku tahu ada setengah orang menganggap tak perlu pun untuk bercerita pasal rumah kita di blog terutamanya bila ada orang yang mengenali kita membaca blog kita. Even kami pernah ditegur oleh seseorang yang concern supaya simpan sahaja apa yang kami ada/beli/dapat untuk diri kami sendiri, tak payah nak cerita di blog. Tapi kan, aku rasa tak salah sebabnya aku ada kakak yang jauh di mata (wave to Kak Na di Labuan) yang selalu baca blog aku, selalu mengambil tahu apa aktiviti anak-anak aku, walaupun dalam senyap tapi aku hargai kedatangan seorang kakak ke "rumah" adiknya;) So melalui blog kami dapat berhubung, yerlah..nak tunggu Kak Na & anak-anak datang ke rumah kami, entah bilalah tu kan..so kurang-kurang sekarang ni bolehlah juga dia jenguk-jenguk rumah aku;)

Lagi satu aku memang suka deko rumah. Ok fine, walaupun rumah aku kadang-kadang *eh bukan selalu ke* bersepah, tapi aku suka belek majalah Impiana, belek blog yang ada ID & paling suka bila baca blog yang rumah mereka cantik. Cantik tak bermakna rumah ko besar, kan aku pernah cakap cantik ni subjektif..Bagi aku, asal rumah sendiri, terpulang pada korang nak hias macamana pun, asalkan nampak cantik & tenang di mata korang;) Sebab tu aku suka untuk sharing idea aku dalam menatahias rumah aku yang sekangkang kera ni. Bukan nak tunjuk pandai ke apa, tapi macam ada dalam diri ni yang sukakan part-part deko dalam rumah. Tapi ada juga part malas mengemas;P

Kalau nak tahu, ayah aku dulu tukang buat rumah. Malah, rumah kami sekarang yang kat kampung tu ayah akulah yang buat dari buat pelan (eh orang dulu-dulu main lukis pelan dalam pale otak je) sampailah buat lantai, dinding, atap, tingkap, pintu segala *of courselah dengan bantuan orang keje kan, takkan nak buat sorang-sorang plak* & sampai sekarang (masa rumah tu siap umur aku mungkin dalam 3/4 tahun & tahun ni aku dah 29 tahun so korang imaginelah dalam masa 20 tahun lebih rumah aku masih GAH lagi di kampung aku tu;) *i'm so proud of you Ayah*

Rugi sebab aku takde gambar rumah aku yang kat kampung tu, kalau tak boleh share ngan korang cetuan idea ayah aku. Memang hebat sebab masa tu kira rumah aku tergolong dalam kategori moden jugalah jika nak dibandingkan dengan rumah kampung yang lain. Ayah aku juga sempat design rumah makcik & pakcik aku & aku tengok setiap rumah adalah berbeza-beza designnya *hebat kan ayah aku ni* Tapi of courselah ayah aku dah tak larat nak buat rumah cuma kalau setakat nak buat pondok / gerai makan tu, seminggu (atau kurang) dah boleh siap dah pun..Rumah aku kat kampung tu separuh batu separuh kayu, kalau lantai memang lantai kayu (aku tak pasti kayu apa) tapi memanglah tahan sampai sekarang, kayu yang ayah aku pakai tu memang bermutu sangatlah sebab kayu zaman dulu-dulu murah je compare ngan sekarang yang mahal macam cincin kak Mah kita bom tu;P

Lagi satu pintu rumah aku kat kampung tu ayah aku tempah khas dari mana dah *lupa sebab masa tu kan aku kecil lagi* , kat pintu tu siap ada lukisan bunga & ayat suci al-Quran, ada 2 biji sebagai pintu utama, memang cantik tapi sekarang ni agak uzur sedikit dimamah usia & penuh dengan sarang labah-labah. Nantilah, kalau aku balik kampung nanti aku snapkan gambar. Pendek kata, ayah aku memang kreatif dalam menatahias kediaman. Bab tu memang aku respect!! Tapi biaserlah, dah namanya rumah tu dari aku kecil lagi, haruslah sekarang tidak secantik dulu (kali terakhir cat masa aku kahwin back in 2005 dulu) & dah banyak dipenuhi sarang labah-labah. hehehe..Tak terlarat nak buang dah;P

