Saturday, December 13, 2014

Tips Jika Mahu Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum,

Ini adalah entri yang telah di "schedule" kan siarannya. Insya Allah pagi ini aku dan en suami bersama 5 anak-anak kami akan ke Sabah untuk bercuti. Doakan semoga semuanya selamat belaka ya!

Ramai yang email dan PM (pada yang tak tahu PM tu maksudnya Private Message bukannya Perdana Menteri ya) aku bertanyakan bagaimana untuk mahu bekerja dari rumah? Bagaimana mahu mendapatkan pendapatan sendiri dan hanya berada di rumah bersama anak-anak. Herrmmm, sebenarnya aku pun tiada jawapan yang tepat bagaimana dan macamana, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri dan motivasi diri sendiri. Aku dulu pernah bekerja dan sekarang ini sudah hampir 2 tahun berhenti kerja dan berada di rumah sambil menguruskan bisnes kecil-kecilan yang aku buat sejak sebelum berhenti kerja lagi.

Di sini aku kongsikan based on pengalaman sendiri, kalau orang lain aku tahu yaaa

1) Mulakan dari sekarang. Kalau dah rasa lemau-lemau nak keluar kerja mengharungi trafik jem yang menggila atau rasa sedih nak tinggalkan anak-anak pada pengasuh, maka kena ada perancangan dari sekarang. Maksud sekarang tu adalah bertindak hari ini bukan esok bukan lusa bukan bulan depan tunggu gaji masuk atau apa-apa alasan yang korang nak bagi. Nak mulakan apa? Mula-mula fikirlah apa yang akan korang buat bila dah berhenti kerja nanti untuk tambah pendapatan korang. Kalau berhenti kerja sebab suami suruh dan suami nak bayar gaji takpe, yang tu memang bestlah kan tak payah nak susah-susah berniaga tapi kalau yang dah malas nak pergi kerja (kes aku lah ni) tapi dalam masa yang sama nak cari duit sendiri maka korang kenalah fikirkan sesuatu yang menjadi minat korang. Macam aku ni memang suka berniaga, setakat ini macam-macamlah aku dah jual dan tak kisahlah apa orang nak kata pun kan? Yang penting setiap hari duit masuk dan kita boleh bayar hutang-hutang atau komitmen bulanan kita.

2) Mulakan dengan berblog. Ini yang paling senang nak buat tapi paling susah nak kekalkan momentum. Untuk pengetahuan semua, aku sudah ada blog ini sejak tahun 2009 lagi dan macam-macam kisah sedih suka duka aku kongsikan dalam ni. Pada sesiapa yang cakap nak mula berniaga online kena ada website segala itu semua POYO! Aku dah mulakan berniaga dengan menggunakan blog sebagai medium untuk menjual sejak dari tahun 2009 lagi dan dengan bangganya nak bagitahu yang semua itu PERCUMA sahaja. Tapi disebalik percuma itu, ramai yang tak tahu akan pahit manis aku berusaha untuk terus kekalkan trafik blog ini. Kalau kira tak membanggakan sangat trafiknya kerana hampir 6 tahun menulis blog, trafik sehari aku hanya seribu lebih sahaja berbanding dengan blogger-blogger "otai" yang lain. Tapi tidak mengapa lah, tak perlu nak stress-stress kerana walaupun trafik tak tinggi tapi blog ini sentiasa juga dalam carian mukasurat pertama carian google mahupun bing. Tak tahu apa itu carian google? Cuba taip nama aku "Zaila Mohamad" di dalam carian google, mestilah keluar blog ini kan? Hehe itulah yang dinamakan kuasai carian google. LOL!

3) Mulakan dengan ilmu. Aku dulu memang aku akui sangat berkira untuk ilmu. Maklumlah buat bisnes pun untuk main-main dan tak pernah terfikir nak pergi jauh pun. Malah, sekarang pun masih di tahap yang biasa-biasa sahaja tapi tak payahlah nak ukur tahap kejayaan kita dengan orang lain. Yang penting biar ada peningkatan dari tidak ada apa-apa. Sejak berada di rumah, memang banyak masa untuk baca buku motivasi dan fokus pada blog. Kalau dulu waktu bekerja penat sikitlah sampai tak ada masa untuk diri sendiri tapi sekarang ini kalau pandai uruskan masa dengan betul sebenarnya ada banyak benda boleh buat dalam satu masa.

