Selamat berhujung minggu semua!! Tetiba rajin pula aku nak update resepi ciptaan aku si ibu #pemalasnakmasak. Ting!! terfikir untuk buat baked salmon..Yes, ikan salmon kegemaran kami sekeluarga; semua pon suka makan!! "hilir" sungguh keluarga Mdae ni tapi pedulikan apa orang kata, yang penting ikan salmon cukup kaya dengan kandungan omega 3 yang bagus untuk perkembangan otak anak-anak!!
Salmon ni aku beli di Econsave depan rumah aku je, suka sangat bila ada bekalan ikan salmon di sini. Sudahlah murah!! Isinya dibelah tebal-tebal pulak tu..Sekali buat, cukup untuk 4 orang makan..Eh! macam biasa, mesti terlebih intro yang aku bagi..so inilah resepinya:
Bahan-bahan :
- isi ikan salmon
- garam & mixed herbs
- sayuran seperti bunga kobis, capcicum, tomato ceri
- susu segar
- mozarella cheese
- minyak zaitun untuk menggoreng (sikit je)
Cara-cara :
- lumurkan garam & mixed herbs & panggang di atas kuali sekejap (sehingga kekuningan)
- masukkan ke dalam bekas untuk dimasukkan ke dalam oven
- masukkan sayuran & goreng sekejap dalam minyak bekas ikan tadi
- masukkan sayuran & taburkan cheese di atasnya
- masukkan susu segar (agak-agak sahaja jangan terlampau banyak sebab tak nak jadi salmon masak lemak pula)
- bakar sehingga keju kekuningan! suhu aku pakai dalam 200 degree
- kalau nak kuah pekat, boleh bancuh susu segar bersama tepung gandum tapi aku tak buat pon macam tu
sebelum dibakar
selepas dibakar
Bagi penggemar salmon mesti akan suka, tapi bagi bukan penggemar salmon konpem tak boleh telan..hikhikhik
Oklah, selamat mencuba!!!
Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions


