Assalamu'alaikum,
Semalam Haziq bagitahu esok (hari ini) birthday teacher dia..so pagi tadi aku sediakan kotak kecil (actually bekas dari door gift kenduri kahwin kawan aku dulu~hikhik jimat belanja tak payah balut dah) & masukkan brooch mutiara & FM dari Sabah..Fuuuhhhh jimat belanje (lagi) HAHAHA
Well, bagusnya anak-anak sekarang kan..dari kecil dah pandai menghargai jasa guru-guru mereka:) Eh! aku dulu pon bukan tak hargai..tapi dulu-dulu susah..i mean, aku ni orang kampung (baca ikut nada lagu Aku Orang Kampung), manalah ada duit nak bagi hadiah kat cikgu..Serious weh! Dulu duit belanja sekolah lima puluh sen sajork..Pastu mak aku pon bukan jenis tahu sangat tentang sambutan hari guru ni (maklumlah orang kampung) so memang jarang sangat dapat bagi hadiah kat cikgu..Tapi bukan semua tak bagi..adalah sorang dua kawan-kawan aku yang bagi..bagus diorang kan:P
So, bila dah ada anak sendiri ni..kenalah standby juga dengan hadiah..Seb baik ada ole-ole lebihan Sabah haritu..hikhikhik..Tapi tak sempat pula nak suruh Haziq tulis kat atas kertas ucapan dia..HAHAHA Aku harap anak aku bagilah dekat teacher dia, jangan dibagi dekat girlfriend dia sudaaaaaa..Bukan bleh percaya si Haziq tu:P
Oklah, buat guru-guru especially Kakak aku (Kak Na yang bertugas di SMK Pantai, Labuan), kakak ipar aku, adik ipar aku, eh ramai juga sedara mara aku yang jadi cikgu, kawan-kawan aku yang jadi cikgu tak kiralah cikgu sekolah rendah ke sekolah menengah ke Universiti ke, buat bekas cikgu-cikgu aku dulu..Terima kasih di atas jasa baik kalian..
Mengajarlah dengan ikhlass yaaaaa..sesungguhnya ganjaran akhirat nanti sangatlah besar:)
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Sumber dari sini
Sumber dari sini
babai!
2 ulasan:
time daku xde bg hadiah just wish je pastu ada wat pesembahan. nak bg adiah mana ada duit. untung cikgu skang. budak2 skang mewah sudah. makpak byk adaduit la ni.
Nurhayati,
haa..samalah..aku wish macam tu je..tak pernah kasik hadiah..budak2 sekarang, mak pak diorang yang terover excited beli hadiah..hehehe
Catat Ulasan