Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 4 Mac 2013

Panduan Mendidik Anak Lelaki

Assalamualaikum,

Hari ni Alhamdulillah berpeluang menonton Tanyalah Ustazah di TV9 yang bertajuk : "Mendidik Anak Lelaki" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj (siap google lagi nama panel ni sebab aku bukannya bagi perhatian sangat dekat Tv, sambil-sambil memasak di dapur & lagi satu malu nak cakap yang aku ni bukannya jenis kenal & ingat sangat nama-nama ustazah, yang paling aku kenal pon Prof. Muhaya & UAI je yang lain tu kenal muka tapi tak ingat nama..hehehe Ampunkan daku ya memang nama orang ni masalah besar bagi aku, entah kenapa susah sangat nak ingat, kalau ingat pon mesti salah:P)

Eh panjang pula intronya..sebenarnya sekadar nak berkongsikan ilmu yang aku dapat dari rancangan ini. Kena cepat-cepat tulis sebab takut nanti lupa. Tajuk minggu lepas "Mendidik Anak Perempuan" pon aku dah ingat-ingat lupa..Haisy banyak sangat makan semut ni..so sini aku kongsikan beberapa benda yang aku ingat & sorrylah kalau ayat lintang pukang sebab aku ni bukan reti sangat nak susun bahasa *almaklomler BM masa SPM pon cukup-cukup makan sajoek*

- Bapa haruslah menjadi role model kepada anak-anak lelaki. Kalau tak mahu anak-anak lelaki hisap rokok so bapa sendiri haruslah jangan merokok. Sebab kita sebagai ibubapa memang secara tak langsung mencari guru kepada anak-anak. Selain itu, bapa kenalah solat & rajinkan solat di masjid & membawa anak-anak lelaki solat di masjid. Kalau jumpa anak lelaki kawan-kawan / sesiapa sahaja di masjid tegurlah mereka dengan baik kerana ini akan membuatkan mereka bangga (merasa diri disedari akan kehadiran mereka di masjid)

- Bapa juga harus membanggakan anak-anak lelaki supaya anak-anak lelaki akan mengambil kita sebagai idola.

- Bapa kena selalu bermain dengan anak-anak lelaki, kalau boleh selalu bergomol dengan mereka. Kalau ikut cara Rasulullah s.a.w ialah dengan meletakkan anak di atas bahu bapa supaya anak boleh melihat dunia pada persepsi kita oarng dewasa. Kalau anak masih kecil, jangan terlalu pentingkan kerja dengan bekerja lebih masa sebaliknya baliklah awal & peluklah anak-anak (ehem ehem en suami patut baca ni)

- Bila anak-anak sudah menginjak dewasa, bapa seharusnya jadi kawan kepada anak-anak lelaki. Kalau boleh, buat sesuatu bersama contohnya memancing / libatkan anak lelaki dalam aktiviti kemasyarakatan supaya anak-anak lelaki kita bergaul dengan orang-orang tua.

- Ajar anak lelaki baca Al-Quran. kalau boleh suruhlah mereka hafaz Al-Quran. Kalau bapa tak pandai baca Al-Quran maka belajarlah, hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran & beramal dengan isi kandungan Al-Quran

- Kalau anak lelaki cuba untuk melakukan sesuatu yang tak elok seperti berzina atau menghampiri zina, nasihatkan kepadanya mahu ke kalau adik perempuan dia / ibu dia diperlakukan seperti dia buat kepada perempuan itu? Sebab itulah pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat supaya anak-anak lelaki ini bertanggungjawab melindungi ahli keluarga perempuan.