Eh, ni nak cerita pasal rumah aku ke rumah ayah aku??hahaha..so motip aku cerita adalah nak bagitahu yang aku pon konon-kononnya *ehem ehem* menurunlah perangai ayah aku iaitu suka hias rumah ni (boleh relate ke??) mamposlah korang kutuk aku pasni so kalau aku selalu/sibuk bercerita pasal rumah aku yang sekangkang kera ni, faham-faham jelah ya;P

Alah, rumah aku bukannya besar pun..sudahlah beli rumah second hand *apa, ingat kereta je ke yang ada secondhand??*, kecil pula tu..tapi itu bukan ukuran untuk menjadikan sebuah rumah tu sebagai syurga dunia kan. Bak kata orang-orang tua "Rumahku Syurgaku"
Owh haritu tengok Tanyalah Ustaz di TV9, Ustaz cakap Nabi pernah bersabda yang jangan jadikan rumah kita sebagai neraka, oleh itu kena selalu baca ayat-ayat suci alQuran dalam rumah kita, barulah hantu & jin tak menumpang sama;P

Oklah, panjang pula aku melalut ya..Setakat ni aku bersyukur ada juga rumah sendiri untuk kami berteduh 5 beranak..Mana tahu..kot-kot nanti ada rezeki lebih boleh sambar banglo/semi D pula kan..Mana tahu kan;P


by the way gambar ni bukan rumah aku pon cuma aku suka designnya;)



Isnin, 11 Julai 2011

Deko Rumah : Jangan Buang Botol Lama

Bertemu kembali dalam Rancangan Deko Idaman bersama Mak Jenah;P

Isy..isy..kalau akulah jadi pengacara Deko Idaman, agaknya sorang pun tak nak tengok kan?? Eeeeh mak fedulik ape, mak nak jugak koyal share tips deko rumah cara budget punyaaa..Cara ni paling jimat duit & yang penting kita GUNA SEMULA barang-barang yang terpakai kat dapur tu

First of all, uols kena ada botol yang cantik-cantik contohnya macam botol bekas minyak zaitun tu konfem cantik, jangan plak korang pakai botol budu pulaks, takder kelas gitu;P Lepas tu carilah bunga hidup sekuntum dua, pada yang suka tanam bunga boleh petik bunga segar di laman korang, kalau takde bunga lalang depan rumah pon jadilah *kan banyak tu*

Lepas tu isilah air ke dalam botol & tambahkan beberapa susu *typing error, actually sudu* gula & sedikit perahan lemon untuk memastikan bunga-bunga tu tetap segar diingatan (tips ni aku dapat dari Majalah Impiana Laman).




ni contohnyaa

bunga segar ni aku rembat dari pelamin budak opis aku..Orang sekarang semua pakai fresh flower time kawen, aku dulu pakai bunga hiasan je tapi tetap anak 3 juga kelasss gitu;P

bunga putih yang paling besar tu tahan lama tapi aku tak pasti bunga apa, carnation?? lily?? tulip (lagilah jauh)..Isy, aku ni memang!! Bukannya nak hafal semua nama bunga..Tapi yang pasti bunga harum sundal malam tu memang wangi;)

Oklah, selamat mendeko-deko!!



Rabu, 29 Jun 2011

Sesi Lawatan Ke Nursery Lagi

Waaah, sila jangan muntah ya..dua tiga kali kami duduk ulang p buat lawatan sambil belajar ke nursery yang berdekatan rumah kami. Pada yang nak tahu, lokasinya sebelah dengan KESAS & dekat dengan Bukit Rimau.

