Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 4 Mac 2013

JJCM~Restoran Mohd Chan Kota Kemuning (Lagi)

Assalamualaikum,

Jumaat malam yang lepas kami ke Restoran Mohd Chan lagi. Kali ni lepas solat maghrib je terus keluar dari rumah. Rasa ralat sangat haritu sebab masa teringin nak makan kuey teow daging, kami sampai lambat so kebanyakan meja dah penuh so terpaksalah makan di Pak Hailam Kopitiam.

Alhamdulillah, dapat makan di dalam walaupun pada mulanya semua meja sudah diletakkan tanda RESERVED. Al maklumler malam cuti kompom-kompom ramai yang call buat tempahan. Melihatkan kami yang ada baby kecil ni, terus staff restoran bagi kami duduk kat dalam restoran. Bagus juga sebab kalau makan di luar agak kurang selesa kerana meja yang kecil & kawasan yang sempit, kalau dapat pula sebelah orang hisap rokok lagi kesiankan baby kan so memang beruntung sangat-sangat kalau dapat makan kat dalam. Dengan iringan lagu Westlife (TV asyik dok tayang konsert Weslife je, agaknya tokei dia big fan of Westlife kot.HAHAHA) & tempat ber air-cond, lagilah sedap baby Azzam tidur!

Tapi walaupon baby Azzam tidur, tetaplah tak boleh makan dengan tenang sebab kena melayan si Ashraf yang aktif tu. Tak nak dah makan bersuap, semua nak buat sendiri dah! Memang haru birulah kalau keluar makan dengan anak-anak! Tapi tetap mahu keluar makan juga kan..yerlah sekali sekala kenalah tambahkan lemak di badan ni:D


Macam biasa order set dim sum..anak-anak tak berapa suka sangat..tapi mereka makan juga cuma tak makan banyak


Kali ni aku tak order dah kuey teow daging, en suami suruh order menu ni *lupa pula namanya* tapi gabungan kuey teow dengan yee mee ke. seperti biasa portion memang besar sampaikan terkejut beruk aku sebab takut tak habis..tapi habis je..dasar perut stokin kan..Owh yang pasti rasanya sedap & harga pon boleh tahan murah (bawah RM10 je) so memang berbaloi-baloi kalau tak nak makan nasi



En suami order nasi dengan sweet sour fish. Rasa ikan tu biasa je..tak suka pula laki aku ni..mungkin sebab rasanya yang terlebih masam..


Bapak serba boleh!! Dah biasa dah buat sambil pegang baby sambil suap anak & sambil makan..hehehe Kalau nak anak ramai kena jadi macam en suami..adegan air tumpah, kuah tumpah, nasi tumpah sudah sinonim dengan kami ni..hehehe Nak buat camno, anak terlampau aktif sampai tak terkawal..

Malam tu anak-anak aku makan nasi ayam. Thanks Mokra (adik ipar) sebab belanja kami makan. Moga bertambah murah rezeki Mokra..cepat-cepat bertemu jodoh yang baik yaaa

Pada sesiapa yang berada area Kota Kemuning, aku sangat-sangat rekemenkan Restoran Mohd Chan ni, makanan sedap, servis ok & harga pon tak mahal mana. Serious puas hati kalau nak makan makanan cina muslim, eloklah ke sini aje!

Oklah..bye bye. 

5 ulasan:

NenetPenne (NP) berkata...

rasanya kat sec 15 shah alam pun ada satu....

Tanpa Nama berkata...

Kita pon dlm sebulan sekali mesti terjah sini..menu atas tu Kuay Toew kantonis kan?? Satu lagi fav kitaorang ialah Wantan mee..

mama leen berkata...

memang best makan kat luar.. tapi dengan bawak anak2 memang la susah nak merasa sedapnya makanan.. tahniah la hasben awak pandai jaga.. kalau saya ni.. memang berperang gak dengan budak2.. :)

IdaShazana berkata...

Nampak sedap je dim sum tu. Favourite

Zaila Mohamad berkata...

Nenet Penne (NP)

Memang ada tapi tak pasti tu restoran Mohd Chan ke apa namanya


Anom,

nama dia macam pelik sikit tp rasanya mmg sebijik macam kuey teow kantonis..biaserlah nama mesti gempakss..HAHA

mama leen,

bila anak dah lebih dari 2 automatik suami akan jadi multitasker;)

IdaShazana,

cubalah dim sum di sini..boleh tahan juga rasanya:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^