Ibu pula memainkan peranan yang penting juga. Antaranya :

- Selalu bercakap dengan anak lelaki. Walaupon anak lelaki masih kecil tapi rajinkan libatkan mereka di dapur supaya mereka tidak merasa janggal dengan kita apabila besar nanti. Maksudnya walau macamana sibuknya kita (sebagai seorang surirumah, atau bekerja) jangan lupa bila berada di rumah selalukan bercakap/bertanya dengan anak-anak lelaki aktiviti mereka supaya mereka tidak merasa sunyi

- Kalau boleh peluklah mereka setiapkali mereka pulang dari sekolah supaya mereka rasa dihargai. (anak perempuan juga) ~ cara didikan Rasulullah s.a.w

- Kalau nak suruh anak solat, jangan suruh banyak-banyak kali supaya mereka tidak rasa sebagai leteran sebaliknya ajaklah mereka solat bersama. Suruh mereka jadi imam solat kita

- Ibu memang memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak kerana kebanyakan suami memang sibuk bekerja so penting juga mencari ilmu dalam mendidik anak-anak, dengar ceramah atau baca buku & sambil-sambil berbual dengan suami selitkan atau kongsikan apa yang kita baca.

- Panggillah anak dengan nama yang baik / manja.

- Peringkat pertama didikan anak iaitu dari bayi hingga 7 tahun kenalah didik dengan penuh kasih sayang. Jangan sesekali marah anak . tengking anak kerana dikhuatiri akan membuatkan emosi anak terganggu

- Ibu pula bila anak lelaki sudah berumahtangga cuba layan menantu perempuan lebih dari anak sendiri kerana bila menantu sayang kita, Insya Allah menantu juga tak akan buat perangai contohnya apabila balik raya nanti Insya Allah tidak akan perang nak balik kampung isteri:) kerana isteri senang berada / bergaul dengan kita.

- Anak lelaki juga seharusnya faham tanggungjawab apabila sudah beristeri iaitu mentaati Allah, Rasul, ibu & isteri. Jangan sesekali melebihkan isteri sebelum ibunya. Insya Allah apabila redha ibu bersama kita, anak lelaki akan berjaya dunia akhirat.

Itu sahaja yang aku boleh kongsikan. Banyak juga kesilapan yang aku buat dalam mendidik anak-anak terutama bab marah anak. Memang tahap kesabaran ni senipis kulit bawang sebab tu cepat melatah bila anak buat perangai..huhuhu

Ya Allah, semoga aku dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan anak-anak lelaki mahupun perempuan. Memang mudah bila bercakap tapi nak laksanakan tu..agak susah juga..huhuhu


Buat anak lelaki mama Amirul Haziq, Ashraf Hariz & Azzam Haneef semoga berjaya dalam kehidupan dunia & akhirat


semoga aku diberikan kesabaran dalam mendidik anak-anak. Masih banyak lagi kelemahan dalam mendidik anak-anak. Semoga Allah sentiasa berikan hidayah & petunjuk kepada aku & ibu-ibu di luar sana agar dapat mendidik anak-anak dengan betul seterunya melahirkan generasi yang cemerlang akidah, cemerlang ilmu & berjaya di dalam semua bidang

Aminn..

7 ulasan:

bibi yusof berkata...

kadang hilang jugak skit sbyk didik anak ni...
marh tu especially time kite penat anak anak buat onar...

thanks for the info... very good info..

mummY daniSha berkata...

thanks for sharing kak...besar cabaran didik anak ni kan...semoga allah beri kite kekuatn dan kesabaran

Tie HT berkata...

moga anak2 berjaya dunia dan akhirat :)

ck berkata...

wah bagus info ni..tq 4 sharing. Nak tgok mmg xsempatlah. Tips utk menjaga 2 org hero yang kat umah tu.

Unknown berkata...

info yang sangat membantu :)

www.mnmforlife.blogspot.com

Nini Muhammad berkata...

terima kasih tips puan. amat membantu saya.

salam perkenalan dari saya.
Nini nisrin muhammad
blog: www.bijaksihat.com

mamaNASA berkata...

Tkasih..tip yg berguna..AMIN...semoga kita selalu dilindungi oleh NYA...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^