Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label Makan Masakan Sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan Masakan Sendiri. Papar semua catatan

Rabu, 24 Januari 2018

Resepi Sayur Lemak Pucuk Midin

Assalamualaikum,

Ahad yang lepas macam biasalah setiap pagi aku dan en suami akan keluar dating membeli stok barangan basah untuk keperluan rumah. Kali ni, kami ke satu kedai runcit di Jalan Kebun. Kat sini boleh tahan segar sayur-sayur hijau dan banyak juga pilihan. Waktu ini bolehlah nak beli stok sayur yang "rare" sikit seperti pucuk midin (pernah dengar tak?). Pucuk midin ni seangkatan dengan sayur pucuk paku tapi dia lebih kepada daun sikit. Kalau kat kampung, mak aku mesti buat sayur lemak letak ubi keledek. Haaa bila jumpa sayur kampung memang akan teringat kat masakan mak, dulu masa kecik tak nak makan, bila dah kertu ni, mulalah rindu. Kalau mak ada kat rumah aku, insya Allah aku mahu masakkan sayur ni je.

Bahan-bahan :

-Sayur pucuk Midin seikat, sebenarnya lebih banyak lebih sedaplah sebab sayur ni kan ambil daun aje, pastu bila dah masak akan kecut
- 3 atau 4 ulas bawang merah
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 ekor isi ikan rebus
- 1 mangkuk santan cair (kalau nak kuah lebih tambah air suam)
- 2 biji ubi keledek (bunag kulit dan potong nipis)
- garam dan serbuk cukup rasa

Cara-caranya :

Tumbuk  bawang merah, lada hitam dan isi ikan rebus sampai lumat. Panaskan kuah santan dan masukkan sayur midin, ubi keledek, bahan tumbuk dan garam serta cukup rasa. Masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan. Kalau ada budu dengan ulam, memang terangkat sangat.


Haritu  beli secekak sayur midin harga RM2.50. Bagi aku mahal juga tapi sebab nak makan, belilah juga. Pada yang tak kenal pucuk midin tu yang warna merah (dalam gambar bawah)


Kadang-kadang bosan juga asek makan sawi ngan kangkung aje, sesekali kena tukar selera. Ingat lepas ni nak masak sayur pucuk paku dengan udang, takpun pucuk ubi masak tempoyak. Mak aih mesti selera snagat makan nasi ni


Kat sini ada banyak pilihan sayur kampung yang kadang-kadang aku pun tak tahu namanya.


Kat sini aku selalu dapatkan stok pegaga kampung. Buat makan ulam dan kadang-kadang buat bubuh dalam gulai ikan. Kalau pegaga di Segi Fresh tu pegaga macam untuk hiasan tapi boleh je makan, selalunya aku akan buat jus lah.

Oklah, selamat mencuba resepi kampung di atas ya. Bye!

Ahad, 31 Disember 2017

Resepi Mudah Popcorn Noxxa Pressure Cooker

Assalamualaikum,

Kejap aje dah nak habis cuti sekolah kan? Waktu cuti sekolah memang Haziq & Husna yang banyak take over dapur. Ada aje benda yang diorang nak buat. Kebetulan aku beli biji jagung kering di Segi Fresh jadi suruhlah mereka buat popcorn dengan menggunakan Noxxa PC. Alah, HP2 min je uols dah dapat bertih jagungnya.

Resepi caramel tu aku tengok yang kawan sekolah aku buat. Nah, aku tepek juga di sini supaya nanti mudahkan uols nak cuba buat.


Sebenarnya sejak ada Noxxa PC ni, inilah kali pertama aku buat popcorn. Dulu-dulu pernahlah pergi tengok demo di kelas tapi lepas balik selalunya vitamin M tubanyak sangat. Sekarang ni pun masih banyak cuma sudah boleh sub kepada anak-anak dah tugas mengendalikan gadget best ni. Berbaloi-baloilah uols beli sebab anak-anak boleh guna juga :)


Terima kasih sis Azilah kongsi resepi. Rajin dia nak menaip :P Mekla tumpang screencapture sahaja. Kih kih kih

Bermula Januari 2018 ada promosi best kalau beli NPC ni. Haaaa kalau nak tahu apa dia, silalah Whats App di 012-970 6828 tau. Tawaran hanya pada bulan Januari sahaja jadi siapa cepat dia yang dapat :)

