Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 12 Januari 2015

Sesi Persekolahan 2015

Assalamualaikum,

Hari ini sesi pertama persekolahan. Malam tadi bukan main eksaited mama nya berangan nak bangun awal lah, nak masak macam-macam untuk anak-anak. Kesudahannya mata tak boleh nak lelap fikir macam-macam. Bukan senang jadi seorang ibu ni. Bila anak dah sekolah terutamanya anak perempuan, terfikir macamana lah dia nak sesuaikan diri kat sekolah, ada kawan ke nanti dalam kelas, dengar ke apa yang cikgu ajar? Dapat fokus ke anak aku dalam kelas? Macam-macam mama fikirkan sampai sedar-sedar dah subuh gajah!

Rupa-rupanya bukan aku seorang yang macam ni, kawan-kawan lain yang anak-anak pertama kali masuk sekolah pun sama tapi aku ni anak dah 2 orang cuma Husna aje yang baru masuk darjah 1. Berdebar-debar nak tunggu Haziq & Husna balik sekolah. Sudahlah pagi tadi van sekolah pun lambat datang, akhirnya en suami yang pergi hantarkan ke sekolah. Pagi ini mama tak sempat masak apa-apa pun, hanya bekalkan biskut dan air masak sahaja. Tapi ada lah bagi duit saku RM2 seorang lepas tu di sekolah pun dah ada pakej makan tengahari juga. Tak sabar nak dengar cerita Husna :)

Hari ini Husna dah mula belajar, masa orientasi yang lepas cikgu dah bagi jadual waktu kelas siap-siap dah. Malam tadi mama ajar macamana nak susun buku, pastu macamana nak simpan buku. Adoi, harap-harap jangan bertukar jadi belacanlah buku-buku tu semua;P Kalau mak aku dulu tak pernah ambil tahu pasal buku-buku sekolah ni apa tau, hari pertama aku ke sekolah pun takde nak hantar atau tunggu. Ambil gambar jauh sekali lah kan. Beza sungguh zaman dulu dan zaman sekarang T___T"


Azzam pun bangun awal sama macam abang dan kakak. Sibuk nak ikut mereka pergi sekolah. Kelakar pula tengok dia pakai baju macam tu dengan selipar bunga-bunga. Nak buat fashion show ke dik??

Rumah memang sunyilah bila anak-anak yang besar tak ada. Ashraf dan Azzam pun dah mati kutu selain dari bermain mesti bergaduh dua orang ni. Tapi takpe, lama-lama nanti kamcenglah tu;P


Mama masuk bilik anak-anak tiba-tiba rasa sunyi dan sedih. Emosi seorang ibu. Ini baru 2 orang anak pergi sekolah, belum semua anak. Kalau ada pening kepala dengan ragam mereka tapi kalau tak ada rasa sunyi yang amat-amat pula. Apa-apa pun, moga mereka pergi sekolah belajar rajin-rajin. Itu sahaja doa dan harapan seorang ibu, mahu melihat anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.

Apa ragam anak-anak uols di sekolah? Jom kongsi bersama :)

1 ulasan:

Unknown berkata...

we r in a same boat, ila. Sms kedua ank llki saya msuk drjh 1 x de plak rase risau mcm ni. Tp kali ni trase sngt risau bila ank dara nan sorang msuk alam prsekolahan. Smga segalanya selamat

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^