4) Mulakan dengan network. Aku dulu awal-awal banyak buat sendiri belaka. Aku lah tukang update blog, aku lah tukang promosi dan akulah tukang pos dan kira duit. Memang tak dinafikan sangat-sangat penat dan kadang-kadang rasa "give up" dalam nak meneruskan bisnes tu. Pernah sekali aku berhenti sekejap dalam berniaga sebab tak ada kawan-kawan yang "supportive" dalam bisnes. Tapi itu dululah, sekarang ini dah banyak berubah sejak kenal ahli-ahli ABDR (Akademi Bekerja Dari Rumah) dan bila bekerja di rumah ni tak dinafikan kena kenal ramai orang supaya kita akan lebih dikenali atau dapat memberikan khidmat atau servis pada kawan atas kawan atas kawan kita. Kalau nak harapkan orang terdekat yang promosikan barang kita memang susahlah kan, bukan apa kalau sekali dua bolehlah tapi kalau selalu orang pun akan meluat juga kan? HAHA Jadi, kenalah pandai bina kepercayaan pelanggan dan kongsikan kebaikan produk kepada seluruh dunia dengan cara mempromosikan melalui blog dan fanpage dan juga cara lain.

5) Banyakkan bersyukur dan jangan cepat hilang fokus. Ramai yang tidak berjaya bila berhenti kerja dan berada di rumah adalah kerana mereka cepat hilang fokus dan tidak tahu apa yang mereka mahukan. Macam aku, niat UTAMA berhenti kerja adalah untuk bersama anak-anak dan menguruskan keluarga. Di samping itu, aku juga suka berniaga jadi memang buat bisnes untuk cari duit poket. Tapi kalau bisnes aku tak ke tahap yang lebih tinggi pun tak apa lah sebab aku masih tetap dengan niat UTAMA iaitu menjaga anak-anak. Walau apapun pilihan yang ada, sudah tentu anak-anak dan keluarga yang mennjadi pilihan UTAMA bagi aku. Alhamdulillah, makin kita bersyukur makin Allah beri rezeki pada kita. Kalau tak percaya cubalah buat. Dalam seminggu cuba jangan fokus kepada masalah tetapi senaraikan kesyukuran yang kita ada. Aku dulu masa bekerja selalu lah mengeluh malas nak pergi kerja malas nak buat kerja malas itu malas ini. Sebab itu rasa hidup ini serba tak kena. Sekarang ini malas nak fikir sangat kekurangan diri tapi lebih pada nak tambah baikkan dan perbaiki kelemahan yang ada. Yang penting kena bersyukur dan bersyukur. Nescaya Allah tambahkan rezeki lagi. Percayalah!

6) Fokus untuk capai matlamat. Kalau rasa nak berhenti kerja bila anak-anak dah 3 maka dari sekarang (waktu takde anak atau anak 1) pun dah kena usaha. Jangan lupa kongsikan dalam blog matlamat kita pastu usahalah ke arah itu. Dalam hidup ini memang kita akan sentiasa diberi pilihan oleh Allah dan selalunya bilamana saat kita dah nak capai matlamat kita Allah akan beri tawaran yang lebih menarik. Dalam kes aku dulu masa awal bekerja mula-mula tu rasa nak berhenti kerja sebab tak tahan dengan perangai bos lepas tu tak suka dengan persekitaran kerja tapi alhamdulillah bila hubungan dengan bos dah makin baik dan kerja pun tak banyak tapi aku memilih untuk berada di rumah juga bersama anak-anak. Masa tu tak pernah bayangkan yang akan ada 5 anak pun :) Alhamdulillah rezeki Allah beri bila memilih untuk bersama keluarga dan anak-anak. Pendek kata pasang impian dan jangan lupa berusaha ke arah situ. Biar lambat capai impian tapi sekurang-kurangnya dapat capai juga dari pasang impian tapi tak usaha. Sampai bila pun tak akan dapat. Faham?

Okah, rasanya itu sahaja tips yang terlintas dalam kepala otak aku ni. Ampun maaflah kalau ayat tunggang terbalik ke apa sebab aku selalu menulis apa yang terlintas di fikiran pastu takde masa dah nak edit balik kasi "cantik". HAHA Yang penting korang semua faham apa yang aku cuba sampaikan. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membacanya. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@gmail.com
Whats App / Telegram : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Bye!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015