Jumaat, 19 Mei 2017

Jom Dapatkan Noxxa Pressure Cooker Sebelum Jun

Assalamualaikum,

Lama tak kongsikan gambar masakan Mekla ya? Sebenarnya setiap hari pun masak cuma kadang-kadang masukkan dalam facebook aje, kadang-kadang masuk dalam group WA Kongsi Resepi Noxxa sahaja. Bergantung pada mood aku juga. He he he

Tak lama lagi Ramadhan bakal menghampiri, memang surirumah mahupun suri bekerjaya kenalah bersedia dengan segala gadget yang memudahkan uols kat dapur. Kalau Mekla sudah tentulah Noxxa Pressure Cooker dan teman seangkatan dengannya (Noxxa steamer, Noxxa Noodle Maker boleh buat kuih raya uols). Sekarang pun setiap masa sudah latih gadget ni "lasak" dengan memasak menggunakannya.

Jumaat lepas Mekla buat nasi arab mandy kambing guna rempah nasi arab Al Bayt. Lama gila rasanya tak masak nasi arab menggunakan Noxxa Pressure Cooker. Nasib baik masih ingat lagi cara-caranya. He he


Daging kambing tu sebelum masuk dalam beras, elok HP selama 20min untuk bagi dagingnya lembut sikit


Macam biasa kalau nak masak nasi arab buat LP (low pressure) selama 8min. Beras pun menjadi elok je kejadiannya


Sedap dihidangkan untuk berbuka puasa nanti


Alhamdulillah berbuka seadanya. Uols dah habis ganti puasa ke? :)


Yang ini pula ada kepala ikan merah en suami beli di Econsave. Sebelah buat kari kepala ikan guna mod steam selama 5min. Ya Allah nikmat makan kepala ikan yang dimasak sendiri. Kalau makan kat kedai ni entah berapalah habis $$ melayang kan?


Sebelah kepala lagi ingatnya nak buat sup tapi rempah sup habis, maka Mekla buat singgang. Pun sedap! En suami cakap dia sudah ada pesaing dalam acara makan kepala ikan:) HA HA HA Yang nipun buat mod steam 5min sahaja isi ikan dah lembut. Mudah sangat masak.

Bulan Jun Noxxa akan naik harga. Harga pasaran sekarang RM788 kalau bulan depan sudah jadi RM800+. Kalau mahu dapatkan pada harga lama baik beli pada bulan ini. Boleh Whats App Mekla di 012-970 6828 untuk pembelian. Bulan puasa ni bolehlah pakat-pakat masak guna NPC, mudah dan sangat efisien, dapur pun tak sepah sangat :)

Bye!

Rabu, 26 April 2017

Resepi Fillet Ikan Masak Masam Manis

Assalamualaikum,

Lama dah tak kongsi resepi mudah kan? Maklumlah, sekarang ni asyik beli kat kedai aje *ops kantoi* Ha ha ha Kalau masak pun hanya masak yang mudah-mudah macam telur dadar aje. Syukur anak-anak tak banyak komplen tapi adalah sekali hari tu Husna cakap "Tahun 2017 mama dah jarang masak". Amboi sentap mak, bukan apa, dulu awal-awal tahun semangat aje masak untuk bekalan anak-anak ke sekolah tapi lepas tu en suami kan selalu outstation jadi selalu juga beli sarapan terus.

Panjang pula lah intro nya. Ini yang malas menulis ni sebab memang ada aje yang nak cerita :P

Oklah, petang semalam masak fillet ikan celup tepung masak masam manis. Sedap tau, ada kawan Mekla bagitahu ini masakan taraf hotel sebab kalau ada acara di hotel mesti cari lauk ni. Alah nak buatnya senang aje tau.

Bahan-bahan :

- Fillet ikan dori (ke ikan apa tak ingat dah tapi boleh cari di bahagian sejuk beku). Mekla beli jenama Econsave sepeket dalam RM9 lebih ada 4 keping isi ikan, potong kecil bentuk 4 segi, jangan kecil sangat nanti hancur
- Tepung segera tak kisah jenama apa. Kalau jenama Adabi sedap tapi agak masin. Mekla guna ni jenama Bistari, tak perlu nak celup telur bagai dah.