Actually kali ni kami ke sini sebab nak survey batu-batu kecil (pebbles) yang orang selalu guna untuk tepek di pagar tu. Memula takde plan pon nak tempek batu ni segala kan, tapi entah macamana tetiba gediks nak buat ala-ala konsep Bali eh ke konsep resort?? Entahlah labu, konsep suka-suki kot;P

Jom layan gambar yang Zaila sempat snap kat situ;-

macam biasalah water feature yang menarik kedabom!!

hah, korang pilihlah sampai muntah;P


sini pun ada tapi yang takde air punya


kami plan nak tepek batu-bata ni kat luar pagar rumah juga


hak ni besar sket


harga kat situ RM7 sekeping, kalau nursery Sg Buloh berapa ringgit ya??


kalau rumah aku ada taman, konpem aku beli!!


kalau nak buat laluan berbatu macam tu pon cantik juga


ni cantik, tenang je dengar deruan air tu


tapi kan, kena rajin jaga kalo tak nanti jadi tempat tinggal nyamuk, kang tak pasal kena saman


Hah, tu aje gambarnya..Pada yang bertanya harga pagar autogate yang Zaila tunjuk semalam, sorry sangat-sangat sebab tak boleh nak bagitahu lagi sebab kontraktor kami tak bagi lagi keseluruhan harga. Insya Allah, bila dah dapat tahu nanti Zaila akan suruh korang PM Zaila untuk tahu harganya k..


Mode tak sabar nak tengok hasil rumah kami. Entah macamanalah rupanya;P

Selasa, 14 Jun 2011

Misi Mencari Hiasan Pagar

Last week en suami bagitahu yang kontraktor yang buat rumah kami ni suh kami bagitahu design pagar yang berkenan di hati kat pekerja indon yang buat rumah kami ni *berapa kali yang daaa* In case pada sesiapa yang tak tahu, actually Zaila pernah post kat WW beberapa minggu yang lalu keadaan rumah kami sekarang. Ada sedikit pembaharuan di bahagian hadapan rumah, tapi takderlah extend ruang tamu macam yang korang teka pun, just baiki depan rumah ni untuk kebaikan kami di masa hadapan;P

Pastu en suami ni cakaplah kat kontraktor tu "alah, buat jelah macamana pon, kami tak kisah bang *memandangkan budget pon ciput ajork* tapi boleh kontraktor tu jawab "eh, mana buleh..hang tanya dulu bini hang nak buat macamana, kang tak kena selera dia kang payah pulak" eh, ahkak juga yang dipersalahkan yaaa;P

Actually dalam kepala ni takde specific design pun memandangkan Zaila just imagine nak buat pagar simen aje (pagar yang memisahkan antara rumah kami & rumah jiran) tapi kontraktor tu cakap kot-kotlah kami nak buat lubang angin (kotak yang macam trend sekarang tu) ke, takpun nak letak hiasan macam kaca tu ke, apa-apalah kan!! So petang Ahad yang lepas, ajaklah en suami ke nursery yang dekat rumah untuk survey-survey apa-apa (sebab tak tahu nak panggil apa) yang berkenan di hati.

Bila sampai nursery tu, serious terpukau dengan water featuresnya kat depan tu & adalah hiasan seramik yang ditampal kat dinding simen tu. Macam berkenanlah plak so timbullah idea nak letak hiasan tu di pagar kami. So meh layan gambar yang sempat disnap;)

benda alah nilah..apa dah namanya?? Zaila panggil hiasan seramik jelah ya..yang ni harga dalam RM100++ tapi kalau ambil lebih dari 3 harga boleh kurang lagi


yang ni kecil sket, harga dalam RM25. cantik kan??

yang ni pula RM35


Zaila beli yang lebih kurang macam nilah. Harga asal RM95 tapi sebab beli 3 keping, dapatlah harga RM85 sekeping.


Tapi tak tahulah cantik ke tak nanti bila siap pasang. Herm, kalau Zaila rasa cantik, nanti upload gambar kat sini, kalau tak cantik..meranalah ahkak seumur hidup..Hahahaha;P


Lepas tu kan, usha water features ni;-


boleh gila ahkak!! semua cantiksss


mulalah berangan nak buat kat rumah satu


Isy, mulalah tak sabar nak beli. Tunggulah bonus raya tahun ni, kalau dapat green light dari en suami & kalau rumah dah siap..konpom mak bedah angkut satu (mak bedah ya, bukan mek Zaila)..Pastu mulalah berangan nak buat kolam ikanlah, nak bela ikan kaloilah, ikan talapialah..Hahahaha..Berangan adalah best..Kan??Kan??

















Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^