First of all, thanks pada sape2 yang menunggu entry tertunggak aku ni
*hahaha ada ke??* & secondly matilah haku kena maki pasai dah masuk pertengahan Syawal dah tapi aku masih baru nak cerita pengalaman raya pertama aku;P Ya ampunnn..nilah padahnya kalau ada banyak kamera & PC..Kalau dulu aku semangat juga nak berblog dari PC tp sekarang ni biaserlah, tahap kemalasan nak resize gambar & letak watermark tu membuatkan entry aku tak banyak gambar. Lagipun aku pakai netbook & transfer gambar direct dari handset melalui bluetooth
*betui ke ejaan ni* sebab tulah kualiti gambar aku biasa-biasa & takde watermark pun;P
*korang faham ke apa aku cuba cakapkan ni??heheheh*Pada yang malas nak membaca cerita basi, takpelah!! Aku nak cerita juga especially gambar di bawah ni aku tujukan khas buat tatapan Kak Na & anak-anak buah aku di Labuan sana. Maklumlah setiap tahun pun Kak Na beraya di perantauan;( Harap-harap satu hari nanti adalah peluang untuk beraya di Kelantan bersama mok & Ayah pula..
Aku ingat lagi pesanan mak aku masa aku baru-baru masuk UPM dulu.."Mung kalu nak cari gewe, cari hok Klate..mudoh nak kelik beraya kapung" Maksud mak : kalau nak cari bakal suami, carilah orang Kelantan sebab senang nak balik beraya..Hahaha..Alhamdulillah masin mulut mak!! Aku bertemu jodoh dengan orang Kelantan juga, aku di Bachok suami orang Tumpat..Senang!! Tiap-tiap tahun takde masam-masam muka bergaduh nak balik beraya;P
Hehehe..tipulah kalau aku cakap takde gaduh-gaduh kan..Masa awal-awal kahwin dulu adalah juga terasa tak nak balik rumah mertua
*sebab selesa duduk rumah sendiri* Aku rasa mana-mana menantu pun memang akan melalui sindrom pra-perkahwinan macam tu..bila lama-lama dah ada
ramai anak tu, mungkin keadaan akan berbeza..Samalah juga dengan aku, tidur mana-mana pun tak kisah..yang penting anak-anak happy bermain dengan sepupu & nenek & Tok Ayah mereka;)
Hari raya pertama tahun ni aku beraya di Tumpat. Petang sket aku balik beraya di rumah aku pula. Kan best macam tu, hari raya pertama ni jalan tak jem lagi so sekejapan sahaja dah sampai Bachok. Eh!! layan gambar jelah..malas nak merapu panjang-panjang sebab nanti jadik karangan lah pula;P

suka gambar ni tapi adik Ashraflah pula takde masa ni

gambar ni Haziq yang ambil, jangan memain tau!! tangan seni ada dah tu:P

acara bersalam-salaman aka acara mengumpul duit raya

Haziq
minta duit raya salam dengan Mok Ra

Mok La pun ada bagi juga..Mikacihlah pada SIL semua yaaa

Haziq & Husna je yang pandai salam, adik Ashraf tak reti lagi..tahun depan pandailah tu;p

pagi raya tu hanya ada aku, abang sulung & adik-adik ipar sahaja..Ramai yang tak balik lagi & ada juga yang beraya di rumah mertua..Kalau ada semua, harus meriah lagi!!

Husna & sepupu!!

Datin
*ops* dengan Ashraf bambam

jelingan manja mak Datin *ops lagi*

ok, terimalah hakikat..sembunyikan perut di balik anak-anak

susah nak tarik perhatian mereka suh pandang kamera ni, asyik mak je yang hover:P

abang & adik berbaju melayu

sampai basah baju melayu adik Ashraf tu
*terliur ketupat ke Ashraf weh*
ni pula kat rumah aku, belah kiri anak abang sulungku, bekas isterinya & belah kanan pula kakak ipar abang aku yang tinggal di Pahang tu

buat Adibah; tataplah wajah kawan baik Along ni..hehehe..Dari kiri; Atina, Alissa & Muiz (hak belakang tu adalah abang sulung aku)

ni pula abang aku yang di Pahang tu..ini bukan iklan racun serangga yaaaa

wah..suami mithali;P

hakni plak isteri mithali:P

petang tu sempatlah g jalan-jalan rumah Ayah Long aku..tiap tahun pun memang akan bertandang ke rumahnya bertemu mata..

ni pula rumah Mak Su aku, Haziq yang ambil gambar burung ni..biaserlah orang kampung, Pok Su suka membela, burung ada, lembu ada, biri-biri ada..sinilah tempat aku membesar dulu..Asal takde duit poket je datang bersihkan rumah Mak Su aku, konpem boleh dapat RM10 sehari..lepas tu buat belanja makan KFC di KB..Hahaha
Ni je gambar yang ada dalam kamera aku..Actually banyak juga tapi dah didelete oleh anak jantan..bertuah punya budak!!
Oklah..sambung cerita lain pula tapi next time r..hehehe..tataaaa
4 ulasan:
banyak je pic nye..meriah ok :)
cantik baju raya zaila ;-)000000
jolo doh, sene nikoh ore senegeri. x baloh mano nk kelik rayo
mmg byk untungkan..heheheh..me pun 1 negeri..so tak de gaduh2...tiap raya semua tmpt balik :)
Catat Ulasan