Untuk kuah :

- 3 ulas bawang putih & 1 labu bawang besar (nak potong ke nak cincang ke terpulang)
- 2 biji cili padi (kalau nak pedas tambahler tapi Mekla tak boleh buat pedas sangat) *ketuk aje
- 5 sudu besar sos cili, 3 sudu besar sos tiram 3 sudu besar sos tomato
- 1 mangkuk air
- garam gula serbuk perasa (kalau perlu)
- Kalau ada lada benggala boleh potong masukkan tapi Mekla takde jadi Mekla masukkan tomato aje


Isi ikan tu celup tepung dan goreng dengan api sederhana. Dah siap asingkan dulu

Lepas tu untuk kuah, panaskan minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai naik bau. Kemudian masukkan sos-sos yang telah dicampur ke dalam mangkuk air. Kacau-kacau dan tambahkan garam gula secukup rasa. Nak tambah lada benggala boleh nak bubuh tomato sahaja pun boleh. Agak-agak kuah pekat tutup api dan cuah atas ikan. Jangan p gaul ikan dalam kuah, takut nanti hancur isi ikan tu


Hidangan taraf hotel boleh disediakan di rumah. Masakan penuh kasih sayang gittew :)

Selamat mencuba tau. Eh nak bagitahu stok serunding daging dah masuk lagi 7kg semalam tapi dah tinggal 3kg dah. Kalau nak beli untuk sampel jualan boleh Whats App 012-970 6828 tau.


Belanja gambar sarapan pagi Mekla hari ini. Tabur serunding daging original Kg Laut. Perghh mabeles :)

Whats App 012-970 6828
Whats App 012-970 6828

Bye!

Khamis, 6 April 2017

Tiada Lagi Masalah Masak Daging Keras Dengan Noxxa Pressure Cooker

Assalamualaikum,

Cuti sekolah yang lepas Mekla sekeluarga balik bercuti di kampung. Apabila berada di kampung biasalah makan tak ingat, minum manis dan habis segala diet (eh diet ke?) masuk ke dalam gaung :P

Apabila balik ke Shah Alam diuji dengan kesakitan gigi. Aduh, sakit gigi ni merupakan sakit yang paling Mekla tak suka. Puncanya gigi berlubang dan waktu mengandungkan Arman dulu pernah Mekla berulang-alik ke klinik gigi untuk membuat pemeriksaan. Alhamdulillah selepas itu memang jarang sangat dah sakit gigi cuma sesekali tu terasa juga apabila minum air baru (rasa nyilu) dan makan benda yang keras. Pendek kata, memang kena berhati-hati dalam memilih makanan.

Salah satu makanan yang kami sekeluarga suka adalah daging. Selalunya aku masak sup sebab anak-anak suka. Boleh makan dengan telur dadar dan kicap sahaja :) Kalau bab masak daging memang syukur sangatlah takde masalah dah untuk melembutkan daging tu. Noxxa Preassure Cooker memang banyak membantu :)


Semalam buat sup daging dan telur dadar. Sup daging tu masak dalam NPC sahaja selama lebih kurang HP25. Daging lembut sesuailah dimakan bersama anak-anak. Kalau bulan puasa nanti, ini menu wajib kami dah :)


Ini pula bubur nasi sup tulang yang en suami masakkan waktu aku sakit gigi. Adui makan bertambah tak macam orang sakit gigi dah. Ha ha ha Nak buat macamana, sebab daging kat tulang tu lembut sangat-sangat dan Masya Allah air dagingnya terasa-rasa lagi, dipadankan pula dengan telur masin. Ya Allah sedapnya!

Bagi sesiapa yang mahu beli NPC ni boleh beli dengan Mekla ya. Bulan Jun ni harga akan naik lagi (entah berapa kali naik dah ni) tapi percayalah memang sangat-sangat membantu mempercepatkan proses memasak dan melembutkan daging. Sangat-sangat berguna bila nak masak kenduri atau juadah hari raya nanti. Baik beli sebelum naik harga lagi tau. Ahakssss

Whats App 012-970 6828 untuk pertanyaan harga dan cara pembelian. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan resepi atau cara penggunaan juga diberikan di dalam Group Whats App kendalian aku sendiri :)

Bye!

