Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 22 Mei 2014

Fenomena Sambal Hijau Sedap Pula

Assalamualaikum,

Maaflah jika blog ini sudah bertukar menjadi blog makanan. Ha ha ha! Setiapkali entri baru mesti ada gambar makanan ya, jangan stress ya adik kakak semua. Baru aku tahu yang perkataan "makanan" begitu sinonim dengan aku. Sejak dari zaman UPM lagi di mana aku mengambil Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Proses & Makanan, sampai berhenti kerja duduk rumah pun jual produk makanan :)

Alhamdulillah, ini jalan yang telah Allah tetapkan buatku :)

Kali ini bukan nak cerita tentang produk yang aku jual, tapi produk yang aku beli. Takkan asyik nak harapkan orang beli produk kita aje kan? Sesekali kena berbelanja dan sokong produk kawan-kawan juga kan? Aku tengok fenomena sambal hijau sedap sekarang ini sedang melanda Facebook. Macam biasalah apa sahaja yang melintas di "news feed" aku bisa membuatkan selera mak buyong bergetar, dan-dan tu aku akan beli. Kebetulan salah seorang bekas pelajar kelas asas blog & fanpage aku juga merupakan ejen jualan produk ini. Terus order satu botol dulu untuk percubaan pertama.

Memang ternyata pedas sambal hijau ni tapi aku tak suka sangat makan dengan nasi. Aku suka masukkan dalam masakan, kiranya ramuan dalam sambal hijau ini sudah seperti pes yang boleh ditambah ke dalam masakan kita. Antara ramuannya adalah ikan bilis, bawang merah dan cili hijau.

Ini salah satu contoh masakan yang aku sediakan menggunakan sambal hijau sedap ini :



Sayur kangkung goreng

Hanya perlu tumiskan bawang kemudian masukkan sambal hijau dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan kangkung dan perisakan dengan sedikit garam. Wallah! Sudah siap, tak perlu nak tumbuk ikan bilis dengan bawang lagi :)

Tapi sayur kangkung ini kegemaran aku seorang aje, hu hu hu. Anak-anak susah sedikit nak makan sayur hijau. Oh! Lagi satu kegunaan sambal ini aku selalu masukkan di dalam nasi goreng. Sangat-sangat sesuai jika mahu cepat. Tumiskan bawang, masukkan 2 atau 3 sudu pes sambal hijau dan pecahkan telur. Kacau-kacau sebentar dan masukkan nasi. Siap untuk dihidangkan bersama dengan telur mata :) Tapi ini untuk mak ayahlah ya, anak-anak tak suka sebab pedas!


Jika mahu dapatkan sambal hijau ini, jangan lupa hubungi Pn. Azhana di talian 013-351 0426 dan beritahu nama aku supaya dapat diskaun. Ha ha ha Takderlah, aku mana dapat komisen apa-apa, saja tolong promosikan produk kawan-kawan. Semoga makin meriah dengan tempahan :)

Boleh baca mengenai sambal hijau di blog beliau di sini :Sambal Hijau Sedap

Sehingga bertemu lagi. Bye!

Iklan : Aku sedang mencari surirumah yang berminat untuk menjana pendapatan dari rumah dengan perniagaan online. Hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats App / Sms : 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

Tapi hanya yang serious sahaja mahu menjana pendapatan dari 3 angka ke 5 angka sebulan. Yuran akan dikenakan tetapi jika rajin berusaha Insya Allah akan mendapat hasilnya dalam masa yang pendek.

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^