Rabu, 29 Mac 2017

Resepi Mee Kari Seafood Sedap


Assalamualaikum,

Lama tak kongsi resepi di sini, maklumlah nak luangkan masa untuk menulis pun agak "bercinta". Jadi dikesempatan waktu yang ada ni, sempatlah aku taip resepi mudah mee kari seafood yang sedap. Ha ha ha Mekla kalau masak selalu puji sedap padahal kalau orang lain makan biasa-biasa aje tapi pujian sedap tu datang dari suami dan anak-anak, si penghuni setia cafe mama Zaila ;)

Tempohari aku pernah makan mee kari seafood di Restoran Mohd Chan, biasalah apabila balik teringat-ingat dan kebetulan terbeli isi kerang yang sudah dikopek di Pasaraya Segi Fresh, terus berhajat untuk buat mee kari. Oh! Sebelum itu kena tunggu angin rajin datang dulu sebab mee kuning tu aku buat sendiri dengan menggunakan #NoxxaNoodleMaker, garam, serbuk kunyit (untuk warna), minyak dan air sahaja. Mudah kan? Berminat untuk beli NNM boleh terus Whats App aku di 012-970 6828. Nak beli secara bayaran bulanan pun boleh :) *wah! Sempat lagi kau iklan ya noks!

Ok sambung kepada resepi mee kari mudah :

Bahan-bahan tiada sukatan tepat, sekadar anggaran sahaja :)

- 7 ulas bawang merah yang kecil *
- 3 atau 4 ulas bawang putih *
- 2 inci halia * mayang halus bahan bertanda *
- Rempah 4 sekawan (bunga cegkih, bunga lawang, kayu manis dan pelaga) tapi aku bubuh mana yang ada kat dapur je
- segenggam daun kari (sedih sebab belakang rumah takde pokok kari jadi gunalah daun kari kering yang ada kat dalam peti sejuk tu)
- 3 sudu serbuk kari ikan (serbuk kari ni aku beli di Kelantan cap jam) Kalau nak pekat mungkin boleh lebihkan tapi sebab keluarga Mekla semua tak suka pedas maka berpada-pada dalam memasukkan serbuk kari ;)
- Santan pekat dalam 2 cawan dan air dalam 2 cawan (kalau nak kuah banyak lebihkan air tapi tengok juga, jangan sampai cair sangat nanti orang kata kedekut santan pula)
- Isi ayam potong kecil, kalau nak best ambil yang bahagian bertulang
- 1 peket kepingan kek ikan (potong pendek)
- 1 peket tauhu kering (apa ke namanya tauhu pok ya?)
- 1 peket bebola ikan
- 1 mangkuk udang saiz besar
- isi kerang yang telah direbus (aku tak rebus pun cuma lepas masukkan tu pastikan sudah masak baru tutup api)
- 1 keping asam keping
- garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan sampingan :

- telur direbus dan belah dua
- bersihkan sawi dan celur sekejap
- mayang halus cili merah
- bawang goreng

Cara-Cara untuk membuatnya :

- Panaskan minyak di dalam periuk (kalau ada periuk belanga tanah liat lagi best), kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun kari dahulu sehingga layu.
- Masukkan pes serbuk kari ikan yang telah digaul dengan air
- Masukkan isi ayam, dan santan pekat, asam keping dan air
- Masukkan isi udang, bebola ikan, kek ikan, tauhu pok dan kerang
- Perisakan dengan garam & gula
- Apabila sudah mendidih dan yakin dengan rasanya, tutup api
- Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan masukkan sawi, cili merah dan telur rebus ke atas mee tersebut
- Curahkan kuah yang mengandungi isi ayam, bebola ikan dan isi udang yang segar

Wallah selamat mencuba :)

Iklan sebentar


Bulan ini ada promosi gadget best yang bantu cepatkan kerja menggosok tau.Tak percaya? Baca pengakuan ini >> MUDAHNYA GOSOK BAJU. Yang bagusnya beli seterika dapat tempat menggosok sekali dengan hadiah juga. Siapa nak beli boleh terus Whats App ke 012-970 6828 sekarang. BULAN APRIL SAHAJA tawaran yang ada tau!

Jumaat, 24 Februari 2017

Koleksi Gambar Masakan Mekla

Assalamualaikum,

Tahun ini aku tak sempat lagi berkongsikan resepi di blog. Skala update pun sendu tapi tak mengapa, insya Allah aku akan cuba untuk terus update setiap hari dan nantikan resepi-resepi mudah untuk kawan-kawan cuba. Tempoh hari ada kawan bagitahu pernah mencuba resepi-resepi dalam blog ini, aduh terasa satu percikan semangat pula untuk terus berkongsi resepi ;)

Memasak ni sebenarnya mudah cuma nak memulakan tu perlukan kekuatan. Kalau perut lapar lagi bertambah semangat nak masak tapi reseppi-respi mudah je lah, kalau macam nasi minyak ke nasi tomato ke nasi bukhori ke itu kita berdoa jelah semoga datang kerajinan tahap dewa :P

Ok buat masa sekarang, aku kongsi gambar dulu. Pada sesiapa yang kawan aku di facebook (sila add : Zaila Mohamad) mesti akan perasan yang aku akan muat turun gambar masakan dalam album Koleksi Masakan 2017. Wah Mekla, perasan chef tersohor sangat kan tapi sebenarnya hanya untuk memori dan insya Allah semalam Allah berikan ilham untuk mengumpulkan semua resepi dan muatkan dalam ebook dan insya Allah akan diedarkan secara percuma.


Masak lemak labu. Kalau ada kobis boleh tambah kalau takde masuk aje sayur apa-apa, terung boleh timun batang boleh


Sawi Jepun tumis bebola ikan


Sawi Jepun goreng bersama sos tiram dan bawang putih


Kacang buncis goreng 


Gulai ayam


Ikan cencaru bakar sumbat kelapa


Nasi goreng cili padi


Daging masak lada hitam bersama cendawan shitake


Sup ayam


Masak lemak udang bersama pegaga


Ayam goreng perap sos


Lala masak pedas


Ayam masak paprik


Buncis tumis bertelur


Kerabu (kering) pegaga


Ikan masak sambal

Insya Allah akan ada banyak lagi memandangkan aku memang ada penyakit memasak dan mesti nak "tayang" kat facebook. Tak bermakna aku pandai masak tapi boleh lah masak untuk anak-anak. Kalau kena masak untuk ramai orang terus "blank". Ha ha ha

Oklah nantikan ya ebook koleksi masakan ni. Moga Allah kurniakan kerajinan untuk Mekla. Aamin.

Sehingga bertemu lagi. Bye!


Selasa, 20 Disember 2016

Resepi Meatball Ala-Ala Ikea

Assalamualaikum,

Selalunya Mekla suka mencuba resepi yang kawan-kawan kongsikan dalam group Whats App atau di facebook tapi tengok atas kerajinan dan bahan-bahan yang ada di rumah. Tempohari melintas satu iklan kedai jual bebola daging Ikea berdekatan dengan rumah, Mekla terus pergi cari dan beli tapi faham-fahamlah bila anak-anak ramai ni beli banyak pun tak cukup T_____T"

Jadi terpaksa lah Mekla merajinkan diri untuk membuat bebola meatball tu. Mula-mula waktu tengah semangat nak buat, daging cincang tak ada, yang ada hanya daging burger Ramly 3 keping sahaja. Bolehlah kan sebab Mekla pernah tengok rancangan masakan; ada chef bagitahu kalau nak buat bebola daging sedap kalau guna daging cincang yang ada lemak sikit.


Resepi pertama meatball ala Ikea :

- 3 keping daging burger lembu jenama Ramly
- 5 sudu tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk cukup rasa (tak nak masukkan pun tak mengapa)
- 1 sudu teh mixed herbs
- 1 biji telur

Cara-cara :

- Pecah-pecahkan daging burger dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian pecahkan telur dan gaul semua bahan. Bulat-bulatkan daging menjadi bebola. Kalau tak nak bagi melekat letakkan tepung di tangan. Selepas siap masukkan ke dalam freezer untuk sejukkan.


Bila nak makan tu bolehlah goreng atas kuali Tefal dulu sebelum dihumban ke dalam kuah bolognaise. Nyum nyummm sedap :) Anak-anak Mekla suka je

Resepi Mekla ni ringkas aje, pernah juga terjumpa resepi kawan-kawan yang gunakan serbuk roti menggantikan tepung gandum tu, mana-mana pun boleh ya. Atas selera masing-masing. Resepi kedua Mekla gunakan daging segar. Gigih kisar gunakan mesin pengisar sebab malas nak beli daging kisar kat kedai. Alhamdulillah, anak-anak suka. Husna pun rajin nak menggentel bebola ni, ada macam-macam saiz lah bila anak-anak buat. Yang besar tahi hidung pun ada! Ha ha ha


Kalau sekali buat memang sekejap aje tahan sebab masing-masing sibuklah nak makan. Itu dah bahagi-bahagikan seorang dapat berapa, pun masih tak cukup. Hermmmm, anak-anak Mekla memanglah kuat makan dan hampir semua makanan diorang makan. Kadang-kadang penat juga sebab asyik masak aje kerja Mekla setiap hari T____T"

Oklah, ni nak bagi laluan pada iklan pula :


Jom beli Noxxa Noodle Maker, nak buat mee kuning ke kue teow ke pasta seperti makaroni, fettucini ke semua boleh. Nak buat muruku, tat nenas gulung, semperit pun boleh. Jom nak beli tunai atau kutu boleh aje :) Whats App 012-970 6828 sekarang ya. Bye!

Khamis, 7 April 2016

Menu Pantang Mekla

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga luangkan masa untuk update blog ni, kalau tak sendu aje tengok ya :) Maklumlah, sejak ada baby Arman, jadual aku dah banyak berubah. Tambah pula dalam pantang laagilah susah nak luangkan masa untuk mengadap blog. Sekarang ni dah sebulan aku berpantang dan syukur sangat-sangat pantang kali ini dijaga oleh en suami dan pembantu. Memang aku tak masak sangat cuma ada lah sesekali tu buat menu sendiri sebab dah bosan makan ikan bakar dan sayur sawi.

Oleh kerana ini pantang yang ke 6 aku memang dah takde masalah bab pemilihan menu sebab dah ada pengalaman yang lepas-lepas tapi kali ini aku gatal juga buat persediaan awal seperti buatkan senarai menu setiap hari dari minggu pertama sampai minggu ke lapan (tapi tak guna juga sebab peti sejuk di rumah ni rosak jadi tak boleh nak simpan lauk banyak-banyak), selain dari beli siap-siap bahan-bahan untuk menu berpantang seperti ikan haruan kering. Isy panjang sangat cerita kalau nak ceritakan semuanya ya! Al-kisahnya hari aku balik dari hospital selepas bersalin, en suami bagitahu peti sejuk di rumah yang bahagian sejuk beku tu rosak sebab sudah tidak sejuk dan habis makanan beku jadi cair. Boleh bayang tak betapa banyaknya barang yang rosak memandangkan peti kami ni memang banyak sampah dan stok makanan.

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Maka, bermulalah hari-hari dalam pantang di mana lauknya hanya bergantung kepada apa sahaja yang en suami belikan. Oleh kerana takde peti ais, memang setiap hari juga en suami menjadi pelanggan setia Econsave, balik surau singgah beli ikan selar kemudian balik terus letak garam kunyit supaya tak rosak. Hampir 2 minggu jugalah peti sejuk masuk klinik dan percaya tak, alhamdulillah semuanya terkawal.

Minggu pertama pantang aku banyak makan ikan haruan untuk sembuhkan luka bersalin dan nasi pula masak dengan air pegaga. Selain itu, memang selalu minum susu kambing untuk perbanyakkan susu badan dan menghalang dari kena jaundice. Alhamdulillah, baby Arman bacaan kuningnya pun tak tinggi mana jadi memang sekali sahaja pergi ambil darah.

Minggu kedua pula sudah mula makan ikan selar dan ayam. Ikutkan ada orang tak bagi makan ayam waktu pantang tapi kadang-kadang bosan juga kan kalau asyik makan ikan je jadi masak ayam pun ambil bahagian dada yang ada isi sahaja. Kalau nak goreng-goreng pula gunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kat bawah ini ada beberapa gambar koleksi menu pantang aku;-


Petang-petang kalau mata dah lali aku suka minum kopi habbatussauda bersama kolagen jenama Nadhuha bersama biskut kering. Kalau nak beli boleh Whats App 012-970 6828 ya


Sayur sawi memang wajib makan setiap hari untuk mengelakkan dari sembelit. Alhamdulillah memang pantang kali ini pun tiada sembelit juga. Sup ayam tu untuk kuah, kalau takde kuah rasa macam nak tercekik aje makan nasi tu


Antara lauk kesukaan iaitu ayam masak lada hitam. Letak lada hitam banyak-banyak dan bawang putih banyak-banyak. Sedap je


Yang ni sayur air lobak putih dengan bawang putih (bila sawi habis), layankan aje. Kalau dah bosan makan ikan selar bakar aku makan cicah dengan kicap yang dimasukkan lada hitam yang telah ditumbuk


Minum petang minum kopi bersama roti yang dibakar bersama bawang putih


Ayam bakar bersama sup ayam dan lobak putih. Lobak putih memang wajib ada juga sebab iainya berfungsi menambahkan susu badan.


Ikan selar bakar bersama kuah kicap, layankan aje walaupun bosan nasi tetap kena makan untuk hasilkan susu


Nasib baik juga mak ada kirimkan ikan haruan kering, jadi bila peti sejuk rosak takde lah rosak


Ayam bakar dan sayur sawi lagi


Sesekali en suami ada buatkan ikan singgang juga. Kalau hari-hari makan macam ni memang tak boleh kurus Mekla oi


Ini lauk pantang pertama yang aku makan di hospital selepas melahirkan Arman. Nikmatnya dapat makan nasi. Bayangkan pagi sebelum bersalin tu pergi hospital dengan tak bersarapan lagi sebab ingatkan nak sarapan di hospital sekali dah check in terus masuk labor room. huhuhu


Ikan siakap kukus bersama sayur peria goreng bersama ikan bilis. Badan aku tak boleh terima sangat sayur peria sebab rasa macam berangin jadi sekali jelah makan menu ni.

Zaman sekarang nak berpantang sangat pun tak boleh sebab kita sendiri sebagai ibu perlukan tenaga jadi kena makan banyak makanan yang boleh bagi tenaga dan bekalkan susu badan pada bayi. Cuma, kena lah pandai-pandai pilih menu yang sesuai dengan diri kita supaya badan tak masuk angin dan bayi pun tak kembung. Minggu pertama aku tak makan halia dan lada hitam sebab waktu ini takut bayi kuning jadi memang tak makan jamu atau segala apa yang "panas". Bukan apa, kalau baby kena kuning penat nak ulang alik ke klinik ambil darah. Teringat lagi waktu berpantang Aaliyah memang banyak kali ke klinik Botanik dan Hospital Klang rujuk doktor kerana Aaliyah disyaki prolong jaundice. Syukur, semua tu dah berlalu dan sekarang Aaliyah dah membesar bagai juara! Takde lah besar sangat tapi mulut dia boleh tahan becok juga.

Oklah, nak siapkan entri ni berapa kali berhenti dah. Faktor usialah sangat bila nak menulis pun dah takde idea dan tak dapat nak fokus lama-lama depan laptop. Hermm kesian kan tapi aku cuba update juga sebab aku suka berkongsi dengan semua apa yang aku lalui, semoga ibu-ibu dalam pantang dapat idea nak makan apa dan jangan stress sangat dengan apa yang berlaku pada diri kita. Kena sentiasa bertenang dan ingat apa sahaja yang Allah uji sebenarnya sikit aje berbanding dnegan ujian orang lain. JAdi bersyukurlah selalu.


Kat sini aku ada jual daun untuk mandian sewaktu dalam pantang. Kalau berpantang sendiri di bandar, susah juga nak cari daun-daun segar, jadi boleh beli yang telah dikeringkan dan rebus sekejap kemudian campur dengan air biasa. Memang harum semerbak satu rumah apabila rebus daun-daun ini. Kalau nak buat bertangas pun boleh juga. Sepeket boleh tahan dalam seminggu kalau guna sikit-sikit. Kalau nak beli banyak pun selepas setiap kali mandi boleh rebus balik sehingga bau dia hilang.

Whats App 012-970 6828 untuk pertanyaan harga. Produk orang kampung dan memang aku sendiri guna untuk mandi sewaktu dalam pantang. Oklah bye! Tak tahu nak tulis apa lagi ;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^